click...click...

HITS

Followers

Monday, February 27, 2012

PETUA UNTUK MENGURANGKAN BATUK...

SUMBER : Hikmah Azhad

Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.


Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum. 
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.


16 comments:

amirah said...

errr...ke danial nak dpt adik..heheh..kakak amie pun gitu aritu ayu, sekali betulla dia pregnant..dia punya alah camtu

lydzar said...

petua kicap ngn limau ni berkesan kt saya time selalu batuk masa peknen dulu. tp kena try buat 3-4hari gak la..since mengandung, ada anak ni, mmg sgt mengelak dari makan ubat doktor. huhuhuh

nur said...

saya selalu praktis yg last tu, madu+limau nipis... sgt mujarab itu batuk

tp make sure minum sudu guna sudu plastik, xboleh sudu besi, nanti khasiat madu tu hilang...

get well soon, dear!

ayu said...

ami : hehee...tak kut..dari minggu lepas lagi sakit tekak, lepas tu bertukar ke batuk plak..tapi, kalau ya la kan, syukur Alhamdulillah..^_^

ayu said...

lydzar : huhu..sama la kita...ayu pun baru try semalam je..hari ni nak try lagi..

ayu said...

kak nur : tq sis..nanti ayu try lagi ye..kena cari madu plak ...

Qaseh Suhaida said...

sama la dengan saya dah dekat 3minggu batuk & selsema...ubat batuk dah 2botol habis tp xlega jugak..

baru semalam try gula batu + Air suam + limau kasturi hu huu.harap2 lega nanti

cheqna said...

salam
cheqna kompem telan ubat batuk cap ibu dan anak
hehehehehe..
ada ketikanya cheqna suka minum limau nipis tanpa gula....lega sket...=)

mizah said...

hihi...tak pernah try petua2 tu..kalau mizah, mizah cuma sediakan air kat tepi katil je..asal gatal tekak nak mula batuk, mizah minum dulu pastu berdehem...heheh..taktau la berkesan ke tak..sebab teringat dulu batuk2 lepas bersalin, seksanye kalau batuk sebab menekan perut kan...huhuhu..dah lama tak batuk2 ni...jauh2kan la...

littlehumblelynn said...

Ayu,

kicap + limau mmg mujarab :-D

:: Mrs.Eady :: said...

get well soon ayu :)

ayu said...

qaseh : ooo..ayu pun dah try mcm2 gak ni..

ayu said...

cheqna : hehe..ayu pun try gak minum air limau nipis mcm tu je..mak ai..masammmmmnyaaa

ayu said...

mizah : akak punya batuk ni style dia macam ala2 nak muntah tau..huhu..

ayu said...

lynn : dah tryyyy..huhu..tak jalan la utk ayu

ayu said...

izwa: TQQQQQQQQQQQ..