click...click...

HITS

Followers

Wednesday, April 27, 2011

Tips nak kurus ...

SUMBER : RATUHATI.COM

Teh hijau. Khazanah alam ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk merawat pelbagai jenis penyakit dalam perubatan purba Cina. Rahsianya adalah kandungan anti-oksidan yang tinggi.


Mengikut kajian yang dijalankan di Poland, minum antara 5 hingga 8 cawan teh hijau setiap hari selama 8 minggu dapat mengurangkan berat badan sebanyak 5.6% dan mengurangkan lemak pada perut sebanyak 17.8%. Hasil kajian ini diterbitkan di dalam jurnal Nutrition Research.

Teh hijau telah lama dikaitkan dengan kurangnya risiko barah, sindrom metabolisma dan penyakit jantung. Kajian ini membuktikan bahawa teh hijau meningkatkan kadar metabolisma dan membantu usaha pengurangan berat badan. Mengikut kajian lain, ekstrak teh hijau dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan dementia, penyakit kardiovaskular dan banyak jenis barah. Polyphenols di dalam teh hijau ini ini juga membantu dalam kesihatan oral selain daripada pengurusan berat badan.

Monday, April 25, 2011

TIP KURANG KADAR KOLESTEROL DALAM TUBUH

SUMBER : IPISLAM.edu.my



UNTUK mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh seseorang, ia boleh dilakukan dengan terapi nutrisi iaitu melalui pengambilan makanan anti kolesterol yang boleh diperoleh dalam hidangan seharian individu. Hakikatnya, anda boleh membuat pilihan hidangan tepat dengan menggantikan lemak jahat dalam tubuh kepada lemak bermanfaat.



Limau nipis

Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.


Ikan Tuna

Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.

Tempe

Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.

Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung.

Mangga (my feveret)

Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar


Thursday, April 21, 2011

Adakah Waktu Tidur Anda Mencukupi ???

ORANG YANG "FIT" PANDAI JAGA TIDUR

SUMBER : iLUVISLAM

Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan yang sama penting bagi menentukan keberkesanan usaha kita dalam membaiki tahap kesihatan, bentuk badan dan kecergasan. Antara yang paling popular ialah bersenam dan mengamalkan diet.

Walaupun kedua-dua faktor tersebut tidak dinafikan amat penting untuk mencapai target fitness kita, namun tahukah terdapat faktor lain yang juga sama penting tetapi sering diabaikan oleh ramai orang walaupun ia tersangat mudah dilakukan. Faktor itu ialah tidur yang cukup!

Namun sering kali saya mendapati terlalu ramai orang yang tidak menjaga tidur mereka atas pelbagai alasan. Jika sebab urusan kecemasan, keluarga atau acara-acara tertentu sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tetapi yang menjadi masalah adalah tabiat suka melepak lewat malam dikedai-kedai makan, walaupun dirumah ramai juga yang tidur lewat kerana asyik menonton tv, berbual ditelefon, atau melayari facebook, youtube dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti sebegini jika diamalkan sehingga lewat malam boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur kita. Ramai pengamal perubatan yang berpendapat hanya dengan menjaga tidur sahaja, banyak penyakit kronik dapat dihindari dengan efektif.

Dari sudut fitness badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih pelbagai sistem badan dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan senaman.

Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.

Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman.

Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.

Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.

Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha senaman dan diet anda.

Wednesday, April 13, 2011

Tips menangani anak merajuk

SUMBER : KIDSTUFFSHOP



Bagaimana cara anda menangani kerenah anak yang suka merajuk? memujuk atau memukul? Kalau pukul, gerenti ke dia berhenti merajuk atau makin parah merajuknya. Kalau dipujuk pula, sampai bila nak dipujuk...habis pujuk merajuk balik....

