Followers

HITS

Wednesday, February 23, 2011

APA KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU ??

Kebaikan SusuIbu (info dari SGM PERAK)
  • Berat badan turun
Dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Cth terdekat mama sendiri. Dulu masa mama belum kawin nak dpt berat badan bawah 60kg pun susah. Kecuali kalau dietlah. Sekarang ni tak payah diet2..makan je apa yg suka..badan mmg susah nak naik. Mana idaknya..setiap sesi penyusuan dlm 20 min ke 30 min, mama berjaya membakar 500kalori. Wah..tak payah nak jogging 4-5km. Bestkan!! 
  • Kecutkan rahim especially sewaktu dalam pantang
Salah satu cara yg amat bagus utk ibu2 lepas bersalin bagi mempercepatkan proses pengecutan rahim. Secara tidak langsung ia juga boleh mengurangkan pendarahan. 
  • Kurang penat bancuh susu
Bab yg ni mmg mama pun suka. Tak payahlah kita nak berjalan ke sana sini, nak bangun tengah malam pergi dapur lagi..silap2 tangan kita sendiri yg kena air panas. 
  • Pengurangan risiko kanser payudara
Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factor in Breast Cancer (2002). So, baiklah kita bf ye..mencegah adalah lebih baik drpd mengubatinya.
  • Bonding
- Skin to skin - bila kita peluk n bf baby, tubuh badan baby dgn kita saling menyentuh antara satu sama lain..ibu dan baby berasa tenang. Ada tak org yg tgh bf baby boleh marah2 n mengamok??tiada kan?? ~
- Minum dari badan ibu - hasil yg diberi dr darah daging kita sendiri. 
- Pelukan kasih sayang - baby rasa happy bila kita belai dia, sambil bf kita usap rambut dia, tepuk paha dia yg gebu tu, bacakan selawat utk dia dll 
- Cara pandangan bayi senjak lahir - bila baby tgh bf, mata dia akan ke tepi dan cuba belajar utk menggerakkan mata serta melihat ibunya. Bukan baby juling ye. 
- Dengar degupan jantung ibu - baby akan rasa tenang bila dengar degupan jantung, ini kerana mereka sudah biasa mendengar dr dalam perut lagi. Jimat kos
BM menjimatkan kos dan masa, FM kebanyakkan mahal2 dan memerlukan anda membancuh. Dengan BM, tiada masalah, tiada kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dlm badan, so bila baby merengek..angkat je baju, nah..susu dah tersedia. 
  • Motherly hormone / calming effect
Yang ini pula ialah..salah satu cara supaya baby belajar cara pergerakan kaki, tangan dan badan. Cth : cuba kita baring, dan tinggikan sedikit kepala. Lepas tu letak baby di atas perut kita. Baby dengan sendirinya akan cuba pergi ke arah puting ibu utk menyusu. Hebatkan!!Kalau nak tahu mcmn?jom kita pregnant lagi..ooops! 
lagi kebaikan susuibu SINI
Keburukan Susu Formula
(tak mau komen sangat sebab anak sulung still lagi minum FM n ayu rasa ianya sangat subjektif...ni adalah idea sahaja, kita juz ambil sebagai pembelajaran kita untuk menyediakan hak yang terbaik untuk anak2 kita..mungkin kali ni, kita tak berjaya..tapi akan datang?? hanya kita yang mampu menentukan hak anak2 kita, insyaallah..)
  • Proses lama
Pernah tak ibu2 semua terfikir..bila FM diproses??bulan lepas??6bln lps??thn lepas??..kalau naik kapal, nak dekat 3 bln..ish2!!lamanya ye..Kilang susu tu bersih ke??Apa pulak yg syarikat susu ni letak dlm FM?? Nama lagi formula!! Kalau dalam iklan mestilah mereka ckp..ada DHA dan bla..bla..bla..propaganda!! Ingat tak kes melamine dekat China. Takutkan!
  • Allergy
Kebanyakkan ini terjadi kerana, FM mengandungi kandungan protein haiwan dan sesetengah drpd kita tidak boleh menerimanya.
  • Sembelit
FM sangat sukar untuk dihadam dan tiada bahan pelawas semulajadi di dalamnya.
  • Kos tinggi
Ini tidak perlulah dihuraikan..mana pernah harga FM menurun??
  • Rasa yang sama
Tiap2 hari rasa sama, yg ada hanya perisa susu original, strawberry & coklat. Kalau BM, apa yg ibu makan, anak juga akan rasa yg sama.
Berisiko tinggi untuk penyakit berbahaya
Boleh tgk dekat SINI
  • Ibu kurang kesegaran
Tiap2 malam nak kena jaga?? Ibu yg fully fb pun berjaga. Tapi mama berjaga sekejap je, selak baju terus suap. Tapi kalau yg fully FM, aduhai..nak ke dapur, lepas tu suap dkt mulut baby..akhirnya nak tidur balik pun susah. Bangun pagi mulalah rasa penat dan tak segar.
  • Susah bila travelling
Banyak baggage! Bakul, air panas, air masak, apa lagi??macam2 nak kena bawa.
Keburukan Botol
  • Baby "malas"
Ini kerana mereka berasa senang hisap susu..terus kenyang, tak perlu nak kena isap bnyk kali.
  • Susah penyediaan
Perlu di sterile, terutama bahagian puting, suasana banjir dll.
  • Kurang perhatian semasa menyusu
Ibu2 atau pengasuh mengambil jalan mudah, dgn hanya meletakan kain atau bantal di bawah botol, baby terus isap susu. Sebab tulah banyak kes tersedak susu.

