click...click...

HITS

Followers

Tuesday, May 27, 2014

♥♥♥SALON MUSLIMAH ♥♥♥

Sejak pindah ke sini badan memang rasa penat2
Lagi2 dalam bulan ni je hampir 
Tiap2 hujung minggu travel
Kalau tak ke KL
Travel balik Kampung
Bila dah balik ke sini
Mula la sakit belakang la
Kaki la...

Mujur la dalam minggu lepas
Mak abah datang ke rumah
Boleh la kejap tinggalkan baby & danial
Sementara daku pergi berurut
Mula2 tak plan nak bawa hariz. 
Tapi bila tinggalkan berdua dgn danial
Diaorg ni asyik buat hal je
Pening plak mak aku nak layan nanti
So pesan kat dia bawa buku "BOBA"
untuk dibaca ketika aku berurut nanti..

Spa Salon Muslimah ni
Kawan aku yg memang stay kat sini
Yang rekemenkan
Memandangkan daku mmg plan nak berurut
Kemudian nak potong rambut & cuci sama
So sini la tempatnya

Lokasi : di bangunan Mara Parit Raja
Landmark : KFC

Servis dia? 
Bagi aku memang ok la..
Badan tengah penat
Urut la mcm mana pun rasa ringan la sikit
Lagi2 bila akak tu kata urat kat belakang
Badan memang dalam keadaan tegang
Bila check peranakan plak
Katanya jatuh sikit
T_T
Mungkin disebabkan
Aku banyak angkat barang2 berat
Masa pindah tempoh hari
So kakak tu dah angkat sikit peranakan aku tu

Potong rambut pun kak zaiti yg potong
Memang serba boleh akak ni




Monday, May 26, 2014

Tarikh yang tidak akan dilupakan.....


6hb Mei 2014
Tarikh yang tak akan daku lupakan
Ini adalah kerana seawal jam 5.50 pagi
Daku telah menerima
Panggilan telefon daripada kakakku
Yang menyatakan Opahku telah pun
Meninggal awal pagi tu...

Memandangkan time tu
En suami berada di Kuantan
Atas urusan kerja
Maka daku tak dapat balik terus..
Sedih sgt..sbb time tu
Kiranya daku & sepupuku yg berada di Bintulu
Je yang tak dapat balik terus...

Daku balik keesokkannya sejurua selepas en suami
Balik dari Kuantan..

Alhamdulillah...dah selesai semuanya..
Banyak kenangan bersama arwah opah..
Biarlah ianya menjadi satu kenangan untuk kami sekeluarga..


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH OPAH

Tuesday, May 06, 2014

Danial ke sekolah baru lagi...

Akhirnya..tiba la giliran Danial plak bersekolah..
Diaorg ni masuk sek lambat sebab kena demam campak
Lepas dah ok daku kuarantinkan lagi dalam 2-3 minggu 

Asalnya nak masukkan Hariz & Danial satu sek
Kemudian kebetulan kawanku bgtau sek dia
Ada kosong 1 tempat utk pra sek
So asingkan la diaorg..

Nama Tadika ni
Tadika Ilham Sarjana
Berdekatan dengan KKTM
So far budak2 utk kelas 5 tahun pun tak ramai
Bagi aku ok je..
Bila daku check buku2 yg diaorg guna pun
Rupanya2 buku2 yg sama gak
Daku belikan untuk budak2 ni
Masa balik Taiping tempoh hari
Cumanya sukatan je lain
Daku belikan buku latihan utk Danial
Buku2 utk umur 4-5 tahun
Walhal kat tadika tu guna
Buku2 utk usia 6 tahun

So kat rumah Hariz boleh la
Ajar Danial sama2 buat kerja sekolah

Moga rajin2 la belajar ye Danial

♥♥♥

Monday, May 05, 2014

My little girl, Nayli 11 months ♥♥♥

Today
5hb May

Wan Alya Nayli

11 months



Moga terus membesar
Dengan keadaan sihat senantiasa
Ibu sayangggg sangat sama kamu..
Ibu rasa kamulah anak yang paling istimewa 
Sekali sebab ibu dapat menjaga kamu sendiri

tu yg kamu bertambah manjaaaaaaaa tu

@___@



Saturday, May 03, 2014

Rela ku lepaskan ia pergi......