Elakkan Dari Anak Merajuk

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan.... (kalau setiap kali keluar, nak mainan je..pokai gak la duit kita kan?? Ayu seboleh2nya daripada beli mainan, baik beli makanan..sebab, bukan apa, mainan ni kejap je..lepas tu memang akan “bertukar rupa” la mainan tu..at least, beli makanan , dapat gak mengenyangkan diaorg..lagi2 hariz ni kurus je..baik bagi makan banyak2)

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan. (kadang2 tu tak ada benda pun, contoh nya maybe ayu tak layan dia ke apa ke, mesti dia akan merajuk punya…macam mana tu???? Ye la, ayu faham sangat hariz mahukan perhatian daripada kitaorg, tapi tu la..kadang2 tu tak termampu juga nak layan kalau sibuk hal2 rumah ni)

Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut. (ada kalanya, ayu marah juga bila dia merajuk ni..sebab hariz punya stail kalau merajuk memang meraung2 dan menjerit2 macam apa je.. so, kalau pujukan tak menjadi, cara lain adalah offer makanan yang dilarang…iaitu aiskrim…aiskrim ni tak la bagi diaorg makan selalu sangat, kadang2 je..tapi, bila dia dah merajuk macam tu, bagi je la..senyap terus..tak pun, offer dia susu..gerenti diam juga…tak pun, kalau hari siang, selalunya ayu bawa diaorg keluar, pergi la Mac D ke, KFC ke..pun offer makanan gak…)

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....

Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula. (selalu kalau dah offer makanan tu, memang dia akan berhenti la merajuk sambil menangis2 tu…lepas dah ok tu, baru la ayu cakap dengan dia lepas ni tak mau menangis2…tapi, lepas tu , ada je..huhu..taktik tak menjadi)

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk


Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan.... (waaaaa….hariz ni kalau dia merajuk, dia nak ayu je yg pujuk dia….so, orang lain, harap maaf ye..khidmat anda tidak diperlukan..ini termasuklah dengan en suami ayu sendiri serta ahli keluarga yang lain…aduyai..hero ibu ini, amat manja orangnya…)


Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....(kekerasan macam manakah itu?? Memukul?? Mmm, any idea????)


Monday, April 04, 2011

Boleh Ke Menyusu Anak Selepas 2 Tahun ??


Islamonline.com

Breastfeeding a Baby More Than Two Years: Acceptable?

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His Sake.

In his response to your question, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states:

A mother in Islam is expected to provide nurturing care and love for her children. Breastfeeding is undoubtedly one of the best ways of providing such care. Breast milk has been specifically created by Allah to provide all the necessary nutrients and immunity so vital for the development of the child in its formative years, and as such there is no substitute for it. So you are to be commended for your zeal to provide the loving care for your child.

It is, therefore, not at all surprising when Allah states in the Quran, Mothers shall give such to their children for two whole years, for those who wish the suckling to be completed if after consultation, they choose by mutual agreement to wean the child, it is no offence for them (Al-Baqarah: 233).

Scholars have deduced a number of points from the above verse: the full term of breastfeeding is two yearsif the parents so decide; however, should they prefer to wean earlier, it can be done without incurring any offence or sin so long as such a decision has been made after giving due consideration to the welfare of the child as well as the interests of both parents.

As for the question whether a mother can breastfeed past the two years, the answer is: there is nothing in the sources to indicate that it is wrong to do so. So you are free to do so if you deem it conducive to the wellbeing of your child.

Having said this, however, I should convince you that at some point you must make a distinction between providing, responsible nurturing care and spoiling a child. Sometimes a child may never wish to wean at all if you were to leave it entirely to his choice. It is therefore important for you to plan to wean him gradually without causing him undue emotional stress. You should decide your move in consultation with your pediatrician and a trained nurse.

Kesimpulan

Kita boleh susukan anak kita lebih dari 2 tahun. Mana ada hukum kata kalau susukan anak lebih dari 2 tahun sama seperti memberi anak minum darah..Salah..Tidak benar!!

Hidup biar sentiasa belajar jangan asyik mencemuh…

boleh juga rujuk blog saya




semua ni pengalaman peribadi

mungkin boleh dapat serba sedikit idea

Extended Breastfeeding banyak kelebihannya (dari Pa & Ma)

Selepas 2 tahun, Azrina berhasrat untuk terus menyusukan si manja (extended breastfeeding). Tekadnya itu, bertambah kukuh apabila yang tersayang tidak mahu bercerai susu. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan pandangan daripada pakar laktasi, Rita Rahayu Omar berkenaan isu ini.

