click...click...

HITS

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Tips menangani anak merajuk

SUMBER : KIDSTUFFSHOP



Bagaimana cara anda menangani kerenah anak yang suka merajuk? memujuk atau memukul? Kalau pukul, gerenti ke dia berhenti merajuk atau makin parah merajuknya. Kalau dipujuk pula, sampai bila nak dipujuk...habis pujuk merajuk balik....

Elakkan Dari Anak Merajuk

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan.... (kalau setiap kali keluar, nak mainan je..pokai gak la duit kita kan?? Ayu seboleh2nya daripada beli mainan, baik beli makanan..sebab, bukan apa, mainan ni kejap je..lepas tu memang akan “bertukar rupa” la mainan tu..at least, beli makanan , dapat gak mengenyangkan diaorg..lagi2 hariz ni kurus je..baik bagi makan banyak2)

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan. (kadang2 tu tak ada benda pun, contoh nya maybe ayu tak layan dia ke apa ke, mesti dia akan merajuk punya…macam mana tu???? Ye la, ayu faham sangat hariz mahukan perhatian daripada kitaorg, tapi tu la..kadang2 tu tak termampu juga nak layan kalau sibuk hal2 rumah ni)

Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut. (ada kalanya, ayu marah juga bila dia merajuk ni..sebab hariz punya stail kalau merajuk memang meraung2 dan menjerit2 macam apa je.. so, kalau pujukan tak menjadi, cara lain adalah offer makanan yang dilarang…iaitu aiskrim…aiskrim ni tak la bagi diaorg makan selalu sangat, kadang2 je..tapi, bila dia dah merajuk macam tu, bagi je la..senyap terus..tak pun, offer dia susu..gerenti diam juga…tak pun, kalau hari siang, selalunya ayu bawa diaorg keluar, pergi la Mac D ke, KFC ke..pun offer makanan gak…)

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....

Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula. (selalu kalau dah offer makanan tu, memang dia akan berhenti la merajuk sambil menangis2 tu…lepas dah ok tu, baru la ayu cakap dengan dia lepas ni tak mau menangis2…tapi, lepas tu , ada je..huhu..taktik tak menjadi)

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk


Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan.... (waaaaa….hariz ni kalau dia merajuk, dia nak ayu je yg pujuk dia….so, orang lain, harap maaf ye..khidmat anda tidak diperlukan..ini termasuklah dengan en suami ayu sendiri serta ahli keluarga yang lain…aduyai..hero ibu ini, amat manja orangnya…)


Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....(kekerasan macam manakah itu?? Memukul?? Mmm, any idea????)


24 comments:

ashra said...

thanks sharing2..hehe
anak kalu merajuk,kita tak pandai pujuk,end up sure die akan lagi suka dgn org lain..

kuntumz said...

adoyai..anak aku pun lebih kurang rupa ko jer..kdg tu klo g luar, dia nk bnda tu tpi kitaorg tak beli lagi berguling2 kat lantai..ayakkk, tak kan nk marah2 kat depan org kan..mmg penin dibuatnya...
klo kat umah, klo anak aku merajuk aku biorkan jer..mls nk pujuk...klo dipujuk lgi mengada2..aku buat jer keje aku..dah settle baru aku pujuk...ms tu pun dia pun dah tak nagis dah...
mmg penin dan menguji kesabaran kan dgn ragam ank2 nii??

♥ Mrs.Eady ♥ said...

syahmi kalo merajuk dia akan diam jek paling lama pun last2 menangis jek..

yangyuyu said...

durrani selalu merajuk sebab nak ikut..sikit2 nak ikut...abih kalau keja nak bwk cemana...haih..penat...

lydzar said...

kalau hannah pulak, merajuk sambil menjawab..

amirah said...

