click...click...

HITS

Followers

Monday, February 14, 2011

Hospital Rakan Bayi???????

Sumber : Ratuhati.com
Secara praktikalnya, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu wanita menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi Sepuluh Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO. Adakah hospital yang anda pilih untuk bersalin termasuk dalam kategori ini?

Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan?

Polisi ini menyatakan..."Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan."

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu.

Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
  1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
  5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
  6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
  10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB tersebut.

Sebagai panduan, korang boleh klik link di bawah untuk mengetahui senarai hospital rakan bayi yang terdapat di Malaysia..


dan jangan lupa ye kawan2..
boleh juga buat Breastfeeding Plan
boleh baca entri dari hayati,

11 comments:

ibudhani said...

ayu, nxt time insyaallah nk wat betul2 BF plan..tp pasni leni mmg nk g ospital gomen je..kt selayang...so dr sekarang leni dh kena brsiap sedia dr segi mental...ye la org kta nurse2 garang...

MuMMy CHoMell said...

ye ke.. ermmm pengalaman say bersalin di kononnya Hospital rakan bayi tetapi sgt mengecewakan dgn service nurse kat situ.. pengalaman melahirkan 2 org ank dihospital yang sama mambuatkan sy xnk pegi hospital tu lg.. ape yg berlaku selepas bersalin after 2 hingga 3 jam br bayi diberi pada sy.. sy asyik terty2 mana baby sy.. sy nk susukan die.. nurse siap jwb " ada.. nnt!!" sakit hati sesgt.. ank pertama normal, tp mgkn menunggu proses jahit perineum sbb tu amik masa tuk sy dakap baby.. ank kedua ceaser lagi la lame nurse nk anta baby.. smpi sy ulang2 sebut sy nk susukan baby sy ni.. nurse "ckp nnt lah.. awk ni kuat semangat betul.. org lain klu lepas ceaser smua x larat n nk rehat dulu" pada sy x sepatutnya nurse tu ckp begitu pd saya..3 hr di wad.. amat menjengkel sy terhadap beberape nurse disitu.. da ler sy ceaser, boleh x die merusuh bila ajar sy mcm mane nk BF baby.. pastu baby sy asyik menangis mgkn sbb x puas menyusu kerana aircond terlalu sejuk.. sy minta nurse tgkkan.. hampir 3 jam baby sy diambil, sy gagahkan diri bgn utk cr baby sy.. ape yg sy jupe..mmg memilukan dan menyakitkan hati sesgt sbb nurse tu tgh suakan susu Formula pada ank sy...eeiiiiii.. rase nk penampo muke nurse tu..x mintak izin sy pun..klu x boleh handle bg blk pada sy jgnlah disusukan pulak.. dgn FM pulak tu.. sy amat pasti Hospital ni mmg tersenarai dlm Hospital Rakan bayi.. ntah ape yg diorg maksudkan dgn rakan bayi tu x tau lah.. atau sebenarnye nurse2 x dikursuskan ttg konsep rakan bayi ni.. eiii geram smpi skang klu teringat blk saat tu...

ayu said...

leni : insyaallah..moga dipermudahkan....bagus kan bf plan yang hayati buat tu...mmg sangat berguna...nurse gov garang2 ekkk..

ayu said...

mummy chomell,

alahai..siannya awakkk... bila baca kisah awak ni, awak ada buat apa2 report atau tindakan tak?? mmm, bukan nak kata la, tapi mmg betul kata awak..walaupun sesetengah hospital tu "dikategorikan" sebagai HRB (hospital rakan bayi) tapi ye la, kadang2 tu bila kita dah ada niat n bersungguh2 nak bf anak, hal2 lain plak yg timbul..contoh mcm kes awak, nurse tak support..hal ni pernah dah ayu baca satu ketika dulu kat SI.com...harap awak bersabar ye... tak silap ayu, kita boleh buat report mengenai hal ni kalau betul hospital tu HRB..ish..ish..mmg tak patut la diaorg buat mcm tu kan...

umialya said...

Alhamdulillah, akak bersalin di HRB bg kesemua anak, sgt2 puas hati ngn layanan dan keperluan 'bf', x dibenarkan bawa masuk FM dan peralatan yg sewaktu ngannya

mgkn sbb sesama medical staf x tau le pulak

MuMMy CHoMell said...

betul ayu.. mmg frust sesgt.. sy xde la plak buat aduan sbb x tau nk ngadu kat sape.. mmg x sbr sesgt nk discharge mase tu...nsb baik xde masalah pd sy n baby.. so ngam2 hr ketiga tghri da discharge..huhu

ayu said...

kak tini, alhamdulillah...mudah untuk akak kan..harap2 la dapat juga ayu merasa pengalaman sedemikian "kalau" bersalin di hospital kerajaan nanti..hehe..tapi, tak tau la bila kan..




mummy Chomell : kalau ayu jadi awak pun, mesti frust kan..tak pe la, kita jangan kenangkan hal yg lepas kan...skrg ni, apa yg pentingkan katakan la lepas ni nak bersalin di lain2 hospital ke, check dulu n selain dari tu maybe kena direct terus bgtau kat doc ke yg KITA NAK BF ANAK SELEPAS BERSALIN..nak tak nak kena la tegas kan...

Mummy AwwalHariz said...

SJMC xde dlm senarai.. igt lagi masa 1st bb siap ada nurse ajar.. masa tu la tau football position sbb sy ceaser.. tq nurse..

ayu said...

niza : untungnya niza kan...kalau la semua nurse mcm tu, alangkah bagusnya...

amirah said...

rasanya hospital melaka supportive giler nurse2 nya.tapi garang la dorang sket.nak ngajar pun mcm nk marah.tp tak sentap pun. ok je rasa.dorang mmng nk kita rooming in ngan bby pun.cuma amie yg tak larat sgt2 nak bangun.terbaring jer.tak reti nk BF smbil baring plus xde susu atau kolostrum pun yg kuar.jenuhla pam sume.sedey2.pas balik rumah barula ada sket2 susu.rasanya polisi HRB ni dh ok, cuma kenkandang nurse ni yg susah nak ckp camne

ayu said...

ami : untungnya ami kan...bertuahnya...mmm...mmg kalau kat hospital kerajaan nurse akan membantu bersungguh2 utk kita bf baby..tu yg best tu..