Hujung bulan 4 hari tu
daku ada dapat sms
Mengatakan daku dapat
Memasuki peperiksaan
Jawatan akauntan Gred 41

Masa bagitau en husband pun
Dia tanya gak
Nak pergi ke tak

Daku kata mungkin periksa tu nanti
Buat kat kl
Tarikh time tu tak tau lagi bila

So bila balik kl baru2 ni
Dapat la surat dari JPA
tengok2 tarikh dia 6hb 5

Memang lagi sah la tak dapat pergi

1 - sbb en husband pun tak ada
2 - budak2 pun dah sek

Nak datang kl lagi time tu
Tak ada kut


Bila daku postkan gambar ni di Fb
Ramai kawan2 yg komen
Ada yg sokong
Ada gak yg macam ragu2
dengan keputusan daku ni
Contohnya la....

Daku tauuuu diaorg sgt concern
Merasakan ni peluang
Yang tak mungkin dapat lagi
Memandangkan faktor usia makin meningkat

Tapi daku juga ada alasan sendiri

- dah pernah ambik test begini..
Rasa2 ada la 3-4 kali..

- selain faktor en husband outstation
Dia pun tak menggalakkan aku pergi
So daku nak pergi lagi ke...
Lagi la tak kan...
Lain la kalau dia kata tak jadi
La nak outstation, sanggup dtg kl
Balik n jaga nayli sementara aku g exam
Memang daku pun sanggup pergi

@___@

Ni cuma alasan semata2...
Walhal hakikat sebenarnya
Daku tak rasa nak kerja lagi
Untuk sementara waktu ni
Mungkin tunggu nayli besar sikit ke
Daku nak fokus dulu pada pembelajaran
Budak2 ni dulu

Lagi2 hariz
Since tahun depan nak masuk darjah 1

Moga2 ada rezeki daku
Di luar sana, 
Insyaallah

^___^

Friday, May 02, 2014

Jatuh cinta lagi....♥♥♥

Jatuh cinta lagi..
Jatuhhhh cintaaa lagiiii

Kali ni dengan tudung yang satu ketikanya
Aku tak pandang pun..

@_@

Tak pandang bukannya apa
Sebab tudung ni tudung bawal
So nak kena iron laaa
Daku ni boleh dikatakan agak malas la.juga
Bab2 iron ni..
Lagi2 bila zaman bekerja dulu

Tapi tu la..sapa sangka kan
Satu hari tu masa jalan2 kat
BP MALL
Terjumpa la kedai aidijuma ni
Masuk2 je memang dah nampak
Banyak jenis tudung bawal yang 
Cantik2..
Harga pun memang "cantik2" gak laa
Dalam RM 49-59 selai..
So aku lg tertarik 
Kat satu bahagian ni..
Di mana kat situ semuanya 
RM 10 je sehelai..

So rembat la 5 helai

^____^


Semalam 1 Mei
Ada sale lagi kat store2 aidijuma ni
Walaupun daku dah ada kat kl
Tapi tak de nya la nak pergi lagi
Kalau ada masa nanti baru nak pergi


Daku lebih suka lagi gaya tudung bawal ni
Dijadikan ala2 shawl
Sebab bila pakai macam biasa
Ala2 budak pun ada..


suka sangat tudung ni
Selain dari corak bunga
Warnanya pun memang warna feveret aku

@_____@

P/s : tengok sampai bila tahap kerajinan daku ni..



Thursday, May 01, 2014

Fun Bowling ♥♥♥

Hari selasa malam baru2 ni
Ada game bowling antara staf KKTM
En husband mula2 tak nak pergi
Penat katanya
Sebab baru lepas siapkan bajet 
Tapi last2 pergi la juga..
Tu pun lepas isya baru pergi
Walhal jam 9 game tu bermula
Aku yg mula2nya memang tak mau main
Tapi budak2 ni nak sangat main
Kalau kat kl dulu
Lane dia ada la palang
So kalau diaorg main pun
Tak de la masuk longkang...

Tapi kat sini mcm tak ada je
So aku pun main la sama
Bersama budak2 ni
Dan juga jiran aku kat sana
Ieqa namanya
Kitaorg lepak berdua je
Dengan anak masing2


Kami main 2 games
Penat la juga
Yg geng2 KKTM ni 
Main sampai 3 games
Fuhhhh...lama gak la tunggu

Bila dah habis tu
Sessi penyampaian hadiah plak...
Tunggu punya tunggu 
At last en husband dapat 
No 2 daaa


Tak sangka la plak...
Walhal awal2 tadi dia sendiri tak mau datang la


Budak2 la paling gembira sangat
Bila dapat main bowling ni....