click...click...

HITS

Followers

Tuesday, May 21, 2013

SITUASI SEKARANG!!


Sedang mengalami fasa2 terakhir sebelum menjelangnya 
tarikh keramat 4 Jun 2013..
sangat2 tak selesa lagi2 bila tengah mengadap laptop atau menulis ..
dalam erti kata lain, bila duduk2 je kat ofis ni..
lagi suka kalau bergerak aktif atau keluar berjalan2..

Braxton hicks..
adakah ianya tanda2 awal sebelum bersalin??

Ianya merupakan pengecutan yang hanyalah berlaku untuk setengah minit sahaja
dan mungkin akan mengalami situasi ini sama ada satu atau 
dua kali dalam satu jam, 
pada bila2 masa dalam sehari.. 

Apakah pula perbezaan diantara Braxton Hicks dengan Kontraksi Kelahiran Sebenar? 

Kontraksi Braxton Hicks:


  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, 
beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda 
berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.


Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:


  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.


Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi 

Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada 

peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, 

terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit 
kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. 
Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

SUMBER : BABYCENTER


Bersabar je la sekarang ni..

tak lama je lagi pun..

8 comments:

nurbijen said...

Dah tak lama tu Ayu... semoga segalanya dipermudahkan :)

♥ Wina ♥ said...

ayuuuu..tak sangka ayu tulis blog lagi

tadi cakap pasal blog kat KRH, pas tu tetiba nampak feed ni kat dashboard ehehehee

aaaahhh wina faham sangat rasa BH tu..lagi² nak² dekat time ni

sabar ye ayu..insyallah semoga semuanya dipermudahkan :)

ayu said...

terima kasih kak nur...

ayu said...

hehe..wina..tu la..ayu baru je aktif balik ni..

tq ye

ashra said...

ayu.
hehe.tgu masa je tu.xpe..kalu da stat mild constraction,boleh gak bntu bukak jalan

mane tau..rezki.g hospital,da bukak 5 6cm..kan best :)

kita doakan ye,ayu.mudahan dmudahkan dan bjalan lancar

ayu said...

Hehe..ash...harap2 gitu la juga...danial dulu pun mmg mcm tu...sampai2 dah buka 6cm

Fiza Rahman said...

Tak lama lagi dah ni ayu. Good luck. Terbayang2 rasa BH itu.

ayu said...

fiza...huhu..tu la..harap2 kali ni pun dipermudahkan juga