click...click...

HITS

Followers

Thursday, October 03, 2013

Soalan Cepu Emas ketika ''Breastfeeding''

Salam semua..Maaf sangat2 sebab dah lama tak update entri seterusnya... dalam 2 minggu ni baby, Wan Alya Nayli tak begitu sihat lagi..nyaris2 nak kena warded minggu lepas..tapi mujur la lepas nebulizer 3 kali dalam masa 2 hari, nayli dah nampak ok sikit.. ok..berbalik kepada topik di atas, jum kita tengok PM2 yang ayu dapat lepas publish gambar2 ebm utk eryna itu...
.
Soalan Pertama

Macam mana nak BANYAKKAN SUSU??

Apa yang ayu buat?? awal pagi lepas je bangun dari tido..solat dulu dan curi masa untuk pam..kalau baby pun jaga sama, maka try buat tandem nursing..sebelah DF & sebelah lagi pam...hasil yang ayu dapat ni akan diberikan terus untuk nayli awal pagi tu..

Lepas tu boleh la pam lagi selang 2-3 jam kemudian..dan kalau sebelum tido baby tak menyusu sangat, elok juga pam sebelum tido


 Soalan kedua...

MAKAN APA UNTUK BANYAKKAN SUSU??

Makan apa?? mmm...awal2 dulu ada gak la  makan alfafa + b comp + vitalea..tapi lepas tu, ayu tak makan dah..hehe...jenis malas sikit nak makan2 ni...lepas tu ayu cuma makan macam biasa je...air suam minum banyak ..kalau tak, minum milo panas ke..jadi la..

Soalan ketiga..

BABY TAK MENYUSU DIRECT, macam mana nak handle ya??

yang ni dari sepupu merangkap bf ayu gak..dalam pantang anak kedua, tapi baby dia tak nak nyusu secara direct..so, dia tak putus harapan..pam je..so, ayu advise dia pam at least selang 2 jam sekali..hehe..ada je kawan2 yg memang fully EP ni..kagum dengan diaorg yang tak kira penat dan gigih pam untuk anak2 dia orang..

So, itu aje la kuncinya...pam jangan lupa (kalau baby tak berada di sisi dalam tempoh yg lama , cth kalau kat ofis) ..untuk mereka yang berada di rumah, hanya perlu kerapkan susukan baby anda sahaja..Insyaallah, yakin pada usaha sendiri..

Wednesday, September 18, 2013

^A.N.A.K S.U.S.U.A.N^

Alhamdulillah..
Nak cerita la sikit tentang anak susuan ayu ni
Namanya Nur Eryna, anak ke 3 kakak ayu...
Lahir 2 hari selepas Nayli dilahirkan..
Start jadi anak susuan selepas kakak balik berpantang
kat kampung selepas pantang 2 minggu kat sepang..
Eryna kuat juga menyusu
So ada masa kitaorg gilir2..
Nayli juga ada menyusu dengan kakak

Kakak baru je start masuk mengajar balik...
Agak payah juga dia nak mengejar keperluan eryna..
Ini kerana Eryna memang dah campur dgn fm sejak lahir..
Tapi kakak tak mengalah..
Walaupun dah beli 2 jenis pam dlm pantang
(Bateri n elektrik jenis pigeon)
tetap gigih gak nak cari pam lain...
Ohhh...bangga sgt dgn kemahuan kakak
Yg betul2 bersemangat nak nyusukan eryna..
So ayu cadangkan rumble tuff...
Beli ngan kak hazarina di lunatots putrajaya...

Alhamdulillah...dah 3 minggu berjaya fully bf Eryna..
ayu nak menambahkan lagi semangat utk beliau
Maka ayu berikan 10 botol ebm pd kakak
Utl back up susu yg ada utk eryna
10 botol x 5oz Telah pun dihantar
Ketika ke rumah kakak jumaat lepas...

 Semoga eryna terus membesar dgn susuibu.

Ketika share gambar mengenai anak susuan ayu ni..
Banyak pm yg ayu terima dari kawan2...
Masing2 bertanyakan soalan yang sama..

*mcm mana nak banyakkan susu*

Soalan cepumas bagi ayu tu..
Oh...satu lagi...

*makan apa ye utk banyakkan susu*

2 soalan tu nanti ayu jawab utk entri seterusnya lah ye...

^_^

Semoga kalian terus membesar dengan susu ibu!!
Semoga dipermurahkan lagi rezeki utk Nayli & Eryna...
Amin..


Wednesday, September 11, 2013

Pecah rekod!!!

Nampaknya kali ni
Nayli dah pecah rekod la..
Tapi ianya bukan satu kebanggaan pun ye..
Setelah hampir seminggu lebih 
Nayli batuk2 & tak baik2 gak..

Dah try garlic oil
Dah try teknik steam

Walaupun makin berkurangan
Tapi bila malam n sejuk2 je nayli akan batuk2 lg..

