click...click...

HITS

Followers

Friday, February 28, 2014

Akhirnya......Sebulan lagi...

Bismillah

Di pagi jumaat yang mulia ini, 
bersamaan 28 Februari 2014
notis berhenti ini bakal diserahkan.


lama betul tak mengarang notis dalam bahasa ni..
sebelum2 ni notis berhenti yang ada dalam simpanan memang 
dalam bahasa inggeris je..
so, bila nak kena hantar dalam bahasa melayu
mak ai..ambik masa gak la semalam mengarang

ayat pun ala-ala skema pun ada

moga lepas ni urusan untuk berpindah dipermudahkan


Wednesday, February 26, 2014

Semangat yang hilang..........

Seminggu berlalu dengan pantasnya...dapat la juga feedback dari beberapa syarikat / individu yang ada sediakan perkhidmatan sewa lori ni..setakat ni tak dapat lagi kata putus ..ini disebabkan sekembalinya en suami dari parit raja khamis lepas, beliau telah pun demam...

Lepas tu bermula la episod sorang2 yang lain plak demam..mujur la baby nayli hanya semalam je..tu pun lebih kepada batuk dan selsema..danial plak memang demam dia on off on off.. hariz pun sama.. daku yang jarang2 sakit pun kena gak la tempias sama...mmm..pakat la anak beranak semua demam..

korang doakan kitaorg sembuh ye...lagi2 en suami n danial yg sampai kena ambik darah ..

makanya, mood nak mengemas ke nak tengok apa2 barang yang perlu dibawa pun tah ke mana-mana... serius, hilang terus mood tu..asyik fikirkan hal ni je...fikir fikir pun lama-lama sakit kepala gak dibuatnya....

Wednesday, February 19, 2014

Step 1 : Survey Perkhidmatan Sewa Lori

3 hari berlalu dengan pantasnya..
akhirnya en suami dapat juga pelepasan seminggu mulai minggu depan..
so, sekarang ni plan daku ialah mencari perkhidmatan sewa lori
kalau boleh yang ada siap perkhidmatan menyediakan kotak2 dan balut sama
maka, mula lah sessi google n email minta quotation pada 
mereka2 yg ada perkhimdatan mcm ni..

untuk hari ni sahaja, daku dah email minta quotation sebanyak 
8 syarikat / individu
yang bagi feedback baru satu..
itupun daku belum tanya lagi rakan2 di FB

setakat ni daku belum listkan lagi apa barang2 yang akan dibawa dari sini ke sana nanti.
ini disebabkan nak tengok dulu apa barang2 yang ada di sana..
so dari situ baru la plan macam mana...

tik tok tik tok..
masa itu emas..
setiap detik amat berharga...

P/S : kalau la korang ada kawan2 atau contact no atau mana2 agen logistik yang boleh direkemenkan meh la share kat daku ye...TQIA

Wednesday, February 12, 2014

Tak Terkata Apa...

Day 3

dari hari isnin sampai la ke hari ni fikiran melayang2..
lagi2 sejak dapat berita ini....

 cuba bayangkan..
en suami menerima whatsapp dari kawan beliau jam 11 malam hari ahad
terus malam tu sampai jam 2 pagi daku n dia tido
berbincang hal ni
hati dia berbelah bahagi
nak terima ke 
nak tolak ke
last2 keputusan tak dapat dibuat..

hari isnin plak 
setelah dia menerima beberapa pandangan
daripada kawan2 dia, 
bos dia
ex bos dia
last2 terima la juga pertukaran ni
satu ia disebabkan kenaikan pangkat
dua sebab lepas berbincang dgn daku, 
akhirnya daku rela melepaskan jawatanku ni..
 walaupun sebenarnya daku baru je 
masuk bekerja di sini untuk bulan ke 2


 So keputusan dah dibuat
Isnin ni en suami kena lapor diri dulu
lepas tu dia akan cuba minta pelepasan
itu pun bergantung pada pengurusan sana gak

hari ni rasa lega sikit sebab 
bila aku post status mengenai ni
ramai yg sudi memberi idea
serius bab2 ni mcm blur sgt
sebab dah lama kut tak berpindah randah ni
sekali bila post..
hingga ke setakat ni
ada 82 komen..
tu pun ada gak yg aku balas gitu2 je..
So apa tindakan kitaorg lepas ni?
plan la apa nak buat..

antrara senarai perkara yg perlu dibuat :

  • survey tadika (yg ni en suami la buat nanti masa kat sana)
  • check kuarters tu barang2 basic ada ke tak ada supaya senang plan barang apa nak bawa
  • check dengan pihak sana jika ada agen logistik (ni menurut kawan2 aku la..katanya kalau dah ada agen ni, kotak2 ke apa ke minta dgn diaorg je)
  • listkan barang2 apa nak letak dalam kotak
  • packing barang2 mana yang tak guna dulu
  • kalau ada barang2 yg rasa-rasa nak let go pun elok la list kan juga
  • CARI PENYEWA RUMAH
tu je la kut..
pasal tadika di sini n kerja aku plak
tu pun akan disenaraikan juga nanti

lepas ni jangan la rasa boring bila daku akan update kisah2 sebegini ye

doakan agar urusan perpindahan ini dipermudahkan

^_^