click...click...

HITS

Followers

Thursday, April 21, 2011

Adakah Waktu Tidur Anda Mencukupi ???

ORANG YANG "FIT" PANDAI JAGA TIDUR

SUMBER : iLUVISLAM

Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan yang sama penting bagi menentukan keberkesanan usaha kita dalam membaiki tahap kesihatan, bentuk badan dan kecergasan. Antara yang paling popular ialah bersenam dan mengamalkan diet.

Walaupun kedua-dua faktor tersebut tidak dinafikan amat penting untuk mencapai target fitness kita, namun tahukah terdapat faktor lain yang juga sama penting tetapi sering diabaikan oleh ramai orang walaupun ia tersangat mudah dilakukan. Faktor itu ialah tidur yang cukup!

Namun sering kali saya mendapati terlalu ramai orang yang tidak menjaga tidur mereka atas pelbagai alasan. Jika sebab urusan kecemasan, keluarga atau acara-acara tertentu sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tetapi yang menjadi masalah adalah tabiat suka melepak lewat malam dikedai-kedai makan, walaupun dirumah ramai juga yang tidur lewat kerana asyik menonton tv, berbual ditelefon, atau melayari facebook, youtube dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti sebegini jika diamalkan sehingga lewat malam boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur kita. Ramai pengamal perubatan yang berpendapat hanya dengan menjaga tidur sahaja, banyak penyakit kronik dapat dihindari dengan efektif.

Dari sudut fitness badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih pelbagai sistem badan dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan senaman.

Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.

Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman.

Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.

Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.

Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha senaman dan diet anda.

6 comments:

Azhariah Zuber said...

memang aklau tgk internetw aktu malam mesti esok aku mengantuk...memang setan ar internet ni

wannorashikin said...

Ayu,

Bila ada anak nie memang tak cukup tidokan. Takpe Ayu, nanti kalau anak dah besar bolehlah cukup tido balik.

Takpun boleh buat macam nie sekali sekala minta yahnya jaga anak dan kita boleh tido dulu.

ayu said...

azza : huhu...aku kalau tak tengok internet pun, aku dok menjahit..so, mmg akan tidur lambat gak..

ayu said...

wan : ye la wan..dah ada anak2 ni mmg susah nak tidur lena...mmm, budak2 ni plak, kalau ayu tidur dulu, diaorg akan kacau..^_^

umialya said...

krg ni time kursus aje dpt tido lena sbb kuar daerah sorang2, anak2 kt umah.. hu3

ayu said...

kak tini : huhu...betul tu kak..hari tu masa g comp trip tak bawa anak2 dapat gak la tidur lena tapi 1st day tu terjaga gak, sebab teringat anak..huhu..