click...click...

HITS

Followers

Thursday, March 27, 2014

3 Hari Sebelum Pindah Rumah

Hari ni Khamis..
Esok Jumaat..
Lusa Sabtu..
Seterusnya Ahad..

Deal dengan orang yg uruskan bab2 pindah ni pagi ahad..
Tapi hingga setakat ni, daku rasakan macam tak habis2 je kemas rumah lagi..
Mmmmm..ni checklist yang NAK diselesaikan dalam masa beberapa hari lagi :-

1- Bilik Tidur Utama
- Baju2 daku dah hampir selesai dikemas..cuma tinggal baju untuk dipakai dalam masa 3 hari ni je..
- Bab2 aksesori je tak kemas lagi..
- Bantal2 n cadar2 pagi ahad baru kemas n simpan since sabtu malam nak guna lagi..

2- Bilik Kedua
- set katil + tilam dah buka siap2 & sedia je untuk dipindah ke bilik tidur utama
- baju budak2 pun dah kemas, tinggal baju nak dipakai je
- barang2 dalam almari baju budak2 ni pun tak siap kemas lagi..ada sikit lagi ..

3- Bilik Ketiga
- katil single n tilam memang tinggalkan je..
- nak check balik kotak2 dalam bilik tu sebelum label kali kedua 

4- Bilik Stor (utiliti)
- keluarkan semua barang2 dalam tu
- tinggalkan rak je utk dikeluarkan pagi ahad nanti

5- DAPUR
- yang ni la paling banyak kena buat..
- mula2 dah kemas dah pinggan2 mangkuk2 sudu2 cawan2 semua
- tak teringat plak nak tinggal satu dua utk diguna..
- so bila nak guna kena buka la kotak balik...waaaaaa..
- barang2 elektrik (periuk nasi + set blender + warmer + sterilizer) tak kemas lagi sebab barang2 ni masih lagi guna hingga ke hari ni.. (masak bubur nayli)

Itu je setakat ni..oh ya..tak termasuk gak dengan tong2 air ..rumah masih lagi kena catu air.. sekejap ada sekejap tak ada..mujur la husband dah tadah air awal-awal..so yg tu pun nak kena gak masuk dalam senarai..


P/s: sebenarnya kan.....tak ada hatinya nak pindah rumah...entah la nak bagitau macam mana perasaan ini...melihat anak2 excited nak ke "RUMAH CANTIK", dari sudut kecil hati ini rasa sayu pun ada....


T_______T