click...click...

HITS

Followers

Tuesday, May 03, 2011

::Nak Berdiet tapi Menyusu ??::

Sumber : Mamazana

Elakkan penurunan berat badan yang cepat

Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya akan kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

Gantikan makanan , bukannya elakkan terus

Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

Minum banyak air

Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360KJ sehari.

Banyakkan pergerakan

Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara auntuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda dan suami juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit tup sambil menonton tv.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 19 minit , 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting , displinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walaupun sebelum tidut untuk melakukan aktiviti fizikal.

Mulakan Sedikit Demi Sedikit

Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

Jangan terlebih makan

Pernah dengar ke sunnah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan - lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya

Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan ada dengan sesuatu yang berkhasiat .

Kesan jangka masa panjang

Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

Fokus pada sihat , bukannya kurus

Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapi pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

Atasi tekanan emosi

Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda dan suami anda supaya tekanan anda diatasi

Motiasi

Sokongan dan motivasi dari suami merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada suami tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietatik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat.

Selamat Maju Jaya dan ingat walaupun anda sudah melahirkan anak, ini bukannya pasport untuk anda supaya tidak menjaga badan dan tidak kelihatan menarik. Anda perlu maintain.... untuk kebahagian anda berdua..









Monday, May 02, 2011

KENYANGKAH BABYKU???

SUMBER: babycenter.

Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda mendapat susu yang mencukupi

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?


Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.


Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

• Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

• Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

• Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

• Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

• Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Bayi anda meragam atau sering letih.

• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama. • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:

• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;

• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;

• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.