click...click...

HITS

Followers

Friday, March 07, 2014

Apa kaitan Warna dengan Personaliti kita??

Baru-baru ni terbaca la satu artikel mengenai warna dan personaliti kita..
so, di sini daku share sama artikel tu untuk tatapan korang..
adakah ianya kena dengan personaliti korang??
jum kita baca di bawah...

SUMBER : BHEUU

pink dress 
Pink
 - Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

white dress
Putih
 - Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

- Negatif: Boros berbelanja
 
black dress
Hitam
 - Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung
 
red dress
Merah
 - Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung

yellow dress
 Kuning
 - Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah

green dress
 Hijau
 - Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. Pencinta alam sekitar.

- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot

So..apa pendapat korang? ada kena mengena tak dengan personaliti korang?? macam mana plak kalau dulu minat warna lain, sekarang minat warna lain ?? macam daku..satu ketika dahulu, memang suka sangat warna hitam....suka warna hitam bila bab cari baju-baju la.. cumanya bila dah berkahwin, dah ada anak ni baru la terbuka minda sikit dengan warna2 lain...sekarang ni tengah suka warna MERAH, UNGGU plak...tapi tang negatif warna merah tu kan, macam betul je..macam kebetulan je..~_~ 

No comments: