click...click...

HITS

Followers

Thursday, June 30, 2011

Siapa Penyokong Terkuat Anda didalam Dunia BF ???

Sumber : SARAKIDS

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:


1)Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi. 



Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.


2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.


Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru. 

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu .

Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha.

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah.

Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.



6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama .

Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). 


Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.




7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk).


Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alikmedia kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan ke klinik.

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya.

Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. 


Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.
Allah berfirman (utk kaum suami):


“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6






22 comments:

Mama Zara said...

husband mama pon penyokong utama, alhamdulillah....

littlehumblelynn said...

ayu

rasanya penyokong terkuat adalah anak lyn sendiri..lg dia sakit lg kuat azam nak menyusukan dia..suami x pernah tjk apa2 reaksi pun .. sadis :(

:: Mrs.Eady :: said...

good entry :)

amirah said...

mestila suami juga ayu..huhu..tanpa kekuatan dia, rasanya dah kandas dah jugak..memang kitorng bersemangat untuk penyusuan susu ibu dan akan teruskan untuk anak2 yg lain..insyaAllah..

risa said...

mestilah suami kan ayu kannn sapelagi
pasal tu akak suke sangat mengandung dan ada baby...rasa2 macam tuan puteri..layanan memang superb!! hehe
bukan le maknanya anak2 dah besor diabaikan..takkk cuma kalau pregnant dan melahirkan ni layanan lebih lah kan kan kan

lydzar said...

hehe saya tak tau la siapa org terkuat dibelakang saya. sbb hasben pon takdek la menunjukkan sangat dia punya cooperation tu..huhuuhu..

syiekin azam said...

alhamdulillah ayu dah nak 2thn BF anak..congrates..doakan syikin dan ibu2 lain jugak tau..syikin alhamdullilah dah nak masuk 1thn6bln BF Aish..suami la penyokong terkuat syiekin dlm BF journey nie..:D

Ida_Iara said...

Penyokong terkuat saya??? emm..ntahle..sbb en suami sy tak tunjuk support sgt pun. 1st time nak NIP dia mcm tak brp nak bg gak, malu katanya dpn orang ramai.. tp sy minta dia yg cover line juga. Sbb kesiankan anak lapar..lm2 dia ok dh bab NIP tu..tp bab2 lain mmg tak penah nk tolong ape pun.at least satu dari 9 cara tu ade la jugak kan?? lain2 sy sdri yg kena usaha dn kuatkan semangat nak teruskan penyusuan utk anak kedua ni. Apepun masih bersyukur sbb dia tak menghalang niat sy, cuma dari support je yg nmpk kurg sket.

ashra said...

congrats ayu.da nk hampir da ye 2tahun.

hehe.kalu ty sy,ayula kawan yg kuat beri sokongan tuk saya.

ayu said...

mama_zara : tahniah mama zara..teruskan misi yeah!! ^_^

ayu said...

lynn : aduhhh..sedih sekali membaca komen dari lynn sbb ayu pun pernah alami mcm tu masa awal2 dulu...****kadang2 tu paksa2 gak dia baca utk memahami mcm mana bf itu dilaksanakan***

ayu said...

izwa : thanksss ^_^

ayu said...

ami : hehe..untung ami kan..diberi sokongan sepenuhnya oleh en jali..hehe

ayu said...

kak risa : alaaaaaaaaa..ni yg bila baca komen akak, teringin plak nak pregnant lagi ni..hehe..teringin nak dibelai manja2 seperti dolu2..hehe

ayu said...

lydzar : hehe...kdg2 tu suami mmg tak tunjuk depan2 kan dia support kita bf ni...cer tanya dia , apa plak jawapan diberi nanti ?? hehe

ayu said...

syikin : tahniah juga utk syikin dan juga ibu2 yang lain...teruskan usaha ye...^_^

ayu said...

ida_lara : mmm..seperti komen ayu sebelum ni , maybe juga suami ida ada sbb2 tertentu kenapa beliau tidak memberikan sokongan utk NIP ni..NIP ni kita sbb ibu kena tunjuk kita ada konfident utk terus NIP , sbb kalau kita sendiri tak ada keyakinan utk NIP , suami pun tentu tak ada kenyakinan yg kita pun boleh buat kan.. tip dari ayu, guna shawl atau nursing cover ketika NIP..serius membantu!!

ayu said...

ash : ada 3 bulan lagi cik kak..tapi, tah la ash..makin nak tamat, macam2 plak dugaan ..thanks ye kerana beri komen sedemikian.. i terharu tau!! ^_^

Hana Seman said...

Ayu, satu lagi jangan lupa skin to skin contact antara baby dan hasben.. Pernah bincang kat kursus MBfPC hari tu.. Insya Allah, anak akan turut manja dan rapat ngan ayahnya..

ayu said...

hana : hi hanaaaaa..rindu untuk menerima komen dari hana la...^_^

btw, betul kata hana..ayah pun patut diberi peluang utk skin to skin contact juga dgn baby..^_^

Hana Seman said...

Ayu,, Farish dah conquer laptop... takdan nak update blog, blogwalking, FB dan yang seangkatan dengannya

ayu said...

hana: oooww..iye ke...patut la..ayu pun nyaris2 gak budak2 ni conquer laptop ni...ni pun gilir2 gak...