Umum sedia maklumdengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.

Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.

Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.

Kelebihan: ibu

Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!

Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:

1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)

2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)

3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)

4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)

5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)

6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)

Kelebihan: anak

Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Khasiat tetap sama

Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.

Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:

1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.

2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.

3. Susu ibu susuan.

4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaik bagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!

Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.

Saturday, April 02, 2011

~Sajian SIhat Untuk Anak~

Sumber : UTUSAN

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Kuantiti dan kualiti makanan amat penting untuk memastikan anak kecil dapat membesar dengan sihat serta sempurna.

Setiap anak kecil sebelum usia persekolahan lebih memerlukan hidangan berkhasiat kerana pada tahun-tahun awal pembesaran mereka ini, berlaku pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang pesat.

Jadi, sebagai ibu bapa, anda mesti berusaha menyediakan sajian mengandungi ramuan berkhasiat pada kadar hidangan diperlukan anak kecil anda.

Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa terutama golongan ibu bapa yang baru seringkali berdepan masalah dalam menyediakan pilihan makanan berkhasiat untuk anak kecil mereka.

Menyedari kerumitan itu, Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) kini menerbitkan Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda.

Sejajar dengan matlamat penubuhannya bagi mempromosi, meningkat dan menyebarkan pengetahuan mengenai pemakanan sihat, NSM turut menghasilkan buku itu bagi menggalakkan ibu bapa menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak kecil mereka di rumah.

Presiden NSM, Dr. Tee E Siong memberitahu, buku dihasilkan melalui kerjasama pakar pemakanan itu mengandungi lebih 60 resipi terbaik untuk anak kecil, mengikut waktu makan iaitu sarapan pagi, tengahari dan malam selain menu snek.

"Resipi dalam buku ini dispesifikasikan kepada usia yang mana berbeza untuk resipi bayi seawal usia enam bulan, anak kecil dan kanak-kanak prasekolah.

"Apa yang menarik, buku ini memberikan banyak maklumat, tip dan petua berhubung pemakanan serta cara memasak setiap resipi yang boleh diamalkan untuk memupuk tabiat pemakanan sihat di kalangan anak kecil.

"Tanggungjawab menyediakan sajian berkhasiat untuk anak memang besar tetapi ia tidak semestinya sukar, jadi saya berharap ibu bapa membeli serta mencuba resipi di dalam buku ini demi pertumbuhan sihat anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda & Video Resipi, Try Masak Sihat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara itu dilancarkan Siong bersama Pengasas NSM, Dr. Chong Yin Hoon dan Timbalan Presiden NSM, Profesor Dr. Mohd. Ismail Noor.

Buku mengandungi 164 muka surat itu boleh dibeli pada harga RM20 sebuah dengan menghubungi talian 03-56323301.

Siong berkata, Video Resipi, Try Masak Sihat pula adalah penerbitan mengandungi 100 resipi diambil menerusi buku masakan Resipi Sihat Pilihan Bijak Vol 1 dan Vol 2 terbitan NSM sebelum ini yang ditukar kepada bentuk video.

Video dihasilkan dengan kerjasama antara NSM dan pakar teknologi maklumat dari Geoflex Sdn. Bhd itu memaparkan resipi sihat kepada orang ramai melalui saluran media inovatif.

Katanya, objektif Video Resipi Try Masak Sihat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran secara meluas berhubung pemakanan sihat kepada orang ramai melalui saluran media baru terutama di kalangan golongan muda yang dilihat lebih menggemari teknologi.

"Ketika ini, video itu boleh ditonton melalui portal www.trymasak.my/sihat atau laman web NSM, www.nutriweb.org.my dan mulai April depan, ia boleh didapati menerusi iPhone serta iPad.

"NSM juga menawarkan pemberitahuan maklumat pemakanan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada orang ramai pada harga RM0.50 sen setiap sms yang mana boleh diakses dengan menaip NUTRInama makanan (contoh: NUTRI nasi lemak) dan hantarkan ke 37973.

"Resipi itu boleh dihantar sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang mana ia akan memaparkan maklumat mengikut bahasa yang dihantar," ujarnya.