click...click...

HITS

Followers

Thursday, May 30, 2013

Menghampiri ke penghujung 39 minggu....

Minggu terakhir sebelum due date dan juga merangkap minggu terakhir daku bekerja sebelum bersalin..
sebenarnya, dah dekat2 dengan due date ni, macam2 benda di fikiran..
Daku dah lama join satu group ni iaitu

THE GENTLE BIRTHING GROUP MALAYSIA

mula2 tu sekadar baca2 je kisah2 pengalaman mereka2 yang bersalin
secara homebirth, waterbirth
time tu rasa macam tak ada la nak buat macam tu..daku tahu kemampuanku
sendiri macam mana..
so, nak tau apa itu Gentle Birth?
ni info yang daku dapat dari group tersebut..

GENTLE BIRTH BUKAN BERMAKSUD HOMEBIRTH SAHAJA.
anda mampu mendapat Gentle Birth di hospital, di rumah atau dimana sahaja.

The Gentle Birthing Group Malaysia menggalakkan ibubapa membuat pilihan serta keputusan berdasarkan bermaklumat. 

para ibubapa harus bertanggungjawab dalam mencari ilmu tentang kelahiran bayi anda sendiri bukan meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahu orang lain semata-mata.

pelajari serta fahami proses kelahiran itu sendiri.
pengalaman bersalin akan menjadi lebih indah jika anda faham & tahu apa yang berlaku pada diri anda, tak kira dimana anda melahirkan bayi anda serta bagaimana dia dilahirkan.

JANGAN hanya kerana A melahirkan anak dirumah anda juga ingin melahirkan anak di rumah secara membabi buta tanpa memahami serta mempelajari proses2 yang terlibat.

JANGAN hanya kerana anda tidak faham anda beranggapan Gentle Birth adalah mustahil, bahaya, kerja gila & sebagainya.

bagi ibu2 yang berminat tentang beranak di rumah (homebirth) anda perlu tahu kebanyakan ibu di Malaysia melakukan tanpa bidan atau doktor di rumah atau lebih dikenali sebagai Unassisted Childbirth (UC)
(
http://www.unassistedchildbirth.com/unassisted-childbirth/what-is-uc/)

GBG tidak memperjuangkan UC tetapi menghormati keputusan bermaklumat yang di ambil para ibu tidak kira dimana dia melahirkan serta bagaimana dia melahirkan bayi mereka.

http://www.unassistedchildbirth.com/unassisted-childbirth/truth-about-birth/

bila dah lama baca pengalaman kawan2 kat situ, daku pun tertarik la juga ..

lagi2 bila membaca TIPS di bawah :



Tip untuk memperolehi kelahiran semulajadi


• Dapatkan khidmat pengamal perubatan yang anda rasa selesa dengannya, yang akan menyokong pandangan dan pilihan anda.

• Hadiri kelas persedian kelahiran pihak yang tidak berkait dengan mana-mana hospital,  dan juga kelas HypnoBirthing.

• Membaca kisah-kisah kelahiran yang positif dan memberangsangkan.

• Pertimbangkan untuk mengambil seorang teman sokongan kelahiran professional seperti seorang doula atau sahabat/ibu anda yang memahami dan menyokong hasrat anda.

• Pertingkatkan ilmu (anda dan juga teman sokongan anda) dengan membaca buku, laman web dan menonton video/dokumentari yang berkaitan.

• Sediakan pelan kelahiran dan berikan kepada doktor anda untuk pengesahan, ianya juga hendaklah diberikan kepada kakitangan wad bersalin.

• Bergerak aktif semasa proses bersalin –berjalan, menari atau apa jua pergerakan yang anda rasa boleh membantu. Bercumbu dengan suami juga satu cara yang amat baik untuk merilekskan serviks.

• Pilih kaedah penahan sakit yang semulajadi – berdiri di bawah air pancuran, tab mandi, urutan hangat, aromaterapi, mesin TENS, tuam panas dan sebagainya.

• Cuba pelbagai posisi dan kedudukan semasa proses bersalin yang dapat memanfaatkan daya graviti bagi mendapatkan posisi yang anda rasakan paling sesuai untuk melahirkan.

• Elakkan dari baring terutamanya dalam keadaan terlentang.

