click...click...

HITS

Followers

Thursday, March 17, 2011

:: Awasi Anak2 Anda Jika Ada Masalah Ini ::




KAHAK LITUPI PARU-PARU

Oleh : Faten Saphilla Mohamed Isa


PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk.

Keesokan paginya selepas memandikan Mia, Hanisah menyusukan anaknya seperti biasa. Tetapi Mia kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas.

Mia menolak susu yang diberi Hanisah. Hanisah mula risau. Dia kemudian membawa anaknya ke hospital dan berjumpa doktor pakar.

Mia didiagnosis penyakit bronkiul akut. Nasib baik Hanisah cepat bertindak sementelah kahak telah berkumpul di hidung dan paru-paru Mia.

Keadaan lebih teruk berlaku pada Chacha. Bayi lelaki berusia lima bulan itu tidak tidur sepanjang malam. Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak.

Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit.

Muntah

Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat ditelan Chacha. Semuanya dimuntahkan semula.

Chacha kemudian dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Chacha dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.

Lima hari Chacha berada di ICU dan tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut.

Selepas seminggu, Chacha dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa.

Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. Selepas dua minggu, barulah Chacha dibenarkan pulang ke rumah.

“Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV).

“Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit.

“Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun,” kata Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.

Ujarnya, jangkitan virus tersebut disebabkan oleh beberapa faktor.
Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain.

“Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

“Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan.

“Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda,” katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan kanak-kanak.

Berulang
Jelasnya, bronkiul akut juga sangat berkait rapat dengan persekitaran yang berhabuk, selain pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster.

Malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan mendedahkan bayi kepada risiko bronkiul akut dan asma.

Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria.

Namun, antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan.

Ditanya sama ada penyakit tersebut boleh berulang, Aziah memberitahu, bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.

“Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga.

“Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut.

“Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya,” katanya.

Ulas Aziah lagi, bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.

“Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya.

“Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu,” katanya.

9 comments:

fiza said...

Sama mcm qaira, 4 bulan aritu kena NEB, batuk teruk sgt.

amirah said...

ayu, aritu masa ahmad kena pun doktor suruh amik nebulizer kalo dh teruk sgt.risau jugak kalo selsema ahmad tk ok2 lagi.skrng ni tk ok2 lagi.cuma kahak dh kurang.

ashra said...

thanks sharing info.
risau kita sebagai ibu ni tak pernah abes kan..

ayu said...

fiza : huhu..sama la anak kita kan..umur 4 bulan dah kena..hariz dulu masa 1 tahun lebih baru kena ambik neb ni...



ami : tu la ami..kena sentiasa pantau anak2 kan..lagi2 bila depa selsema ke batuk ke..tang bunyi2 tu yg kena jaga..


ash : ur welcome dear...mmg pun ash..selagi anak2 sakit, risau sentiasa ada..

mimi said...

good info..
mmg sgt mendebarkan bila anak ade tanda2 nk selsema dan batuk.
Adam pun sama kene nebu ms 5 bulan.
Seigt2 sayala.. slps fasa meniarap mmg dh x kerap selsema batuk dh.. mmg tahap mencabar ms bb niarapla coz habuk kot.

~n0rliza 0thman~ said...

ayu, thanks share info.. husna dgn aliff takde problem ni setakat ni. tapi info ni berguna utk ingatkan kita hal kesihatan anak2 nak kene pantau selalu..

ayu said...

mimi : betul tu mimi, lagi2 bila batuk berbunyi2 kan..huhu..sangat sedih bila tengok anak kena mcm tu lagi2 bila kena ambik neb..alhamdulillah, setakat ni belum lagi la kena tahan kat wad..





liza : ur welcome..alhamdulillah, anak2 liza tak ada yg macam tu..btw, agree dengan liza...hal2 kesihatan ni mmg kita kena alert sikit kan..

mai a.k.a ibu leya n laila said...

ayu.. bagusnyer info nie.. risaunyer kan anak2 bile x shat.. mai sdang mengalaminyer skrang, yg kecik skrang nie batuk2 xbaik2, batuk xslalu tapi kalo dia batuk mmg kesian.. tapi xde selesema dan xde demam dan dia alhamdulillah aktif sangat.. masa raya cina aritu seminggu ulang alik amik gas kat pakar kanak2 puchong.. pas amik gas tu nampakla kurang.. la nie ada balik batuk kahak tu, ikut kata doc keturunan, mai n suami mmg ada resdung, so otomatik jatuh kat anak2, masa anak 1st baby dulu jadi gak camnie tapi bile dah umur setahun lebih baru ok.. hrmm.. bila baca info nie, teringat sangat kat anak.. kalo x baik jugak kena try klinik lain agaknyer..

* sori ayu.. panjang sgt komennyer :)

ayu said...

mai : siannya anak mai..mintak la dijauhkan, jangan la sampai masuk wad kan...lagi2 bila kena sedut kahak tu..aduh..kesian sangat la..tak leh nak tengok.. oo..betul tu mai..masa anak2 kena serentak ambik neb dulu, doc pun terus tanya,ada sesiapa yg ada asma tak?? lelah ke?? mmmm...dua2 ada ..suami asma, kakak ayu lelah..tapi,mujur la ayu tak ada lelah tu...


moga cepat sembuh ye anak2 mai..

pssstt...tak pe mai..ayu ok je kalau nak komen panjang2 pun..^_^