click...click...

HITS

Followers

Wednesday, June 26, 2013

♥ Kisah Kelahiran Wan Alya Nayli♥

                                                 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ni hari yang ke 22, barulah daku berkesempatan nak mencoretkan serba sedikit kisah kelahiran anak ku yang ketiga...sebelum ni, macam2 hal yang berlaku selepas bersalin tempoh hari... atas kesempatan ini juga, daku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada en suami, mak abah, mak abah mentuaku, adik beradikku serta tak lupa juga kepada rakan2ku yang tak putus2 mendoakan daku selamat bersalin kali ni..Alhamdulillah, kali ni, daku dipermudahkan bersalin...Daku juga ingin merakamkan penghargaan kepada empunya entri 'Kisah Kelahiran Raheesh Fayyad' iaitu Farwina di atas kisah kelahiran anak beliau dimana ianya memberikan daku satu inspirasi baru untukku mencuba teknik hypnobirthing untuk kelahiran yang ketiga ini.. daku amat bersyukur kerana impianku untuk bersalin secara  Gentle Birth tercapai dan ianya tidak akan berjaya tanpa sokongan rakan2 khasnya....

4.6.13

merupakan due date daku...namun, pada hari itu, masih lagi tidak ada apa2 tanda2 yang daku bakal bersalin pada hari tersebut..jika sebelum ini, daku bersalinkan Hariz betul2 mengikut due date manakala Danial plak sehari sebelum due date, maka sudah tentulah daku tertanya2 bila la plak daku nak bersalin untuk yang ketiga ni...Jadi, pada malam itu apa lagi kan..mula lah google sana sini cari tips2 untuk proses mempercepatkan proses bersalin...antara artikel yang daku praktiskan adalah daripada babycenter iaitu "mempercepatkan proses bersalin" kiranya ada la juga tips2 yang diberi itu aku "try" juga buat ..

5.6.13

4.30 pagi - daku terjaga dari tidur ...sebabnya daku "bermimpi" yang tanda dah ada iaitu keluar darah..so, bangun dan masuk toilet ..tengok2 tak ada pun tanda tu...so, sambung la tidur balik..dalam masa yang sama, daku dah mula rasa sesuatu...rasa2nya macam contraction...tapi, sebabkan sebelum2 ni pun, 2-3 hari sebelum tu daku dah merasa sakit macam ni, daku ignore je dulu dan cuba untuk pejamkan mata juga...

5.00 pagi - lama kelamaan, daku dah mula rasa tak selesa sebab sakit tu macam kerap juga...maka daku bangun dan mula ulang alik berjalan dalam bilik utk pastikan betul ke contraction ni, ke still lagi BH..tapi, sakit tu rasa lain dari sebelum ni.....tanpa berlengah lagi, daku terus pergi ke dapur masak air panas dulu..bancuh milo panas + buat telur separuh masak 2 biji + ambik roti coklat utk dimakan.. lepas tu ambik pool & konon2nya nak la pam sendiri...tapi sakit tu dah makin kuat sehinggakan daku rasa bila melutut baru rasa lega.....terus daku kejut en suami dan bagitau dia yang dah mula rasa sakit dan minta dia tolong pamkan pool tu dulu..sementara tu, daku pergi la makan n minum..tapi, bila dah sakit ni, makan ke minum ke memang tak boleh juga la ...air milo tu daku hanya minum sedikit je..roti plak secubit dua... telur separuh masak tu?? lagi la tak sentuh langsung...terus ambik gym ball dan mula lompat2 atas tu sementara tunggu en suami siapkan pool tu...sebelum daku masuk berendam ke pool itu, daku solat subuh dulu siap2..

6.00 pqgi - daku mula masuk ke dalam pool...pool ni besar gak.. warna merah...air plak, daku minta en suami masukkan air panas dan air biasa...biar jadi suam2 je...kenapa masuk dalam pool? sebenarnya hasil bacaan daku, berendam dalam pool ketika contraction ni mampu mengurangkan rasa sakit itu sendiri.. daku akui ianya memang berkesan sebab bila kita dalam air, rasa lebih senang lagi daku untuk melakukan teknik2 pernafasan dengan betul..bila rasa sakit tu menjelma, daku akan melutut dan berpaut pada pool itu....ada sekali tu, sementara tunggu contraction tu, daku sempat lagi  pejam mata sebab rasa mengantuk pun ada..hehe..tapi, yang kelakarnya en suami ingatkan daku pengsan!!! uishhh...tak de la sampai pengsan..cuma time tu nak rest jap sementara menanti contraction...lama gak daku berendam...ini mujur la berlaku jam 6 pagi ...kalau time siang ke malam, tak dapat la daku nak bayangkan bila Hariz & Danial nampak daku berendam dalam pool ni..CONFIRM diaorg nak join sama....


6.45 pagi - time ni dah rasa macam tak tahan sangat2 dah..walaupun berendam, namun daku masih lagi boleh rasa berpeluh2 di mukaku itu....cepat2 daku suruh en suami siap segera...tapi daku still lagi berendam dalam pool sementara tunggu dia....mak pun ada time ni..ingat2 balik masa en suami bentangkan pool ni kat 2nd hall dalam rumah, mak macam terkejut je..betul ke idak daku ni nak berendam dalam pool..mula2 mak ingat daku nak bersalin dalam pool ni..tak sampai la niat lagi untuk bersalin secara homebirth atau waterbirth lagi...yang itu, HARUS kena pergi menimba ilmu dahulu...lepas je en suami dah siap, daku pun keluar dari pool, masuk bilik air dan mandi dengan air suam dulu..lepas tu baru siap2 pergi ke hospital...Hariz dan Danial masih lagi tidur time ni...