Setelah membaca entri ini, dengan semangatnya daku n suami
gigih ke tesco untuk membeli gym ball..
^_^






Note : dah 2 kali ambik epidural..tiba2 kali ni ingin mencuba menahan sakit sendiri..sebab tu terasa plak nak mencuba kaedah ini...mudah2an dipermudahkan nanti..

Wednesday, May 29, 2013

Hati ini Tersentuh!

Note : Insyaallah, kali ke 3 ni,  en suami gak yang akan teman daku nanti dalam LR ^__^

SUMBER : HARIANISLAM


Suami ...Temanlah Isteri anda kita mereka mahu melahirkan zuriat anda..


Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

-Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

-Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

-Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

-Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

-Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:

-Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
-Memberi kata-kate semangat untuk isteri
-Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
-Mengelap muka isteri apabila berpeluh
-Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

P/s : bukan nak kata apa, tapi..time gini la daku akan nampak en suami menitiskan air mata..sapa yg tak terharu kan..

Confinement Lady a.k.a Penjaga Ketika Pantang...

Fuh...nak cerita sikit pasal Confinement Lady ni...bukan apa, sebab daku & kakak sulungku KEBETULAN dijangka bersalin dalam bulan yang sama..plan asal, dia nak balik pantang kat kampung je..so, daku pun ok je..lagi syok sebab ada geng dalam pantang nanti..tup2, bila melibatkan pertukaran sekolah sementara anak sulung beliau yg darjah 2 tu, ketika cuti pantang nanti membuatkan beliau tak jadi la plak balik pantang kat kampung..masalah utama adalah disebabkan masalah 'key in data untuk sessi pemarkahan' ...entah, serius daku pun tak faham sgt lagi2 sejak dah tukar sistem ni....since beliau pun cikgu, beliau la lebih tau hal2 pertukaran sek sementara ni..

makanya, daku pun tolonglah beliau carikan confinement lady utk beliau nanti..ingatkan senang je nak cari!! rupa2nya, alahai...tak sangka plak macam goreng pisang betul la...

ni ada senarai2 confinement lady yang daku jumpa dalam satu entri ini, tapi kitaorg tak la call semua...sebab kebanyakannya tak de la plak yang buat pakej bermalam..hanya pakej balik hari je..
  1. Jemari Tradisional :- http://rawatanbersalin.blogspot.com/
  2. Tanamera postnatal :- http://tanamerapostnatal.com/
  3. Optimum lady care :http://optimumladycare.blogspot.com/2012/06/bidan-berpantang.html
  4. Zeni's moms care : - http://zenimoms.com/CMS1/
  5. Urut Bersalin - Shah Alam & Lembah Klang :- http://urutbersalinrahmah.blogspot.com/
  6. Cintasari Postnatal Packages : - http://cintasari.com/services_post_natal.html
  7. Happines Postnatal & Beauty Care :- http://www.happiness-postnatal.blogspot.com/
  8. Kak Ina Confinement :- http://inaurut.blogspot.com/
  9. Kak Mek Urut : - http://kakmekurut.blogspot.com/
  10. Ila Optima care : - http://ilaoptimacare.blogspot.com/
  11. Suria Home Spa & Salon :- http://suria-spa.blogspot.com/
  12. d'Natasya Ayu Traditional SPA :- http://dnatasyaayu.blogspot.com
  13. Sirehqasih : - http://sirehqaseh.blogspot.com/ 
  14. Mum's Post Natal Care :- http://mumcaring61.blogspot.com/
  15. Siti Postnatal : - http://petalingjaya.citybase.my/classifieds/pre-postnatal-package-home-service-id-819968
  16. Shadira Postnatal :- http://shadirabeauty.com/
  17. Zuzana Postnatal care:- http://site.zuzanapostnatalcare.com.my/main/3009/index.asp?pageid=94432
  18. Onyang Nenekda Bonda :- http://www.onyangspa.com.my/PAKEJ-PAKEJ
  19. Wanti Sayang Postnatal Care :- http://wantisygpostnatal.blogspot.com/ 
  20. MF Care Wellness :- http://mfcarewellness.blogspot.com/ 
  21. Saujana Herba : -http://www.saujanaherba.com/main/ 
  22. Ummie - Tradisional Confinement Lady Consultant :- http://ummieyku.blogspot.com/
  23. Rimbunan Puri : - http://rimbunpuri.blogspot.com/
  24. Muslimah Maternity Care: - http://www.majalah.com/?classified:post-natal-care:82GGPLFD3L 
  25. Farhana : - http://www.majalah.com/?classified:menyediakan-rawatan-selepas-bersalin-terus-ke-rumah-pelanggan-kl:7R4X1RCP9F 
  26. Kak Ita: - http://www.majalah.com/?classified:private-homecare-nurse-bersalin:7YMLTGC39M
  27. Kak Suri : - http://www.majalah.com/?classified:urut-selepas-bersalin:8BWWM9TFHL
  28. D' Aura Spa : - http://www.majalah.com/?classified:urut-lepas-bersalin-d-aura-spa-putrajaya-untuk-servis-ke-rumah:89DFTZQFQR
  29. Kak Ani: - http://www.majalah.com/?classified:urut-bersalin-tunku-rm65-datang-ke-rumah-area-puchong-putra-perdana:896M9XWGGV
  30. Kak Suri/ Cik Intan: - http://www.majalah.com/?classified:urut-selepas-bersalin:886ZV2F1Z7
  31. Fiona : - http://www.majalah.com/?classified:perawatan-selepas-melahirkan-berurut-shah-alam:8523ZC74SH
  32. Rahayu:- http://www.majalah.com/?classified:urutan-selepas-bersalin:84Y21HNN0L
  33. Kak Long Liza :- http://www.majalah.com/?classified:urutan-badan-urutan-ibu-bersalin-dan-penjagaan-dalam-pantang:810QLJDC0X
  34. Kak Syimah :- http://www.majalah.com/?classified:urut-tradistional-utk-ibu-bersalin:802SNMY3FP
  35. Spahomemobile :- http://www.majalah.com/?classified:perkhidmatan-rawatan-selepas-bersalin-urutan-tradisional-ke-rumah-anda:7Z05JX80GQ
  36. Jemari tradisi Ummi :- http://www.majalah.com/?classified:urut-tradisional-dan-urut-selepas-bersalin-kajang-bangi-putrajaya-balakong-sri-kembangan:7TLJ8H05KJ 
Beberapa pilihan dah dibuat, contoh macam Jemari Tradisional tu...sekali bila kakak call, dah full la plak...walhal, time tu baru je bulan 2 kitaorg cari .....tak sangkanyaaa..cari punya cari, last2, abang ipar a.k.a en suami kakak sendiri yang jumpa iaitu :