5 comments:

kuntumz said...

ayu...good info...
haih bila lah nk merasa fully BF nii..baca bnda2 ni buat aku tak sabo nk peggy balik....

amirah said...

betul ayu..bila difikir2kan balik, ianya sgt2 la subjektif tambah2 lagi kalau ibu2 dibawah tekanan minda yg dia tak mampu menyusukan. Langsung x berjaya nnt.Masa Ahmad kecik dulu pastu Amie kena pegi breast clinic semula mmng x mampu nk nyusukan walaupun kitorg berdua yakin anak kitorg boleh nyusu sepenuhnya dan kitorg brdua ni mmng bersemangat giler...tp akhirnya bila Jali tengok Amie nangis2 sakit, Ahmad pulak nangis2 lapar, dia decide yg paling penting jgn biarkan anak lapar.Tp lama2 bila dh ok, BF is fun and convenient untuk kitorg and Ahmad jugak.Apa pun, kdg2 kita tktau masalah ibu2 ni smp kita kaji selidik dulu masalahnya..ewahhh..pjngnya komen

ayu said...

Jia : hehe…insyaallah, ko pun boleh buat punya…bila nak preggy?? Mmm..dah boleh sangat dah tu.. anak ko kan dah besar…USAHA TANGGA KEJAYAAN..^_^





Ami : tak pe , ami…suka kawan2 komen panjang2..sebab ayu pun suka gak komen panjang2 …hehe.. ami, kalau ada award utk ibu yg tak putus asa, ayu mmg nak calonkan ami la….kental sungguh usaha ami di tambah plak dengan sokongan daripada jali kpd ami utk teruskan bf ahmad..tu yg best tu..ami, nnt klu rajin bila2 ke buat la entri mengenai kisah penyusuan ahmad…mmm..mesti best kan…caiyok..caiyok…

sya said...

ayu,
bab kebaikan susu ibu ni memang tak boleh disangkal, kan?
bab turun berat badan tu, belum ternampak lagi... hehehe..
tapi, bab kecutkan rahim tu, memang sangat2... nurse pun cakap, cepat betul rahim kecut, padahal, tak bertungku sangat pun...

ayu said...

sya , tepat sekali...mmg betul kata sya... ayu pun masa time berurut hari ke 5 tu, bidan tu pun kata cepat betul rahim kecut..alhamdulillah kan..