click...click...

HITS

Followers

Friday, January 07, 2011

::Siapa Suka Minum Air Kosong???? ::

Sumber : I LUV ISLAM

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari

  2. Gastrik - 10 hari

  3. Diabetes - 30 hari

  4. Sembelit - 10 hari

  5. Kanser - 180 hari

  6. tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

9 comments:

:: noremy anak rahmat :: said...

pernah try bgn pagi nak minum air masak 4 gelas..tp xleh masuk..mampu 2 gelas 4 the maximum...

bunga_ros said...

dlu masa anak dara ske, sejak BF baby double ske..!! yea..

amirah said...

amie pernah cuba dah kaedah ni sebelum kawen. tapi susah nak displin sebab kadang2 nk cepat gi keje smp lupa nk minum..hihi

Ummu Raja said...

Ayu, hasni nak share ilmu ni dlm blog hasni boleh x?

ayu said...

nor : wow....bagusnya nor..akak juga tak leh nak buat macam tu..at least segelas selepas bangun pagi pun dah mencukupi..


ros : bagusnya ros...ayu baru berjinak2 sejak menyusukan anak ni..^_^


ami : sama la kita..kadang2 je buat..tu pun kalau teringat..kalau tak, time breakfast je la..


hasni : silakan hasni..no prob..^_^

:: noremy anak rahmat :: said...

yeker kak?so segelas pun dah ok la yer?colleague kat opis yg suggest minum air masak nie..hehehhehe

ayu said...

nor : elok minum 4 gelas la..tapi mcm akak segelas pun dah cukup..hehe...jgn ikut akak plak.^_^

:: noremy anak rahmat :: said...

hehehehe..okla tu kan drpd xminum lansung..

ayu said...

nor : hehe..tu la..betul tu..