click...click...

HITS

Followers

Saturday, March 29, 2014

Hikmah bila Nayli demam campak

Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya..
macam baru2 ni nayli demam campak...
hikmahnya, daku ambik cuti jaga dia..
sambil jaga sambil kemas barang2 rumah sama..


Bukan tu je..
en suami plak tetiba ada kursus kat penang..
So, apa lagi kan..
Nayli demam campak
Rumah plak tak terurus sebab dalam proses cat
Air plak dicatu selang 2 hari sekali
daku plak cuti..
maka

zasss follow husband pergi kursus
tapi kitaorg balik kg!!!

Alang - alang dah bercuti seminggu tu, 
daku sempat lagi ziarah rakan sekerja lama
yang baru dapat baby ke 4.
time tu daku tinggalkan nayli di rumah pengasuh
dan selepas tu ke tadika budak2 ni plak 
settlekan hal buku2 diaorg sebelum diaorg 
cuti sekolah..

Friday, March 28, 2014

Kedai Gunting Rambut Kegemaran En Suami..

DHIL HAIRSTYLE @ ANGGERIK MALL, SHAH ALAM

Kedai ni la menjadi tumpuan en suami
bila bab2 gunting rambut ni
hinggakan rambut budak2 ni pun digunting
oleh orang yang sama

Kedai ni di Tingkat 1
di Anggerik Mall Shah Alam

kalau pergi hari minggu memang ramai orang
dan percaya atau tak
walaupun barber ni mengambil masa 
yang agak lama untuk menggunting
tapi pelanggan2 dia sanggup MENUNGGU!!
itu hakikatnya

daku sempat memerhati lagi cara beliau menggunting
rambut budak2 ni..
wahhh..memang kagum
gaya memang pro
dan amat berhati2



Thursday, March 27, 2014

3 Hari Sebelum Pindah Rumah

Hari ni Khamis..
Esok Jumaat..
Lusa Sabtu..
Seterusnya Ahad..

Deal dengan orang yg uruskan bab2 pindah ni pagi ahad..
Tapi hingga setakat ni, daku rasakan macam tak habis2 je kemas rumah lagi..
Mmmmm..ni checklist yang NAK diselesaikan dalam masa beberapa hari lagi :-

1- Bilik Tidur Utama
- Baju2 daku dah hampir selesai dikemas..cuma tinggal baju untuk dipakai dalam masa 3 hari ni je..
- Bab2 aksesori je tak kemas lagi..
- Bantal2 n cadar2 pagi ahad baru kemas n simpan since sabtu malam nak guna lagi..

2- Bilik Kedua
- set katil + tilam dah buka siap2 & sedia je untuk dipindah ke bilik tidur utama
- baju budak2 pun dah kemas, tinggal baju nak dipakai je
- barang2 dalam almari baju budak2 ni pun tak siap kemas lagi..ada sikit lagi ..

3- Bilik Ketiga
- katil single n tilam memang tinggalkan je..
- nak check balik kotak2 dalam bilik tu sebelum label kali kedua 

4- Bilik Stor (utiliti)
- keluarkan semua barang2 dalam tu
- tinggalkan rak je utk dikeluarkan pagi ahad nanti

5- DAPUR
- yang ni la paling banyak kena buat..
- mula2 dah kemas dah pinggan2 mangkuk2 sudu2 cawan2 semua
- tak teringat plak nak tinggal satu dua utk diguna..
- so bila nak guna kena buka la kotak balik...waaaaaa..
- barang2 elektrik (periuk nasi + set blender + warmer + sterilizer) tak kemas lagi sebab barang2 ni masih lagi guna hingga ke hari ni.. (masak bubur nayli)

Itu je setakat ni..oh ya..tak termasuk gak dengan tong2 air ..rumah masih lagi kena catu air.. sekejap ada sekejap tak ada..mujur la husband dah tadah air awal-awal..so yg tu pun nak kena gak masuk dalam senarai..


P/s: sebenarnya kan.....tak ada hatinya nak pindah rumah...entah la nak bagitau macam mana perasaan ini...melihat anak2 excited nak ke "RUMAH CANTIK", dari sudut kecil hati ini rasa sayu pun ada....


T_______T

Wednesday, March 12, 2014

H.A.P.P.Y + B.I.R.T.H.D.A.Y + T.O. + M.E.

