click...click...

HITS

Followers

Thursday, October 03, 2013

Soalan Cepu Emas ketika ''Breastfeeding''

Salam semua..Maaf sangat2 sebab dah lama tak update entri seterusnya... dalam 2 minggu ni baby, Wan Alya Nayli tak begitu sihat lagi..nyaris2 nak kena warded minggu lepas..tapi mujur la lepas nebulizer 3 kali dalam masa 2 hari, nayli dah nampak ok sikit.. ok..berbalik kepada topik di atas, jum kita tengok PM2 yang ayu dapat lepas publish gambar2 ebm utk eryna itu...
.
Soalan Pertama

Macam mana nak BANYAKKAN SUSU??

Apa yang ayu buat?? awal pagi lepas je bangun dari tido..solat dulu dan curi masa untuk pam..kalau baby pun jaga sama, maka try buat tandem nursing..sebelah DF & sebelah lagi pam...hasil yang ayu dapat ni akan diberikan terus untuk nayli awal pagi tu..

Lepas tu boleh la pam lagi selang 2-3 jam kemudian..dan kalau sebelum tido baby tak menyusu sangat, elok juga pam sebelum tido


 Soalan kedua...

MAKAN APA UNTUK BANYAKKAN SUSU??

Makan apa?? mmm...awal2 dulu ada gak la  makan alfafa + b comp + vitalea..tapi lepas tu, ayu tak makan dah..hehe...jenis malas sikit nak makan2 ni...lepas tu ayu cuma makan macam biasa je...air suam minum banyak ..kalau tak, minum milo panas ke..jadi la..

Soalan ketiga..

BABY TAK MENYUSU DIRECT, macam mana nak handle ya??

yang ni dari sepupu merangkap bf ayu gak..dalam pantang anak kedua, tapi baby dia tak nak nyusu secara direct..so, dia tak putus harapan..pam je..so, ayu advise dia pam at least selang 2 jam sekali..hehe..ada je kawan2 yg memang fully EP ni..kagum dengan diaorg yang tak kira penat dan gigih pam untuk anak2 dia orang..

So, itu aje la kuncinya...pam jangan lupa (kalau baby tak berada di sisi dalam tempoh yg lama , cth kalau kat ofis) ..untuk mereka yang berada di rumah, hanya perlu kerapkan susukan baby anda sahaja..Insyaallah, yakin pada usaha sendiri..