click...click...

HITS

Followers

Thursday, January 30, 2014

Azam baru untuk tahun 2014

Dah hampir sebulan berlalu..
baru nak share tentang Azam tahun 2014 ni
Tahun ni perancangannya banyak

Antaranya....

"Nak mengurangkan berat badan"
Sebab??

Selepas bersalin Nayli 7 bulan lepas
berat tak berapa nak turun sangatttt la...
jadi untuk mencapai azam itu, 
daku pun follow la tips2 dari Kevin..

bukan tu je..
daku n beberapa orang kawan yang lain 
juga telah berkongsi membeli ebook
dari beliau..
semangat!!


Kenapa nak kurus?
Cukup la sekadar untuk menjaga kesihatan
Daku akui suka sangat benda2 manis ni
so, semoga usaha ku ini berterusan hendaknya

P/s : selain makan minum, exercise pun kena la gak buat kan..

Tuesday, January 28, 2014

Tadika Baru...

 2014


Permulaan di tahun baru
Hariz telah bertukar tadika
untuk sama2 belajar dengan Danial

Selain dua beradik ni, 
anak kakak ipar pun sama belajar di tempat yang sama

Untuk sebulan yang pertama ni, 
nampak juga perubahan emosi dari Hariz
Mungkin sebelum ni di tadika lama
dia kurang aktif 
kurang bercampur

tapi di sini,
Alhamdulillah..
Mungkin juga faktor adik dia ada bersama
Mungkin juga faktor persekitaran
Mungkin juga cara didikan dan kawalan dari Cikgu tadika di sini

Banyak faktor perlu diambil perhatian
Yang penting, Hariz selesa
Hariz suka
Dan banyak cerita yang disampaikan 
selepas balik dari sekolah

Danial?
Mengikut laporan dari cikgu di sana, 
agak kerap juga "buat @ gaduh" dengan abang dia..
aduiii..
ini budakkk..memang la...


Friday, January 24, 2014

Rindu Kembali Menjelma....

Rindu...ye..
Rindu untuk kembali aktif berblogging...
Rindu untuk blogwalking...
Tetiba rasa sepi bila dah lama tak ke sini..

Azam...
Azam tahun ni nak aktif kembali ..Insyaallah
Semoga tahun ini ada cerita2 yang boleh berkongsi bersama2 dengan rakan2 yang lain..

Sekian..

*macam tak reti nak mengarang pun ada*
*masih adakah yang mengingati diriku ini*