7.00 pagi - bertolak dari rumah ke hukm..dalam perjalanan, mujur la kereta tak banyak sangat..en suami nak bawa laju tapi daku yang tak mau..siap suruh dia bawa slow2 lagi..konon2nya nak lengah2kan masa la ke hospital..tapi dalam masa yang sama, sakit tu makin kerap..dan untuk pengetahuan semua, bermulanya contraction yang jam 5 pagi tu sampai la jam 7 pagi tu, daku sebenarnya tak check pun masa berapa minit berapa minit ni..daku ketika itu seolah2 macam ala2 confident je yang daku boleh control kesakitan itu......maka, asalkan daku boleh tahan, tahan je la....

7.20 pagi - sampai ke emergency HUKM..daku telah dipapah seketika oleh en suami ...walhal rasa time tu boleh je berjalan lagi..masa pendaftaran tu, daku mengatakan bahawa daku memilih untuk bersalin secara general sahaja walaupun daku mempunyai appointment dengan dr pakar dari tingkat 7 iaitu Prof Azurah..Mungkin sebab daku confident sangat2 yang bukaan dah besar ...dan sudah semestinya en suami tak setuju!! tapi, since daku ni degil a.k.a keras kepala gak..so, dia terpaksa menurut je..sekali bila nurse check, tengok2 dah buka 6-7cm.. dalam hati, betul la apa yang daku bayangkan...lepas tu ada plak dr perempuan Melayu check dan bagitau yg Dr Azurah mungkin tak sempat datang untuk sambut baby aku sebab bukaan aku dah besar..ketika itu, sekali lagi daku mengatakan yang daku dah  buat keputusan untuk bersalin general je dan bukannya dengan pakar..selepas sessi soal jawab, baru la dr tu check lagi bukaan daku..tengok2 dah buka 8cm..maka, dengan segeranya daku dibawa segera ke LR...

8.00 pagi - dah masuk ke LR...mujur la ada jam dalam tu..tak habis2 aku asyik tengok jam je...ketibaan daku ke LR disambut oleh dua orang Dr perempuan, sorang India dan seorang lagi Melayu dan 3 orang Nurse... 


SEKALI LAGI soal jawab dengan dr yang bertugas di mana Dr Perempuan India tersebut telah memberitahuku bahawa beliau akan menggantikan Prof Azurah untuk menyambut babyku...selepas daku menjelaskan bahawa daku telah pun buat keputusan untuk bersalin secara general, maka Dr tersebut memeriksa bukaan ku seketika dan memecahkan air ketuban dan kemudiannya beliau dan seorang lagi Dr pun keluar...Nurse pun daripada 3 orang, tinggal dua orang je....Time tu en suami tak masuk lagi sebab buat pendaftaran kat wad bersalin plak...tup2, dia dipanggil masuk sebab daku akan bersalin bila2 masa je..time tu macam blur sangat bila nurse tu kata, bila rasa contraction, puan boleh push ye..sebab rasanya macam baru je masuk LR tu...Alhamdulillah, dengan 3-4 kali push, daku dah pun selamat melahirkan bayi yang ketiga.. ketika tu rasa syahdu seketika sebabnya : 

*dapat anak perempuan*
*kali ni NO EPIDURAL ok!!*



sebab sebelum2 ni dah dua kali daku ambik epidural ye..serius, daku ni tak tahan sakit sebenarnya...tu yang daku rasa syahdu + dalam masa yg sama macam terasa bangga dengan diri sendiri pun ada sebab kali ni daku berjaya juga hadapi kesakitan itu..sehinggakan en suami tak habis2 kata, 'sayang dah berjaya', 'teknik tu berkesan', dan ayat terakhir tu yang tak tahan!! 'boleh la lagi sorang lepas ni' ...erk..sabar je la...mujur la hadiah lepas bersalin dah dapat..kalau tak, HARUS juga minta apa2 dari dia...

Selepas proses mengeluarkan uri, maka saat2 yang ditunggu iaitu proses jahitan...daku still juga la kena 'episiotomi' memandangkan kali ni berat baby agak berat iaitu 3.26kg compare dengan abang2 nya...Hariz dulu 3.07kg, Danial plak 2.75kg.. ketika dijahit oleh nurse tersebut, en suami memang kena tunggu kat luar..yang daku plak untuk mengelakkan dari terfikir tentang jahitan itu, maka daku ajak nurse tu sembang2 dengan daku...macam2 cerita la daku sembang..sebenarnya agak ngeri juga la bila tengok benang n jarum tu, tu yang cover dengan sembang2..nurse tu sangat friendly orangnya dan selepas proses jahitan itu selesai, dr perempuan Melayu tu datang dan check sekali lagi...selepas semuanya selesai, baru lah daku menyusukan baby dan sempat juga daku makan makanan yang disediakan iaitu sandwich 3 keping + milo panas + air suam + biskut... 

10.00 pagi - daku telah pun selamat di pindahkan ke Wad 2B (Berlian)....dan bermulalah episod perjalananku dengan baby yang ketiga....




*Pantang kali ni memang betul2 mencabar diri ku khasnya..bukan sahaja menghadapi kerenah 2 orang anak yang sedang membesar namun juga berhadapan dengan dugaan apabila baby Nayli kena Kuning a.k.a Jaundis sehingga menyebabkan kami anak beranak sempat la bermalam di Hospital Taiping semalaman...next entry la*