click...click...

HITS

Followers

Monday, March 21, 2011

:: Perbandingan Kandungan Lemak Dalam Susu Ibu dan Lain-lain Susu ::

SUMBER : RATU HATI.com 





Ada ibu yang risau. Susu perahannya nampak cair berbanding dengan susu formula. Kata orang tua, susunya kurang khasiat. Tidak cukup lemak. Jangan risau ya ibu-ibu, susu ibu terbaik. Kandungan lemaknya lebih tinggi daripada susu-susu lain. Tidak percaya?

Kandungan lemak dalam susu ibu ini adalah anggaran.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya lebih lama seseorang ibu itu menyusukan anaknya, maka susu itu menjadi semakin pekat dan berlemak. Oleh itu susukan anak selama yang mungkin di sebelah payudara, dan tukar kepada payudara sebelah jika dia masih mahu selepas dia berhenti menyusu sebelah dan disendawakan.

Cara lain untuk menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu antaranya adalah:
  • kerap menyusu
  • sesi penyusuan yang lebih lama.
  • urutan
  • breast compression
  • memerah susu sebelum menyusukan anak
  • dan akhir sekali mengubah diet ibu
Cik puan juga boleh mencuba petua ini. Kisar susu segar bersama buah badam dan kurma. Boleh tambah ais jika mahu ianya sejuk. Dan minumlah. Mungkin ia sesuai untuk cik puan. Keberkesanannya bergantung kepada keserasian masing-masing.