Pakej2 dia pun boleh tahan gak la...boleh klik untuk tengok detail setiap pakej....tak sangkanya pakej2 penjagaan dalam pantang ni boleh tahan juga la kan....harap2 la kakakku itu puas hati nanti... kalau korang nak baca review tentang mereka2 yang dah pernah ambik dengan natalis beauty ni, boleh la singgah kat FB diaorg ye.. daku ada gak baca review dari customer diaorg..nampak macam ok..entah la kan..kita tunggu je la nanti..daku ?? insyaallah, pantang kat kampung je la...kakak yg dah biasa urut sejak pantang hariz dan danial tu pun ada lagi, so guna khidmat dia je..senang, tak payah dah nak pening2 kepala..

Thursday, May 23, 2013

Pemilihan Nama Anak!!

Untuk pemilihan nama anak yang ketiga ni, 
daku telah pun join satu group di FB seperti gambar di bawah ni..
ianya dikelolakan oleh seorang Ustazah yang bernama

Dalam group ni memang ada file yang mempunyai
koleksi nama bermula dengan huruf A - Z
so, korang kena la RAJIN-RAJIN membelek
setiap file tu ye..

Tapi...kalau nak special request daripada Nhazz,
maka apa kata minta nhazz sediakan
 koleksi kombinasi nama-nama indah dimana 
nama-nama ini diminta sendiri oleh kita..
contoh nya la kan..
daku nak senarai nama yang bermula dengan 
I , so nhazz akan sediakan nama2 yang 
bermula dengan I...

disebabkan nama kedua2 anak daku dahulu bermula dengan 
Meor Imran Hariz
Meor Imran Danial

maka, kali ni pun sekiranya lelaki, daku akan kekalkan nama 
Meor Imran, 
cuma tambah nama lain2 yang sesuai untuk digandingkan 
dengan nama tersebut.

