click...click...

HITS

Followers

Wednesday, February 23, 2011

APA KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU ??

Kebaikan SusuIbu (info dari SGM PERAK)
  • Berat badan turun
Dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Cth terdekat mama sendiri. Dulu masa mama belum kawin nak dpt berat badan bawah 60kg pun susah. Kecuali kalau dietlah. Sekarang ni tak payah diet2..makan je apa yg suka..badan mmg susah nak naik. Mana idaknya..setiap sesi penyusuan dlm 20 min ke 30 min, mama berjaya membakar 500kalori. Wah..tak payah nak jogging 4-5km. Bestkan!! 
  • Kecutkan rahim especially sewaktu dalam pantang
Salah satu cara yg amat bagus utk ibu2 lepas bersalin bagi mempercepatkan proses pengecutan rahim. Secara tidak langsung ia juga boleh mengurangkan pendarahan. 
  • Kurang penat bancuh susu
Bab yg ni mmg mama pun suka. Tak payahlah kita nak berjalan ke sana sini, nak bangun tengah malam pergi dapur lagi..silap2 tangan kita sendiri yg kena air panas. 
  • Pengurangan risiko kanser payudara
Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factor in Breast Cancer (2002). So, baiklah kita bf ye..mencegah adalah lebih baik drpd mengubatinya.
  • Bonding
- Skin to skin - bila kita peluk n bf baby, tubuh badan baby dgn kita saling menyentuh antara satu sama lain..ibu dan baby berasa tenang. Ada tak org yg tgh bf baby boleh marah2 n mengamok??tiada kan?? ~
- Minum dari badan ibu - hasil yg diberi dr darah daging kita sendiri. 
- Pelukan kasih sayang - baby rasa happy bila kita belai dia, sambil bf kita usap rambut dia, tepuk paha dia yg gebu tu, bacakan selawat utk dia dll 
- Cara pandangan bayi senjak lahir - bila baby tgh bf, mata dia akan ke tepi dan cuba belajar utk menggerakkan mata serta melihat ibunya. Bukan baby juling ye. 
- Dengar degupan jantung ibu - baby akan rasa tenang bila dengar degupan jantung, ini kerana mereka sudah biasa mendengar dr dalam perut lagi. Jimat kos
BM menjimatkan kos dan masa, FM kebanyakkan mahal2 dan memerlukan anda membancuh. Dengan BM, tiada masalah, tiada kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dlm badan, so bila baby merengek..angkat je baju, nah..susu dah tersedia. 
  • Motherly hormone / calming effect
Yang ini pula ialah..salah satu cara supaya baby belajar cara pergerakan kaki, tangan dan badan. Cth : cuba kita baring, dan tinggikan sedikit kepala. Lepas tu letak baby di atas perut kita. Baby dengan sendirinya akan cuba pergi ke arah puting ibu utk menyusu. Hebatkan!!Kalau nak tahu mcmn?jom kita pregnant lagi..ooops! 
lagi kebaikan susuibu SINI
Keburukan Susu Formula
(tak mau komen sangat sebab anak sulung still lagi minum FM n ayu rasa ianya sangat subjektif...ni adalah idea sahaja, kita juz ambil sebagai pembelajaran kita untuk menyediakan hak yang terbaik untuk anak2 kita..mungkin kali ni, kita tak berjaya..tapi akan datang?? hanya kita yang mampu menentukan hak anak2 kita, insyaallah..)
  • Proses lama
Pernah tak ibu2 semua terfikir..bila FM diproses??bulan lepas??6bln lps??thn lepas??..kalau naik kapal, nak dekat 3 bln..ish2!!lamanya ye..Kilang susu tu bersih ke??Apa pulak yg syarikat susu ni letak dlm FM?? Nama lagi formula!! Kalau dalam iklan mestilah mereka ckp..ada DHA dan bla..bla..bla..propaganda!! Ingat tak kes melamine dekat China. Takutkan!
  • Allergy
Kebanyakkan ini terjadi kerana, FM mengandungi kandungan protein haiwan dan sesetengah drpd kita tidak boleh menerimanya.
  • Sembelit
FM sangat sukar untuk dihadam dan tiada bahan pelawas semulajadi di dalamnya.
  • Kos tinggi
Ini tidak perlulah dihuraikan..mana pernah harga FM menurun??
  • Rasa yang sama
Tiap2 hari rasa sama, yg ada hanya perisa susu original, strawberry & coklat. Kalau BM, apa yg ibu makan, anak juga akan rasa yg sama.
Berisiko tinggi untuk penyakit berbahaya
Boleh tgk dekat SINI
  • Ibu kurang kesegaran
Tiap2 malam nak kena jaga?? Ibu yg fully fb pun berjaga. Tapi mama berjaga sekejap je, selak baju terus suap. Tapi kalau yg fully FM, aduhai..nak ke dapur, lepas tu suap dkt mulut baby..akhirnya nak tidur balik pun susah. Bangun pagi mulalah rasa penat dan tak segar.
  • Susah bila travelling
Banyak baggage! Bakul, air panas, air masak, apa lagi??macam2 nak kena bawa.
Keburukan Botol
  • Baby "malas"
Ini kerana mereka berasa senang hisap susu..terus kenyang, tak perlu nak kena isap bnyk kali.
  • Susah penyediaan
Perlu di sterile, terutama bahagian puting, suasana banjir dll.
  • Kurang perhatian semasa menyusu
Ibu2 atau pengasuh mengambil jalan mudah, dgn hanya meletakan kain atau bantal di bawah botol, baby terus isap susu. Sebab tulah banyak kes tersedak susu.

Wednesday, February 16, 2011

Tips Pendidikan Untuk Anak-Anak


Sumber : Ratuhati.com

Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan. Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:
  • Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
  • Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
  • Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya
  • Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
  • Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
  • Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
  • Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
  • Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
  • Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
  • Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
  • Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
  • Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
  • Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
  • Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
  • Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
  • Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
  • Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
  • Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya
  • Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
  • Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
  • Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
  • Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.
Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.
Koleksi ANIS / Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Monday, February 14, 2011

Hospital Rakan Bayi???????

Sumber : Ratuhati.com
Secara praktikalnya, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu wanita menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi Sepuluh Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO. Adakah hospital yang anda pilih untuk bersalin termasuk dalam kategori ini?

Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan?

Polisi ini menyatakan..."Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan."

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu.

Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
  1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
  5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
  6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
  10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB tersebut.

Sebagai panduan, korang boleh klik link di bawah untuk mengetahui senarai hospital rakan bayi yang terdapat di Malaysia..


dan jangan lupa ye kawan2..
boleh juga buat Breastfeeding Plan
boleh baca entri dari hayati,