comelnya hariz waktu kecik..hehe..kuat merajuk ek hero sorang ni...ermmm..tk reti jugak la ayu, tp Ahmad pun sama je skrng ni.Kalau kita kata "no" keras sekt je, baru sebut "no" dah baring guling atas lantai.tapi tak nanges apa pun, bunyi pun tidak, cuma nengok reaksi kita.amie pun garang kut.amie tinggi suara sketla ayu.pastu pujuk balik.Ahmad takat ni bolehla makan saman la jugak.Tapi hariz dah besar gini rasanya x boleh marah2 ni.memang semua kena cakap lembut memujuk je.pujuk sampai Hariz ok kut.rasanya hariz ni jiwa lembut ni..cepat tersentuh rasanya..

umialya said...

akak seorg ibu yg x reti nak memujuk, mgkn akibat kekangan masa kot, semua nak cepat, xder masa nak pujuk memujuk ni, hu3..

Bab Alya, kalu dia merajuk, perlahan2 dia jatuhkan badannya ke lantai dan menangis minta dipujuk!!)

akak panggil sekali aje, kalu dia masih menangis, akak tinggalkan dia sorang2 kat situ..

kejap aje pastu dia akan bangun sndiri dan berlari2 memeluk kita lak, barulah akak dukung dan peluk dia.. zalimkan!!!! he3

Proud Mama's Dairy said...

awal pun suka merajuk gak... asal merajuk jer "tak nak kawan mama..wekkk!!" dijelirnya lidah... sabor jer la... bab mainan mmg mcm tu budak2, pantang kuar jer nak mainan..kopak la mak ngan ayah... tapi kalau ngan ayah...merajuk2 n nangis2 buat perangai nak mainan.. booo layan lah ayah nak layan.. hehheeh..

ayu said...

ash : ayu pun tak pandai pujuk...tu yang makin lama hariz makin kuat merajuk tu...

ayu said...

jia : mmg pun...aku pun sama mcm ko..tak kan la nak marah anak depan2 orang ramai kan??huhu..kena banyak bersabar la kita kan..

ayu said...

izwa : hariz makin lama makin jadi2 la izwa..huhu..tak larat ayu nak handle..

ayu said...

durani : alahai..ada kala sama gak la dengan hariz...kalau khairy nak keluar g masjid ke, g beli barang ke apa ke, pun sibuk nak ikut gak...

ayu said...

lydzar : wowww...bahaya tu kan...

ayu said...

ami : tq ami..ye , ayu akui mula2 tu mmg cakap lemah lembut la..tapi, bila dah lama2 tu tengok mcm tak jalan gak, mmg naik angin gak la juga..tapi, better ayu yg naik angin sebelum khairy yang naik angin..kalau dia naik angin, aduhai..lagi la sakit dibuatnya..

ayu said...

kak tini : sama plak la aksi merajuk alya dengan danial..sama sangat2..tapi, tu la ..dengan danial senang lagi utk pujuk dia..selak baju je..^_^

hehe..senyap la dia..

ummioked said...

Biasanya kalau Muhaimin merajuk dgn ummi, dia lari cari Abi ..kalau merajuk dgn Abi, lari cari Ummi, kalau salah sorg tak de, dia cari bantal lah, nangis sorg2..he he

fisa othman said...

irfan dah jarang merajuknya sekarang ni...dulu ye skit-skit nak merajuk...

ayu said...

ummioked : alahai..bijak kan anak2 umi..anak2 ayu ni, kalau merajuk mmg nak ayu je pujuk diaorg..

ayu said...

kak lid : alahai..sweetnya anak akak...mesti comey je dia jelir macam tu kan...hehe..

ayu said...

kak fisa : tu la..harap2 la hariz pun macam tu juga...ni dah 3 thn dah ni..

silverlady said...

samelah...hazim pun skang ni kuat merajuk sebab jeles aku asek dok ngendeng adik dia...pastu suke buli adik...sabo jelah

mimi said...

uisk.. pasni bakal hadapi la ni. riso gak ni.
Xde pengalaman lg xleh bg pendapat.;)

ayu said...

nadia : tunggu dia besar sikit...nanti lama2 dia tak akan buli adik dia tapi ko kena tengok sama gak la..

ayu said...

mimi : haiii..lama tak nampak..tak pe mimi, ambik je tips2 diatas..prepare kan..