click...click...

HITS

Followers

Monday, May 13, 2013

Tips Mudah Bersalin : sejauh mana kebenarannya ???

Tinggal beberapa minggu je lagi sebelum daku melahirkan bayi yang ketiga..
Hujung2 kehamilan ni, selain daripada mengamalkan Doa2 dan Surah2 Pilihan, 
daku juga suka membaca tips2 bagi memudahkan bersalin..
yang ni diperolehi apabila kawanku lynn tag  daku..
mmmm..sejauh manakah kebenarannya?
adakah korang juga bersetuju dengan tips2 yang diberikan?
nanti share komen atau pendapat korang di sini ye
^_^



Tips mudah bersalin......


1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.


2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction. (mmm...kalau tak masuk LR lagi, mungkin boleh la kut amalkan)

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin. (yg ni setujuuuu sangat2)

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin. (insyaallah, amalkan juga doa2 yang lain)

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. 

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut..(yang ni sedang amalkan dengan vco)

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2. (yang ni mmg confirm kena STUDY lagi..)

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang



Walaupun begitu, daku sekarang ni merasakan 
yang selain daripada tips2 di atas, 
apa yang patut diketahui lagi adalah
TEKNIK-TEKNIK PERNAFASAN
KETIKA MELAHIRKAN

yang ni akan dikongsikan dalam next entry lah...
^_^

8 comments:

ashra said...

emm...kalau saya kan ayu,saya lebih suka amalkan ayat2 quran.tentang air selusuh sebagainya mmg tak amik. =)

so far,tak senang tak lah susah sangat bersalin..hehe..sakit tetap sakit... =p

shilafaizz said...

Mana2 yg teknikal macam pernafasan, exercise temu kan kaki, banyakkan berjalan tu shila percaya memang mudahkan bersalin. Amalkan surah2 dan doa2 untuk mudahkan bersalin pon yer jugak. Tak kira lah normal atau cser sebab cser pon exposes banyak to complications. So dgn amalkan doa2 ni moga semuanya berjalan lancar..
Bab makan telo mentah, sayur bendi tu ntah la ayu...try je lah buat.hehe rasa ape lah ek telo mentah tu.

ayu said...

ash : kan...bab2 makan ni aduhai..air selusuh mmg ayu pernah ambik masa hariz dulu..sakit sama gak..huhu.. time danial plak tak ambil apa2 pun air atau minyak selusuh ni

ayu said...

shila....kan...bendi tu boleh tahan lagi..tapi telor mentah tu..aiyoo..rasa tak sanggup nak telan..hehe...exercise dan amalkan doa2 n baca surah2 tu ayu pun rasa patut n logik la utk diamalkan..moga kita sama2 dipermudahkan nanti shila...^_^

amirah said...

teknik pernafasan penting sgt kan ayu..tp amie rasa yg mcm ok tu amie buat je...huhu..moga dipermudahkan ye ayu...amie lak rasa debarrr....huhu

ayu said...

Ami...yup...penting tu ami utk elak kita panik.huhu.

MaMa Rey said...

time nak tunggu hari..sy banyakkan berjalan.. senaman..

ayu said...

Mama rey...yup...petua tu pun ayu amalkam juga ;-)