Ehem..ehem..
khamis lepas adalah besday ku..
yang bestnya daku dgn ditemani en suami
seawal pagi telah pergi ke JPJ Padang Jawa..

nak renew lesen aku laa..
kali ni ambik..
renew terus 5 tahun siap2..

rasa2 dah sampai awal pun..
Jam 7.45 pagi dah sampai..
punya la ramai orang..
so tunggu punya tunggu 
dalam sejam gak la selesai.. 

malam tu kami sekeluarga makan2 kat luar
saja je la bawa anak2 makan pizza hut..
^_^

keesokan harinya,
my bff datang..
sapa lagi kan..
cik kak flore tu la..
memang biasa kalau dia ada kursus kat kl, 
dia memang akan singgah rumah daku punya
so, tup2 dia bawa ni juga..

 pagi sabtu plak, 
plan asal nak ke Kenanga.
dengan ditemani cik kak flore tu 
dan adik ku pun datang sama dari Kampar,
tup2 en suami pun mau ikut jugaaa
ok la, jum la jalan2 ke sana beramai2..
lamanya tak berjalan2..
memang penat gak laaaa
 


Friday, March 07, 2014

Step 2 (PINDAH RUMAH) : Listkan barang-barang yang dibawa

Diam tak diam sekarang ni dah bulan 3. Insyaallah sekiranya tiada halangan, daku dan anak-anak akan berpindah dalam hujung bulan ni juga. Setakat hari ni, setelah mengambil kira semua faktor dan atas persetujuan en suami sama, kata putus telah pun dicapai. Kami sepakat mengambil perkhidmatan lori yang dicadangkan oleh kakak ipar daku. Walaupun sebelum2 ini, kami menerima beberapa Quotation dan pakej servis yang menarik, tapi ada la beberapa faktor juga perlu diambil kira. Contoh nya la kan, pasal elaun pindah. Memang la boleh claim balik, TAPI ada had limit juga ok..Mujur la en suami baru-baru ni dah pergi ke HQ dan check sendiri berapa yang dia boleh claim. Maknanya di sini, kalau la caj yang dikenakan itu melebihi had limit yang ditetapkan, kitaorg kena bayar sendiri la jawabnya..Bukan nak berkira ke apa, tapi urusan pindah2 ni MEMANG banyak la nak pakai ongkossss ye..@_@

Mukadimah bukan main panjang lagi..

Kitaorg dah survey apa barang-barang yang perlu dibawa dari sini. Memandangkan di kuarters sana dah ada beberapa barang2 keperluan rumah, so senang la sikit daku listkan apa barang-barang yang perlu dibawa. Secara kasarnya, nampak macam tak la banyak sangat barang-barang yang BESAR untuk dibawa ke sana. 

Sejak dari minggu lepas lagi, daku dengan bantuan bapa dan mak mertua ku telah mula mengemas / pack barang2 yang perlu dibawa..en suami bukan tak tolong, tapi disebabkan dia baru baik dari demam, maka buat apa yang termampu je..Antaranya barang-barang yang dah pun selesai daku simpan adalah barang2 yang tak perlu dipakai dalam tempoh sebulan ni macam buku-buku bacaan termasuklah koleksi novelku dan buku-buku en suami semasa beliau study dulu, pinggan2 mangkuk yang tak guna,tupperware2, barang2 perhiasan, mainan budak2, tilam toto, cadar2, selimut2, tuala2 dan baju2 yang tak guna sangat. Simpan dalam kotak dan kumpul dahulu semua kotak2 itu di bilik belakang.

Itu je yang baru dibuat setakat hari ni.

Akan datang dalam masa yang terdekat ni,  nak settlekan hal rumah plak di sini untuk bakal DISEWAKAN... tungggguuuuuuu

P/s : cepatnya masa berlalu...

Apa kaitan Warna dengan Personaliti kita??

Baru-baru ni terbaca la satu artikel mengenai warna dan personaliti kita..
so, di sini daku share sama artikel tu untuk tatapan korang..
adakah ianya kena dengan personaliti korang??
jum kita baca di bawah...

SUMBER : BHEUU

pink dress 
Pink
 - Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

white dress
Putih
 - Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

- Negatif: Boros berbelanja
 
black dress
Hitam
 - Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung
 
red dress
Merah
 - Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung

yellow dress
 Kuning
 - Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah

green dress
 Hijau
 - Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. Pencinta alam sekitar.

- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot

So..apa pendapat korang? ada kena mengena tak dengan personaliti korang?? macam mana plak kalau dulu minat warna lain, sekarang minat warna lain ?? macam daku..satu ketika dahulu, memang suka sangat warna hitam....suka warna hitam bila bab cari baju-baju la.. cumanya bila dah berkahwin, dah ada anak ni baru la terbuka minda sikit dengan warna2 lain...sekarang ni tengah suka warna MERAH, UNGGU plak...tapi tang negatif warna merah tu kan, macam betul je..macam kebetulan je..~_~