Macam malam semalam kan hujan lebat..
Jd nak dijadikan cerita sblm tido tu dah perasan
Nayli batuk2 n ada bunyi wheezing tu lg  
Alih2 jam 5 lebih tu daku terjaga bila dgr nayli batuk
Tak henti2 sehingga en suami pun bangun sama..

Last2 pagi tadi ke sini la juga..
Klinik pakar kanak2 Dr Ong
Lokasi klinik di area2 ampang point
Deret RHB Bank..

Masa kena neb ni mujur la nayli tak nangis..
Danial dulu 4 bulan baru start ambik neb...
Time tu kat TMC
Hariz plak masa setahun..

Alahaiii..bila dah ada keturunan yg ada asthma n lelah ni
Maka kena la siap sedia ye..


Friday, July 05, 2013

#1 bulan#

Sekejap je masa berlalu...
Nayli dah pun sebulan hari ni..
maknanya, pantangku lagi 14 hari je...
ahad ni kitaorg akan balik KL 
dan daku akan pantang SENDIRI2 di sana...
harap2 berjalan lancar la nanti...

jum sambung kemas barang!!

Wednesday, July 03, 2013

Semalaman di Hospital Taiping!!

Hari ke 4 selepas baby Nayli dilahirkan, barulah balik berpantang di kampung..plan asal nak balik hari ke 3 tapi memandangkan kakakku pula kena induce pada hari ke 3 itu maka kitaorg tangguh la sehari lagi...Alhamdulillah, kakakku selamat melahirkan anak ketiga beliau....baby girl juga...

Sampai je Taiping, kitaorg pergi report ke Klinik Kesihatan Tupai...betul2 berhadapan dengan Doli Taiping...since en suami kata baby nampak macam ada kuning, maka nurse tu kata elok la terus check bacaan kuning dulu....ni 1st time aku bawa sendiri baby check kuning...sebelum2 ni en suami n PIL yg bawa masa hariz n danial...hari tu bacaan kuning nayli 253.3 @ 14.9!! Memang tinggi sampai bila jumpa dr, dia suggest admit hospital Taiping...daku yg blur2 ketika itu mengiyakan je...aduhaiii...dalam hati Tuhan je yang tahu...dah la baru balik kg, tup2 petang tu gak kena admit hospital.

Patut kena pergi lepas zohor, tapi kitaorg tangguh lepas asar baru pergi...last2 jam 6 petang baru pergi sana...sampai je kat B3, bila tgk keadaan kat sana mcm tak nak plak admit baby...kesian wehhhh....tgk baby2 duduk bawah lampu dengan tangisan diaorg lagi...siap masa sorg dr lelaki Cina check baby, daku cuba2 je la kata tak mau admit..tp dah sampai kan...at least kena la bermalam semalaman...part yang tak best kena ambik darah lagi...menangis lagi la nayli!!

Dah siap tu daku n nayli ditempatkan di katil 26..rupanya lampu biru tu ditempatkan di sebelah katil ibu je..oh...lega sikit...tak perlu la kena berjalan n hantar sendiri baby ke bilik khas utk diletakkan di bawah lampu..yang kat situ dikhaskan untuk baby2 yang kena stay kat situ tanpa ditemani ibu2 mereka....katil kat hospital ni tinggi ok!! boleh la korang bayangkan macam mana keadaan daku ketika itu...nak nangis rasanya...baru hari ke 4, dah panjat2 katil dan banyak berjalan... Mujur la setiap katil tu ada disediakan kerusi...slow2 je la naik & panjat katil...

Mujur la untuk dinner malam tu daku dah minta en suami bawa dari rumah siap2...kalau tak, entah la...roti & biskut memang dah stand by siap2 dah..air tu yg penting...sebab suasana kat B3 tu panas, daku asyik minum air je...baby plak so far ok bila diletakkan di bawah lampu...cuma bila baby nangis, maka angkat dan susukan dia dulu... time tu kiranya tangisan nayli la antara tangisan baby yang agak kuat juga..

Malam tu seperti yg dijangka, daku tak dapat tidur lena..sama je masa malam pertama daku bersalin di hukm dulu...satu, sebab panas...dua, macam tak selesa je tidur bila suasana bilik dalam keadaan terbuka...dengan nurse & dr lalu lalang...lagi la...habiskan masa tgk internet jap, susukan baby & pam susu...last2, sempat lelapkan mata pun dalam 2 jam je dari 2.30 - 4.30 pagi...lepas tu baby bangun, daku susukan je... jam 5.30 pagi tu, sekali lagi baby kena ambik darah...bila dah jam 6 tu, terus je mandi dan duduk2 je la lepak2 kat katil sambil tunggu dr buat pemeriksaan pagi tu..

Result masa baby admit hospital 13.7..Alhamdulillah..dah turun juga...untuk kali kedua ni kena la tunggu dalam jam 9 pagi...masa dr datang buat pemeriksaan, dr kata dah boleh keluar..cuma kena tunggu SEKALI LAGI dr Pakar datang dalam tengahari ...penantian itu memang la tak best langsung...bila result kedua keluar, tengok2 bacaan dah 13.5.. memang dah boleh keluar la dari hospital... Akhirnya jam 12 lebih baru la doktor pakar datang dan check baby lagi sebelum dibenarkan keluar...bila semuanya memuaskan, jam 2 lebih baru la kami anak beranak keluar....

Alhamdulillah....tapi, lepas tu dalam seminggu juga la daku dan nayli ulang alik pergi check kat klinik kesihatan tu...daku memang pulun je menyusukan baby...walaupun macam2 petua yg diberi, daku hanya try minum susu kambing & air glukose...yang bab2 mandi tu, serah kat mak je..mak yang handle..mandi dengan air tu la air ni la...mmmm...bacaan plak selepas itu, 203.8 @ 11.9 turun ke 162.6 @ 9.5 lepas tu naik sikit ke 166.8 @ 9.8, turun sikit plak ke 165.9 @ 9.7 dan bacaan terakhir 139.9 @ 8.2...lepas tu memang tak mau dah la ulang alik ke klinik...

Rasanya pantang kali ni la macam kelam kabut & berterabur sikit...masuk hospital, ulang alik pergi klinik kesihatan selang 2 hari, berurut dan bertungku hari ke 7 (siap masa hari pertama urut tu, rasa nak demam pun ada), minggu ke dua plak, genap baby 16 hari, daku balik KL kejap sebab ada interview...phewwww...siap bawa baby lagi tu..en suami la yang teman n PANGKU baby hampir 2 jam setengah...

Mood berpantang memang tah ke mana..tu belum masuk lagi cerita mengepam yang entah laaa...lain sangat masa time danial dulu...

Wednesday, June 26, 2013

♥ Kisah Kelahiran Wan Alya Nayli♥

                                                 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ni hari yang ke 22, barulah daku berkesempatan nak mencoretkan serba sedikit kisah kelahiran anak ku yang ketiga...sebelum ni, macam2 hal yang berlaku selepas bersalin tempoh hari... atas kesempatan ini juga, daku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada en suami, mak abah, mak abah mentuaku, adik beradikku serta tak lupa juga kepada rakan2ku yang tak putus2 mendoakan daku selamat bersalin kali ni..Alhamdulillah, kali ni, daku dipermudahkan bersalin...Daku juga ingin merakamkan penghargaan kepada empunya entri 'Kisah Kelahiran Raheesh Fayyad' iaitu Farwina di atas kisah kelahiran anak beliau dimana ianya memberikan daku satu inspirasi baru untukku mencuba teknik hypnobirthing untuk kelahiran yang ketiga ini.. daku amat bersyukur kerana impianku untuk bersalin secara  Gentle Birth tercapai dan ianya tidak akan berjaya tanpa sokongan rakan2 khasnya....

4.6.13

merupakan due date daku...namun, pada hari itu, masih lagi tidak ada apa2 tanda2 yang daku bakal bersalin pada hari tersebut..jika sebelum ini, daku bersalinkan Hariz betul2 mengikut due date manakala Danial plak sehari sebelum due date, maka sudah tentulah daku tertanya2 bila la plak daku nak bersalin untuk yang ketiga ni...Jadi, pada malam itu apa lagi kan..mula lah google sana sini cari tips2 untuk proses mempercepatkan proses bersalin...antara artikel yang daku praktiskan adalah daripada babycenter iaitu "mempercepatkan proses bersalin" kiranya ada la juga tips2 yang diberi itu aku "try" juga buat ..

5.6.13

4.30 pagi - daku terjaga dari tidur ...sebabnya daku "bermimpi" yang tanda dah ada iaitu keluar darah..so, bangun dan masuk toilet ..tengok2 tak ada pun tanda tu...so, sambung la tidur balik..dalam masa yang sama, daku dah mula rasa sesuatu...rasa2nya macam contraction...tapi, sebabkan sebelum2 ni pun, 2-3 hari sebelum tu daku dah merasa sakit macam ni, daku ignore je dulu dan cuba untuk pejamkan mata juga...

5.00 pagi - lama kelamaan, daku dah mula rasa tak selesa sebab sakit tu macam kerap juga...maka daku bangun dan mula ulang alik berjalan dalam bilik utk pastikan betul ke contraction ni, ke still lagi BH..tapi, sakit tu rasa lain dari sebelum ni.....tanpa berlengah lagi, daku terus pergi ke dapur masak air panas dulu..bancuh milo panas + buat telur separuh masak 2 biji + ambik roti coklat utk dimakan.. lepas tu ambik pool & konon2nya nak la pam sendiri...tapi sakit tu dah makin kuat sehinggakan daku rasa bila melutut baru rasa lega.....terus daku kejut en suami dan bagitau dia yang dah mula rasa sakit dan minta dia tolong pamkan pool tu dulu..sementara tu, daku pergi la makan n minum..tapi, bila dah sakit ni, makan ke minum ke memang tak boleh juga la ...air milo tu daku hanya minum sedikit je..roti plak secubit dua... telur separuh masak tu?? lagi la tak sentuh langsung...terus ambik gym ball dan mula lompat2 atas tu sementara tunggu en suami siapkan pool tu...sebelum daku masuk berendam ke pool itu, daku solat subuh dulu siap2..

6.00 pqgi - daku mula masuk ke dalam pool...pool ni besar gak.. warna merah...air plak, daku minta en suami masukkan air panas dan air biasa...biar jadi suam2 je...kenapa masuk dalam pool? sebenarnya hasil bacaan daku, berendam dalam pool ketika contraction ni mampu mengurangkan rasa sakit itu sendiri.. daku akui ianya memang berkesan sebab bila kita dalam air, rasa lebih senang lagi daku untuk melakukan teknik2 pernafasan dengan betul..bila rasa sakit tu menjelma, daku akan melutut dan berpaut pada pool itu....ada sekali tu, sementara tunggu contraction tu, daku sempat lagi  pejam mata sebab rasa mengantuk pun ada..hehe..tapi, yang kelakarnya en suami ingatkan daku pengsan!!! uishhh...tak de la sampai pengsan..cuma time tu nak rest jap sementara menanti contraction...lama gak daku berendam...ini mujur la berlaku jam 6 pagi ...kalau time siang ke malam, tak dapat la daku nak bayangkan bila Hariz & Danial nampak daku berendam dalam pool ni..CONFIRM diaorg nak join sama....


6.45 pagi - time ni dah rasa macam tak tahan sangat2 dah..walaupun berendam, namun daku masih lagi boleh rasa berpeluh2 di mukaku itu....cepat2 daku suruh en suami siap segera...tapi daku still lagi berendam dalam pool sementara tunggu dia....mak pun ada time ni..ingat2 balik masa en suami bentangkan pool ni kat 2nd hall dalam rumah, mak macam terkejut je..betul ke idak daku ni nak berendam dalam pool..mula2 mak ingat daku nak bersalin dalam pool ni..tak sampai la niat lagi untuk bersalin secara homebirth atau waterbirth lagi...yang itu, HARUS kena pergi menimba ilmu dahulu...lepas je en suami dah siap, daku pun keluar dari pool, masuk bilik air dan mandi dengan air suam dulu..lepas tu baru siap2 pergi ke hospital...Hariz dan Danial masih lagi tidur time ni...

7.00 pagi - bertolak dari rumah ke hukm..dalam perjalanan, mujur la kereta tak banyak sangat..en suami nak bawa laju tapi daku yang tak mau..siap suruh dia bawa slow2 lagi..konon2nya nak lengah2kan masa la ke hospital..tapi dalam masa yang sama, sakit tu makin kerap..dan untuk pengetahuan semua, bermulanya contraction yang jam 5 pagi tu sampai la jam 7 pagi tu, daku sebenarnya tak check pun masa berapa minit berapa minit ni..daku ketika itu seolah2 macam ala2 confident je yang daku boleh control kesakitan itu......maka, asalkan daku boleh tahan, tahan je la....

7.20 pagi - sampai ke emergency HUKM..daku telah dipapah seketika oleh en suami ...walhal rasa time tu boleh je berjalan lagi..masa pendaftaran tu, daku mengatakan bahawa daku memilih untuk bersalin secara general sahaja walaupun daku mempunyai appointment dengan dr pakar dari tingkat 7 iaitu Prof Azurah..Mungkin sebab daku confident sangat2 yang bukaan dah besar ...dan sudah semestinya en suami tak setuju!! tapi, since daku ni degil a.k.a keras kepala gak..so, dia terpaksa menurut je..sekali bila nurse check, tengok2 dah buka 6-7cm.. dalam hati, betul la apa yang daku bayangkan...lepas tu ada plak dr perempuan Melayu check dan bagitau yg Dr Azurah mungkin tak sempat datang untuk sambut baby aku sebab bukaan aku dah besar..ketika itu, sekali lagi daku mengatakan yang daku dah  buat keputusan untuk bersalin general je dan bukannya dengan pakar..selepas sessi soal jawab, baru la dr tu check lagi bukaan daku..tengok2 dah buka 8cm..maka, dengan segeranya daku dibawa segera ke LR...

8.00 pagi - dah masuk ke LR...mujur la ada jam dalam tu..tak habis2 aku asyik tengok jam je...ketibaan daku ke LR disambut oleh dua orang Dr perempuan, sorang India dan seorang lagi Melayu dan 3 orang Nurse... 


SEKALI LAGI soal jawab dengan dr yang bertugas di mana Dr Perempuan India tersebut telah memberitahuku bahawa beliau akan menggantikan Prof Azurah untuk menyambut babyku...selepas daku menjelaskan bahawa daku telah pun buat keputusan untuk bersalin secara general, maka Dr tersebut memeriksa bukaan ku seketika dan memecahkan air ketuban dan kemudiannya beliau dan seorang lagi Dr pun keluar...Nurse pun daripada 3 orang, tinggal dua orang je....Time tu en suami tak masuk lagi sebab buat pendaftaran kat wad bersalin plak...tup2, dia dipanggil masuk sebab daku akan bersalin bila2 masa je..time tu macam blur sangat bila nurse tu kata, bila rasa contraction, puan boleh push ye..sebab rasanya macam baru je masuk LR tu...Alhamdulillah, dengan 3-4 kali push, daku dah pun selamat melahirkan bayi yang ketiga.. ketika tu rasa syahdu seketika sebabnya : 

*dapat anak perempuan*
*kali ni NO EPIDURAL ok!!*



sebab sebelum2 ni dah dua kali daku ambik epidural ye..serius, daku ni tak tahan sakit sebenarnya...tu yang daku rasa syahdu + dalam masa yg sama macam terasa bangga dengan diri sendiri pun ada sebab kali ni daku berjaya juga hadapi kesakitan itu..sehinggakan en suami tak habis2 kata, 'sayang dah berjaya', 'teknik tu berkesan', dan ayat terakhir tu yang tak tahan!! 'boleh la lagi sorang lepas ni' ...erk..sabar je la...mujur la hadiah lepas bersalin dah dapat..kalau tak, HARUS juga minta apa2 dari dia...

Selepas proses mengeluarkan uri, maka saat2 yang ditunggu iaitu proses jahitan...daku still juga la kena 'episiotomi' memandangkan kali ni berat baby agak berat iaitu 3.26kg compare dengan abang2 nya...Hariz dulu 3.07kg, Danial plak 2.75kg.. ketika dijahit oleh nurse tersebut, en suami memang kena tunggu kat luar..yang daku plak untuk mengelakkan dari terfikir tentang jahitan itu, maka daku ajak nurse tu sembang2 dengan daku...macam2 cerita la daku sembang..sebenarnya agak ngeri juga la bila tengok benang n jarum tu, tu yang cover dengan sembang2..nurse tu sangat friendly orangnya dan selepas proses jahitan itu selesai, dr perempuan Melayu tu datang dan check sekali lagi...selepas semuanya selesai, baru lah daku menyusukan baby dan sempat juga daku makan makanan yang disediakan iaitu sandwich 3 keping + milo panas + air suam + biskut... 

10.00 pagi - daku telah pun selamat di pindahkan ke Wad 2B (Berlian)....dan bermulalah episod perjalananku dengan baby yang ketiga....




*Pantang kali ni memang betul2 mencabar diri ku khasnya..bukan sahaja menghadapi kerenah 2 orang anak yang sedang membesar namun juga berhadapan dengan dugaan apabila baby Nayli kena Kuning a.k.a Jaundis sehingga menyebabkan kami anak beranak sempat la bermalam di Hospital Taiping semalaman...next entry la*

Tuesday, June 11, 2013

7 Hari sudah

Alhamdulillah...
Mula2 nak inform dulu bahawa daku telah pun selamat bersalin 5hb 6 yang lepas...

Nanti daku akan share pengalaman yg sangat2 indah utk dikenangkan sebab impian daku untuk bersalin secara ala2 gentle birth tercapai ;-)
Walaupun daku hanya belajar dgn membaca artikel2, pengalaman kawan2 yg bersalin secara gentle birth & tonton video di youtube, memang tak sangka dapat melaluinya sendiri pengalaman itu...husband pun KAGUM daku dapat melepasinya....

#nak update tu je dulu sebab skrg ni tgh hadapi situasi baby ulang alik ke KK utk check jaundis..dah admit dah kat hospital semalaman....cukup la....walaupun bacaan hari ni dah makin turun, tapi still lg la kena ulang alik ke KK la plakkkk.daku akan start BERURUT & BERTUNGKU mulai esok...lambat kan proses pantangku kali ni....en suami pun dah balik kl petang tadi....moga daku TABAH utk hadapi pantang kali ni di kampung#

Sunday, June 02, 2013

♥♥♥ Surprise from Hubby ♥♥♥

Dah 2-3 minggu dah en suami mencari jam...
Rasa-rasanya lama juga la kitaorg tak pakai jam. Daku lagi la lama...
Sejak jam kesayanganku Elle tu hilang tahun 2011, rasa macam malas je nak cari / beli yg baru...
Sayang sebab itu pun dihadiahkan oleh en suami..

Tu yang bila kali ni dia mencari lagi jam, daku buat endah tak endah je...
entah, bagi daku ada pakai...
kalau tak ada, tak de hal...hp kan ada..

Sebelum ni masa ke midvalley 2 minggu lepas ada dah la yang berkenan di mata en suami..
daku je tak berkenan sebab macam mahal sangat laaa...

Hari ni plak kebetulan dia ada urusan di area2 ofis lama di KL,
maka en suami pun ambik kesempatan la cuci2 mata kejap...

Dan hasilnya, selain membeli juga jam utk diri en suami, daku pun dapat juga.....
wahhhhhhhh...

Happy sgt lagi2 en suami kata ni hadiah sempena kelahiran baby yang ke 3...
walaupun baby tak keluar lagi, tapi daku dah dapat hadiah dahhhh...

Tq husband, i ♥ u!!!

Thursday, May 30, 2013

Menghampiri ke penghujung 39 minggu....

Minggu terakhir sebelum due date dan juga merangkap minggu terakhir daku bekerja sebelum bersalin..
sebenarnya, dah dekat2 dengan due date ni, macam2 benda di fikiran..
Daku dah lama join satu group ni iaitu

THE GENTLE BIRTHING GROUP MALAYSIA

mula2 tu sekadar baca2 je kisah2 pengalaman mereka2 yang bersalin
secara homebirth, waterbirth
time tu rasa macam tak ada la nak buat macam tu..daku tahu kemampuanku
sendiri macam mana..
so, nak tau apa itu Gentle Birth?
ni info yang daku dapat dari group tersebut..

GENTLE BIRTH BUKAN BERMAKSUD HOMEBIRTH SAHAJA.
anda mampu mendapat Gentle Birth di hospital, di rumah atau dimana sahaja.

The Gentle Birthing Group Malaysia menggalakkan ibubapa membuat pilihan serta keputusan berdasarkan bermaklumat. 

para ibubapa harus bertanggungjawab dalam mencari ilmu tentang kelahiran bayi anda sendiri bukan meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahu orang lain semata-mata.

pelajari serta fahami proses kelahiran itu sendiri.
pengalaman bersalin akan menjadi lebih indah jika anda faham & tahu apa yang berlaku pada diri anda, tak kira dimana anda melahirkan bayi anda serta bagaimana dia dilahirkan.

JANGAN hanya kerana A melahirkan anak dirumah anda juga ingin melahirkan anak di rumah secara membabi buta tanpa memahami serta mempelajari proses2 yang terlibat.

JANGAN hanya kerana anda tidak faham anda beranggapan Gentle Birth adalah mustahil, bahaya, kerja gila & sebagainya.

bagi ibu2 yang berminat tentang beranak di rumah (homebirth) anda perlu tahu kebanyakan ibu di Malaysia melakukan tanpa bidan atau doktor di rumah atau lebih dikenali sebagai Unassisted Childbirth (UC)
(
http://www.unassistedchildbirth.com/unassisted-childbirth/what-is-uc/)

GBG tidak memperjuangkan UC tetapi menghormati keputusan bermaklumat yang di ambil para ibu tidak kira dimana dia melahirkan serta bagaimana dia melahirkan bayi mereka.

http://www.unassistedchildbirth.com/unassisted-childbirth/truth-about-birth/

bila dah lama baca pengalaman kawan2 kat situ, daku pun tertarik la juga ..

lagi2 bila membaca TIPS di bawah :



Tip untuk memperolehi kelahiran semulajadi


• Dapatkan khidmat pengamal perubatan yang anda rasa selesa dengannya, yang akan menyokong pandangan dan pilihan anda.

• Hadiri kelas persedian kelahiran pihak yang tidak berkait dengan mana-mana hospital,  dan juga kelas HypnoBirthing.

• Membaca kisah-kisah kelahiran yang positif dan memberangsangkan.

• Pertimbangkan untuk mengambil seorang teman sokongan kelahiran professional seperti seorang doula atau sahabat/ibu anda yang memahami dan menyokong hasrat anda.

• Pertingkatkan ilmu (anda dan juga teman sokongan anda) dengan membaca buku, laman web dan menonton video/dokumentari yang berkaitan.

• Sediakan pelan kelahiran dan berikan kepada doktor anda untuk pengesahan, ianya juga hendaklah diberikan kepada kakitangan wad bersalin.

• Bergerak aktif semasa proses bersalin –berjalan, menari atau apa jua pergerakan yang anda rasa boleh membantu. Bercumbu dengan suami juga satu cara yang amat baik untuk merilekskan serviks.

• Pilih kaedah penahan sakit yang semulajadi – berdiri di bawah air pancuran, tab mandi, urutan hangat, aromaterapi, mesin TENS, tuam panas dan sebagainya.

• Cuba pelbagai posisi dan kedudukan semasa proses bersalin yang dapat memanfaatkan daya graviti bagi mendapatkan posisi yang anda rasakan paling sesuai untuk melahirkan.

• Elakkan dari baring terutamanya dalam keadaan terlentang.

Setelah membaca entri ini, dengan semangatnya daku n suami
gigih ke tesco untuk membeli gym ball..
^_^






Note : dah 2 kali ambik epidural..tiba2 kali ni ingin mencuba menahan sakit sendiri..sebab tu terasa plak nak mencuba kaedah ini...mudah2an dipermudahkan nanti..

Wednesday, May 29, 2013

Hati ini Tersentuh!

Note : Insyaallah, kali ke 3 ni,  en suami gak yang akan teman daku nanti dalam LR ^__^

SUMBER : HARIANISLAM


Suami ...Temanlah Isteri anda kita mereka mahu melahirkan zuriat anda..


Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

-Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

-Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

-Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

-Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

-Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:

-Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
-Memberi kata-kate semangat untuk isteri
-Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
-Mengelap muka isteri apabila berpeluh
-Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

P/s : bukan nak kata apa, tapi..time gini la daku akan nampak en suami menitiskan air mata..sapa yg tak terharu kan..

Confinement Lady a.k.a Penjaga Ketika Pantang...

Fuh...nak cerita sikit pasal Confinement Lady ni...bukan apa, sebab daku & kakak sulungku KEBETULAN dijangka bersalin dalam bulan yang sama..plan asal, dia nak balik pantang kat kampung je..so, daku pun ok je..lagi syok sebab ada geng dalam pantang nanti..tup2, bila melibatkan pertukaran sekolah sementara anak sulung beliau yg darjah 2 tu, ketika cuti pantang nanti membuatkan beliau tak jadi la plak balik pantang kat kampung..masalah utama adalah disebabkan masalah 'key in data untuk sessi pemarkahan' ...entah, serius daku pun tak faham sgt lagi2 sejak dah tukar sistem ni....since beliau pun cikgu, beliau la lebih tau hal2 pertukaran sek sementara ni..

makanya, daku pun tolonglah beliau carikan confinement lady utk beliau nanti..ingatkan senang je nak cari!! rupa2nya, alahai...tak sangka plak macam goreng pisang betul la...

ni ada senarai2 confinement lady yang daku jumpa dalam satu entri ini, tapi kitaorg tak la call semua...sebab kebanyakannya tak de la plak yang buat pakej bermalam..hanya pakej balik hari je..
  1. Jemari Tradisional :- http://rawatanbersalin.blogspot.com/
  2. Tanamera postnatal :- http://tanamerapostnatal.com/
  3. Optimum lady care :http://optimumladycare.blogspot.com/2012/06/bidan-berpantang.html
  4. Zeni's moms care : - http://zenimoms.com/CMS1/
  5. Urut Bersalin - Shah Alam & Lembah Klang :- http://urutbersalinrahmah.blogspot.com/
  6. Cintasari Postnatal Packages : - http://cintasari.com/services_post_natal.html
  7. Happines Postnatal & Beauty Care :- http://www.happiness-postnatal.blogspot.com/
  8. Kak Ina Confinement :- http://inaurut.blogspot.com/
  9. Kak Mek Urut : - http://kakmekurut.blogspot.com/
  10. Ila Optima care : - http://ilaoptimacare.blogspot.com/
  11. Suria Home Spa & Salon :- http://suria-spa.blogspot.com/
  12. d'Natasya Ayu Traditional SPA :- http://dnatasyaayu.blogspot.com
  13. Sirehqasih : - http://sirehqaseh.blogspot.com/ 
  14. Mum's Post Natal Care :- http://mumcaring61.blogspot.com/
  15. Siti Postnatal : - http://petalingjaya.citybase.my/classifieds/pre-postnatal-package-home-service-id-819968
  16. Shadira Postnatal :- http://shadirabeauty.com/
  17. Zuzana Postnatal care:- http://site.zuzanapostnatalcare.com.my/main/3009/index.asp?pageid=94432
  18. Onyang Nenekda Bonda :- http://www.onyangspa.com.my/PAKEJ-PAKEJ
  19. Wanti Sayang Postnatal Care :- http://wantisygpostnatal.blogspot.com/ 
  20. MF Care Wellness :- http://mfcarewellness.blogspot.com/ 
  21. Saujana Herba : -http://www.saujanaherba.com/main/ 
  22. Ummie - Tradisional Confinement Lady Consultant :- http://ummieyku.blogspot.com/
  23. Rimbunan Puri : - http://rimbunpuri.blogspot.com/
  24. Muslimah Maternity Care: - http://www.majalah.com/?classified:post-natal-care:82GGPLFD3L 
  25. Farhana : - http://www.majalah.com/?classified:menyediakan-rawatan-selepas-bersalin-terus-ke-rumah-pelanggan-kl:7R4X1RCP9F 
  26. Kak Ita: - http://www.majalah.com/?classified:private-homecare-nurse-bersalin:7YMLTGC39M
  27. Kak Suri : - http://www.majalah.com/?classified:urut-selepas-bersalin:8BWWM9TFHL
  28. D' Aura Spa : - http://www.majalah.com/?classified:urut-lepas-bersalin-d-aura-spa-putrajaya-untuk-servis-ke-rumah:89DFTZQFQR
  29. Kak Ani: - http://www.majalah.com/?classified:urut-bersalin-tunku-rm65-datang-ke-rumah-area-puchong-putra-perdana:896M9XWGGV
  30. Kak Suri/ Cik Intan: - http://www.majalah.com/?classified:urut-selepas-bersalin:886ZV2F1Z7
  31. Fiona : - http://www.majalah.com/?classified:perawatan-selepas-melahirkan-berurut-shah-alam:8523ZC74SH
  32. Rahayu:- http://www.majalah.com/?classified:urutan-selepas-bersalin:84Y21HNN0L
  33. Kak Long Liza :- http://www.majalah.com/?classified:urutan-badan-urutan-ibu-bersalin-dan-penjagaan-dalam-pantang:810QLJDC0X
  34. Kak Syimah :- http://www.majalah.com/?classified:urut-tradistional-utk-ibu-bersalin:802SNMY3FP
  35. Spahomemobile :- http://www.majalah.com/?classified:perkhidmatan-rawatan-selepas-bersalin-urutan-tradisional-ke-rumah-anda:7Z05JX80GQ
  36. Jemari tradisi Ummi :- http://www.majalah.com/?classified:urut-tradisional-dan-urut-selepas-bersalin-kajang-bangi-putrajaya-balakong-sri-kembangan:7TLJ8H05KJ 
Beberapa pilihan dah dibuat, contoh macam Jemari Tradisional tu...sekali bila kakak call, dah full la plak...walhal, time tu baru je bulan 2 kitaorg cari .....tak sangkanyaaa..cari punya cari, last2, abang ipar a.k.a en suami kakak sendiri yang jumpa iaitu :


