Followers

HITS

Thursday, May 30, 2013

Menghampiri ke penghujung 39 minggu....

Minggu terakhir sebelum due date dan juga merangkap minggu terakhir daku bekerja sebelum bersalin..
sebenarnya, dah dekat2 dengan due date ni, macam2 benda di fikiran..
Daku dah lama join satu group ni iaitu

THE GENTLE BIRTHING GROUP MALAYSIA

mula2 tu sekadar baca2 je kisah2 pengalaman mereka2 yang bersalin
secara homebirth, waterbirth
time tu rasa macam tak ada la nak buat macam tu..daku tahu kemampuanku
sendiri macam mana..
so, nak tau apa itu Gentle Birth?
ni info yang daku dapat dari group tersebut..

GENTLE BIRTH BUKAN BERMAKSUD HOMEBIRTH SAHAJA.
anda mampu mendapat Gentle Birth di hospital, di rumah atau dimana sahaja.

The Gentle Birthing Group Malaysia menggalakkan ibubapa membuat pilihan serta keputusan berdasarkan bermaklumat. 

para ibubapa harus bertanggungjawab dalam mencari ilmu tentang kelahiran bayi anda sendiri bukan meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahu orang lain semata-mata.

pelajari serta fahami proses kelahiran itu sendiri.
pengalaman bersalin akan menjadi lebih indah jika anda faham & tahu apa yang berlaku pada diri anda, tak kira dimana anda melahirkan bayi anda serta bagaimana dia dilahirkan.

JANGAN hanya kerana A melahirkan anak dirumah anda juga ingin melahirkan anak di rumah secara membabi buta tanpa memahami serta mempelajari proses2 yang terlibat.

JANGAN hanya kerana anda tidak faham anda beranggapan Gentle Birth adalah mustahil, bahaya, kerja gila & sebagainya.

bagi ibu2 yang berminat tentang beranak di rumah (homebirth) anda perlu tahu kebanyakan ibu di Malaysia melakukan tanpa bidan atau doktor di rumah atau lebih dikenali sebagai Unassisted Childbirth (UC)
(
http://www.unassistedchildbirth.com/unassisted-childbirth/what-is-uc/)

GBG tidak memperjuangkan UC tetapi menghormati keputusan bermaklumat yang di ambil para ibu tidak kira dimana dia melahirkan serta bagaimana dia melahirkan bayi mereka.

http://www.unassistedchildbirth.com/unassisted-childbirth/truth-about-birth/

bila dah lama baca pengalaman kawan2 kat situ, daku pun tertarik la juga ..

lagi2 bila membaca TIPS di bawah :



Tip untuk memperolehi kelahiran semulajadi


• Dapatkan khidmat pengamal perubatan yang anda rasa selesa dengannya, yang akan menyokong pandangan dan pilihan anda.

• Hadiri kelas persedian kelahiran pihak yang tidak berkait dengan mana-mana hospital,  dan juga kelas HypnoBirthing.

• Membaca kisah-kisah kelahiran yang positif dan memberangsangkan.

• Pertimbangkan untuk mengambil seorang teman sokongan kelahiran professional seperti seorang doula atau sahabat/ibu anda yang memahami dan menyokong hasrat anda.

• Pertingkatkan ilmu (anda dan juga teman sokongan anda) dengan membaca buku, laman web dan menonton video/dokumentari yang berkaitan.

• Sediakan pelan kelahiran dan berikan kepada doktor anda untuk pengesahan, ianya juga hendaklah diberikan kepada kakitangan wad bersalin.

• Bergerak aktif semasa proses bersalin –berjalan, menari atau apa jua pergerakan yang anda rasa boleh membantu. Bercumbu dengan suami juga satu cara yang amat baik untuk merilekskan serviks.

• Pilih kaedah penahan sakit yang semulajadi – berdiri di bawah air pancuran, tab mandi, urutan hangat, aromaterapi, mesin TENS, tuam panas dan sebagainya.

• Cuba pelbagai posisi dan kedudukan semasa proses bersalin yang dapat memanfaatkan daya graviti bagi mendapatkan posisi yang anda rasakan paling sesuai untuk melahirkan.

• Elakkan dari baring terutamanya dalam keadaan terlentang.

Setelah membaca entri ini, dengan semangatnya daku n suami
gigih ke tesco untuk membeli gym ball..
^_^






Note : dah 2 kali ambik epidural..tiba2 kali ni ingin mencuba menahan sakit sendiri..sebab tu terasa plak nak mencuba kaedah ini...mudah2an dipermudahkan nanti..

12 comments:

Fiza Rahman said...

Good luck ayu. Daku masa anak 1st kena induce, tapi tak amik epidural. Cuma amik ubat tahan sakit. Tapi tak hilang sakitnya. Memang sakit.

Untuk anak 2nd & 3rd ni memang natural. Tak der ubat tahan sakit & epidural. Alhamdulillah sebab proses bersalin pon senang. Banyakkan berjalan & berdoa.

amirah said...

jom kita komen2 kat fb..hehe

ayu said...

fiza : huhu...daku ni dah la penakut, tak tahan sakit plak tu..itu yg kena prepare dari segi fizikal ni..harap2 la dipermudahkan nanti

ayu said...

ami...jum..jum..

umi alya said...

urmmm zaman akak dulu2, tak jumpapun bola tu (mgkn tak tau kot, hihihihi)

in syaa allah mg dipermudahkanNya, jgn lupa war2kan kabar gmbira & ayu berpantang kat mana?

nurbijen said...

Insya Allah, Ayu... moga segalanya dipermudahkan...
Detik2 terakhir menanti kehadiran ahli keluarga baru mmg saat yg mendebarkan :)

ayu said...

Insyaallah kak tini....nnt ayu update kat blog @ fb ye...
Ayu pantang kat kg kak

ayu said...

Tq kak nur....selagi baby tak keluar lg mcm2 la benda nak difikirkan ;-)

ashra said...

kita pun turut bdebar.insyaallah,ayu.semua akan bjalan lancar

da tak lama da lg nk smbut org baru.hehe.yay!

ayu said...

ash : harap2 mcm tu la..amin..^_^

thanks kerana mendoakan..

Nadia Adam said...

Mmmm saya pun masuk kelab ni then baru saya perasan.. rupanya selama ni saya lahirkan anak mmg secara semulajadi...tanpa sebarang penahan sakit. Yg saya x bule lupa anak kedua lgsg x ada cucuk jarum kat tangan.
Then saya juga baru tahu kalau thalasemia (saya ler tu) mmg x bule amik penahan sakit.. nnt takut ade bleeding.
Anyway semoga impian awak tercapai ayu...:-):-)

ayu said...

Bagusnya nadia....mudah2an kali ni pun mcm tu juga ye...