click...click...

HITS

Followers

Thursday, January 21, 2016

2016 - Tahun Baru - Tahun 1 & Tahun 2

Pejam Celik Pejam Celik akhirnya Meor Imran Danial dah Tahun 1 dan Meor Imran Hariz dah Tahun 2 pada 2016 ni.
Hariz tu daku tak ada la rasa apa-apa sangat.
Cuma Danial tu je la.
Daku agak risau juga dengan dia. Almaklum la..anak no 2 kan..
Lain sikit perangainya...
Sebelum tu di akhir tahun 2015, ada hari orientasi la kiranya untuk Danial di Sek Agama.


Mujurlah sehingga ke hari ini, dah masuk minggu ke 3 persekolahan, Danial ok dan suka pergi ke Sek Agama..
Mana taknya..sebab nak MEMBELI je .. 
Untuk Sek Agama, daku tak sediakan apa-apa bekal makanan melainkan air masak sahaja.
Walhal sebelum tu dah makan Tengahari siap-siap dah kat rumah.
Jangan tak tau..kalau hari sek , time makan tengahari daku masih lagi suap dia & Nayli makan. 
Bukan apa, kalau tunggu dia suap sendiri ...jawabnya Pukul 2 pun tak habis lagi makan..
Jadi bila daku suap, maka cepatlah sikit dia makan, lepas tu mandi, siap2kan diri dan solat Zohor dulu sebelum daku hantar Danial dan Hariz ke Sek Agama sebelum jam 2 petang.

Tapi bila dah lama-lama, diaorg dah dapat biasakan diri...
Satu lagi Aktiviti Tambahan daku dan suami masukkan diaorg ..
Ni lebih kepada salah satu cara supaya mereka dapat menambah keyakinan diri disamping dapat mendisplinkan diri..
Next entry daku akan share apa aktiviti tersebut.

Sessi petang ke Sek Agama Plak


    
     Hari Pertama Mereka Rehat di Sek Keb - seminggu juga daku temankan dak Danial ni ^_^



No comments: