Followers

HITS

Thursday, February 23, 2012

TIPS KECANTIKAN : KENALI BIBIR ANDA!

Sumber : hijab-batik 

Suatu masa dahulu warna merah menjadi penghias bibir yang cukup popular.  Kemudian trend baru diperkenalkan dengan menggunakan warna-warna neutral dan lembut, namun warna merah tetap menawan dan tampak lebih sempurna apabila di gayakan .

Tiap insan mempunyai bentul bibir yang berbeza-beza.

Bagi bibir tipis , pilihlah lipstik merah yang 'glossy'  dan mengandungi 'glitter'  bagi menampakkan bibirmu lebih berisi.

Bentuk bibir yang sederhana pula akan kelihatan menarik jika menggunakan warna merah dengan efek berkilat. Sapukan lipstick jenis krim pada bibir, lalu lapiskan dengan 'lip gloss' pada bahgian tengah bibir untuk kesan sensual.

Bagi bentuk bibir penuh pula , gunakan olesan lipstick merah yang matte ke seluruh bibir.  Tetapi sebelum itu lukis bentuk bibir dengan pensil warna senada untuk menyerlahkan ronanya.

Selain dari aspek bentuk bibir , kita perlu memilih lipstik mengikut warna kulit.

Jika kulit anda cerah pilih warna seperti putih kemerahan atau kuning langsat , sebaiknya pilih lipstik nuasa merah ke pink , merah  ke jingga , merah keungguan , maron dan merah cili.

Bagi yang berkulit gelap seperti sawo matang dan coklat tidak perlu khuatir. Anda boleh menggunakan lipstick merah terang, merah keemasan dan merah dengan warna dasarnya coklat.

Apalah erti bibir dihias sekiranya bibir anda tidak sihat dan hanya akan mencacatkan penampilan anda.  Oleh itu bibir juga haruslah dijaga.

Banyak faktor yang menyebabkan bibir kering dan mengelupas seperti cuaca , sakit dan juga kekurangan nutrient.

Untuk menjaga kelembutan bibir ia memerlukan rawatan luar dan dalam.  Untuk rawatan dalam, ia memerlukan kita menjaga kesihatan secara menyeluruh seperti  makan makanan yang seimbang dan tidur yang cukup.  Manakala rawatan luar pula adalah dengan menyapukan pelembap bibir secara teratur.

Untuk mengatasi bibir kering anda perlulah menggosok berus gigi pada bibir dengan lembut.  Tidak perlu bimbang kerana anda tidak akan berasa sakit sekiranya anda melakukan dengan cara yang betul.  Kemudian sapukan lip bam atau vaselin dan gosok dengan gerakan memutar sehingga kulit yang mengelupas hilang. Bersihkan bibir dan sapukan lip bam sekali lagi.  Selepas sapukan lipstik dan kalauboleh jangan sapu terlalu tebal kerana bibir belum sembuh sepenuhnya.  Kemungkinan bibir akan menjadi lebih cepat kering jika menggunakan lipstik yang tebal selain kelihatan tidak rata.