Manakala, sekiranya perempuan, nama Depan akan 
bermula dengan Wan..
jadi, daku telah pun meminta senarai nama anak perempuan 
yang sesuai bermula dengan I dan 
diikuti dengan nama2 lain..

koleksi kombinasi nama-nama indah
yang mempunyai maksud yang bermakna...
ada seratus nama lagi tau..
cuma tak buat lagi pilihan 
sebab nak tunggu baby keluar dulu

bayarannya hanylah RM 20 je
ok la kan..
^___^

sekiranya berminat, 
boleh la join group tu ye

Tuesday, May 21, 2013

SITUASI SEKARANG!!


Sedang mengalami fasa2 terakhir sebelum menjelangnya 
tarikh keramat 4 Jun 2013..
sangat2 tak selesa lagi2 bila tengah mengadap laptop atau menulis ..
dalam erti kata lain, bila duduk2 je kat ofis ni..
lagi suka kalau bergerak aktif atau keluar berjalan2..

Braxton hicks..
adakah ianya tanda2 awal sebelum bersalin??

Ianya merupakan pengecutan yang hanyalah berlaku untuk setengah minit sahaja
dan mungkin akan mengalami situasi ini sama ada satu atau 
dua kali dalam satu jam, 
pada bila2 masa dalam sehari.. 

Apakah pula perbezaan diantara Braxton Hicks dengan Kontraksi Kelahiran Sebenar? 

Kontraksi Braxton Hicks:


  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, 
beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda 
berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.


Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:


  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.


Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi 

Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada 

peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, 

terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit 
kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. 
Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

SUMBER : BABYCENTER


Bersabar je la sekarang ni..

tak lama je lagi pun..

Friday, May 17, 2013

Kisah HB oh HB....

HB atau nama panjangnya Hemoglobin merupakan molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2 daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia..

fuhhhh..ni ayat2 standard dalam perubatan la..

Nak cerita la sikit pasal HB ni...dah 3 kali mengandung pun, prob HB Rendah ni la yang selalu terjadi dalam diri ini....ingat lagi masa mengandungkan hariz dulu..pernah HB drop sampai 8.8!!! time tu memang kena la sound sekali dengan doktor....time tu check di Klinik Kesihatan Ampang yang terkenal dengan kesesakan dan ramai sangat pesakit kat sana.. Sebab tu bila mengandung danial plak, check di Klinik Panel je...situasi yang sama juga berlaku sehinggakan bila buat check up di UKMSC, Dr. Ani Amelia telah meminta daku buat detail blood test untuk tengok kenapakah daku punya hb ni rendah sangat..tup2, bila keluar resut, rupanya sel darah merah daku memang kurang ketika mengandung dan ianya akan kembali normal selepas bersalin...so, terima la hakikat ye ..

Jadi, untuk kali ketiga ni, disebabkan daku dah tau akan mengalami benda yang sama, so dah memang boleh jangka hb ku itu antara 9.5 - 10.8 je... itu je la bacaannya setiap kali ambik darah pun..dan jenuh gak explain kat nurse2 di KK tu yang daku ni memang ada prob kurang sel darah merah dan pernah pun buat detail blood test semasa mengandung kali kedua dulu...Diaorg tak puas hati gak, buat gak sekali lagi detail blood test kali ni...dan hasilnya, tetap serupa..time tu hb naik la sikit dari 9.8 ke 10.4..

Hujung bulan lepas, kandungan ku berusia 35 minggu...time tu daku dah 2 minggu lebih tak sihat.. selsema + batuk + demam, semuanya ada la..dan paling ketara SAKIT KEPALA berdenyut2 sampai rasa nak hentak je kepala ni..macam2 minyak angin dah ku letak..dari cap kapak hinggalah ke losyen sireh mas, semuanya tak jalan...mujur la time tu Mak dan Abah ada di kl..so, bila time diaorg stay kat rumah kitaorg, apa lagi..sessi manja2kan diri la dengan mak...sekali bila mak urut kepala tu, mak ai...angin keluarrrr daaa... berangin sungguh badan ku ni.. bila pergi check up plak, kalau sebelum ni (31 minggu) hb ku dah ok la sikit 10.7,  sekali drop laaa ke 9.8....dah memang agak sebab time tu memang tak sihat pun...