Pakej2 dia pun boleh tahan gak la...boleh klik untuk tengok detail setiap pakej....tak sangkanya pakej2 penjagaan dalam pantang ni boleh tahan juga la kan....harap2 la kakakku itu puas hati nanti... kalau korang nak baca review tentang mereka2 yang dah pernah ambik dengan natalis beauty ni, boleh la singgah kat FB diaorg ye.. daku ada gak baca review dari customer diaorg..nampak macam ok..entah la kan..kita tunggu je la nanti..daku ?? insyaallah, pantang kat kampung je la...kakak yg dah biasa urut sejak pantang hariz dan danial tu pun ada lagi, so guna khidmat dia je..senang, tak payah dah nak pening2 kepala..

Thursday, May 23, 2013

Pemilihan Nama Anak!!

Untuk pemilihan nama anak yang ketiga ni, 
daku telah pun join satu group di FB seperti gambar di bawah ni..
ianya dikelolakan oleh seorang Ustazah yang bernama

Dalam group ni memang ada file yang mempunyai
koleksi nama bermula dengan huruf A - Z
so, korang kena la RAJIN-RAJIN membelek
setiap file tu ye..

Tapi...kalau nak special request daripada Nhazz,
maka apa kata minta nhazz sediakan
 koleksi kombinasi nama-nama indah dimana 
nama-nama ini diminta sendiri oleh kita..
contoh nya la kan..
daku nak senarai nama yang bermula dengan 
I , so nhazz akan sediakan nama2 yang 
bermula dengan I...

disebabkan nama kedua2 anak daku dahulu bermula dengan 
Meor Imran Hariz
Meor Imran Danial

maka, kali ni pun sekiranya lelaki, daku akan kekalkan nama 
Meor Imran, 
cuma tambah nama lain2 yang sesuai untuk digandingkan 
dengan nama tersebut.

Manakala, sekiranya perempuan, nama Depan akan 
bermula dengan Wan..
jadi, daku telah pun meminta senarai nama anak perempuan 
yang sesuai bermula dengan I dan 
diikuti dengan nama2 lain..

koleksi kombinasi nama-nama indah
yang mempunyai maksud yang bermakna...
ada seratus nama lagi tau..
cuma tak buat lagi pilihan 
sebab nak tunggu baby keluar dulu

bayarannya hanylah RM 20 je
ok la kan..
^___^

sekiranya berminat, 
boleh la join group tu ye

Tuesday, May 21, 2013

SITUASI SEKARANG!!


Sedang mengalami fasa2 terakhir sebelum menjelangnya 
tarikh keramat 4 Jun 2013..
sangat2 tak selesa lagi2 bila tengah mengadap laptop atau menulis ..
dalam erti kata lain, bila duduk2 je kat ofis ni..
lagi suka kalau bergerak aktif atau keluar berjalan2..

Braxton hicks..
adakah ianya tanda2 awal sebelum bersalin??

Ianya merupakan pengecutan yang hanyalah berlaku untuk setengah minit sahaja
dan mungkin akan mengalami situasi ini sama ada satu atau 
dua kali dalam satu jam, 
pada bila2 masa dalam sehari.. 

Apakah pula perbezaan diantara Braxton Hicks dengan Kontraksi Kelahiran Sebenar? 

Kontraksi Braxton Hicks:


  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, 
beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda 
berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.


Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:


  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.


Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi 

Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada 

peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, 

terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit 
kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. 
Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

SUMBER : BABYCENTER


Bersabar je la sekarang ni..

tak lama je lagi pun..