Minggu ni plak check up 37 minggu...daku dah mengalah dah ...ubat tak makan, juz makan macam biasa, cuma dari segi pengambilan buah-buahan memang ketara la...asyik la mengadap makan tembikai susu, betik, jambu, epal merah + hijau , anggur, mangga..memang wajib makan la...tup2 bila nurse minta ambik darah untuk hb, daku dah ready dan bersedia untuk dileteri..time ni, keadaan fizikal ku pun dah makin stabil dan ok..selsema + batuk + sakit kepala pun dah tak ada... tiba2....bila keluar result hb...jeng..jeng..jeng...

hb ku naik 13.1 wehhh

Terkedu + terkejut dan terkesima dibuatnya bila nurse tu kata, BAGUS!! hb naik banyak ni...erkkk... umpama mimpi dalam mimpi la  plak..dalam hati, eh betul ke ni...rasa macam nak repeat je test ni..tapi tak buat la...

Bersyukur sangat2 pada Ilahi dan kegembiraan ini daku kongsikan dengan suami n keluarga dan tak lupa juga dengan rakan2 di FB ku...

Alhamdulillah..2 berita gembira buat daku di hujung2 kehamilan :

1 - baby dah pusing..
2 - hb dah naik walaupun di saat2 terakhir 
^____^

Doakan daku dipermudahkan bersalin kali ini ye 

Wednesday, May 15, 2013

Teknik Penafasan Ketika Melahirkan Bayi

Gigih tau study bab2 teknik pernafasan ni!! tah la..masa yang dua2 dulu macam tak menjadi je...so, harap2 kali ni dapat la dipraktiskan...


Sumber : BABYCENTER

Bernafas dan bernafas terlebih


Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas. 


Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan. 


Corak pernafasan untuk perlahiran


Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda. 


Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi. 


Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik. 


Teknik pernafasan mudah


• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya! 


• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas. 


• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering. 


Sokongan semasa pernafasan


Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut. 


Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi. 


Bernafas dan meneran


Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda. 


Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat. 


Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak. 


Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi. 


Bernafas dan bukan meneran


Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal. 


Monday, May 13, 2013

Tips Mudah Bersalin : sejauh mana kebenarannya ???

Tinggal beberapa minggu je lagi sebelum daku melahirkan bayi yang ketiga..
Hujung2 kehamilan ni, selain daripada mengamalkan Doa2 dan Surah2 Pilihan, 
daku juga suka membaca tips2 bagi memudahkan bersalin..
yang ni diperolehi apabila kawanku lynn tag  daku..
mmmm..sejauh manakah kebenarannya?
adakah korang juga bersetuju dengan tips2 yang diberikan?
nanti share komen atau pendapat korang di sini ye
^_^



Tips mudah bersalin......


1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.


2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction. (mmm...kalau tak masuk LR lagi, mungkin boleh la kut amalkan)

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin. (yg ni setujuuuu sangat2)

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin. (insyaallah, amalkan juga doa2 yang lain)

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. 

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut..(yang ni sedang amalkan dengan vco)

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2. (yang ni mmg confirm kena STUDY lagi..)

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang



Walaupun begitu, daku sekarang ni merasakan 
yang selain daripada tips2 di atas, 
apa yang patut diketahui lagi adalah
TEKNIK-TEKNIK PERNAFASAN
KETIKA MELAHIRKAN

yang ni akan dikongsikan dalam next entry lah...
^_^

Friday, May 10, 2013

ULANGKAJI BF : kolustrum oh kolustrum .....

Dah masuk anak ketiga pun, 
bab2 BF tetap kena ulangkaji gakkkk
lagi2 bila dah lama tinggalkan..
so, jum kita buat sedikit tinjauan n kajian
mengenai isu2 yang terbabit dengan kolustrum

SUMBER : Ketika Menghadiri Kelas Penyusuan anjuran SARAKIDS

Situasi di atas merupakan satu situasi dimana ianya sering
bermain2 di fikiran bagi setiap para ibu lagi2 sekiranya ianya
merupakan pengalaman pertama ibu itu menyusukan anak.

Jadi, adakah normal situasi di atas??

adakah ianya dapat menjelaskan lagi persoalan di atas?

size perut baby yang baru dilahirkan kecil je kan ??
ini plak perbandingan yang dibuat untuk menunjukkan kuantiti susu
yang diperlukan dari awal kelahiran hinggalah usia sebulan.
di harap ianya dapat memberikan sedikit gambaran kepada kita
mengenai keperluan susu di awal2 kelahiran





Makanya, jangan la risau ye ibu2 sekalian jika anda merasakan bayi anda 
tak cukup susu lagi2 ketika baru lepas bersalin ni..
^_^