Followers

HITS

Tuesday, January 25, 2011

Bersalin, Doktor dan Hukum - Part 2

Salam kepada rakan2 sekalian,
tak tau la sama ada korang perasan atau tak,
dalam banyak2 entri yang pernah ayu publish,
ada satu je entri (rasa2nya la kan)
yang ayu tak balas langsung komen
bagi entri tersebut
iaitu
sebentar tadi,
ayu menerima komen dari seseorang
yang membuatkan ayu ingin
share jawapan beliau
di entri tersebut..
mudah2an jawapan yang diberikan oleh
beliau dapat memberi petunjuk kepada kita semua..
mana yang baik, kita sama2 berkongsi ye..
Anonymous said...

salam mengenaai doktor lelaki ada ulamak berselisih pendapat dalam hal ini. ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh. tapi alasan darurat adalah tidak logik sama sekali. ini adalah kerana kita bukannya berperang atau nak dapatkan doktor perempuan kena merantau beribu batu jauhnya. dalam hal ini suami kena mainkan peranan penting jangan jadi suami yang dayus sehingga abaikan tanggungjawap mereka. jangan nanti di akhirat kita yang merana sudah.apa yang saya dapat dari pengajian saya adalah haram sama sekali. aurat terbesar bagi wanita adalah faraj. cuba bayangkan di labor room wanita muslimah terpaksa mendedahkan mahkota yang ditunjukkan pada suaminya pada lelaki lain disebabkan suaminya berkata tak apa ayang tengah darurat ni. doktor lelaki masukkan jari, menyambut dan menyeluk untuk mengambil uri dan menjahit faraj si isteri. tergamaknya suami muslim melihat kedaan demikian. korbankan wang sedikit demi kehormatan isteri wahai si suami. wanita jika mendapat sentuhan lelaki lain teruk akibatnya..tepuk dada tanyalah iman. antara sabda rasulullah saw adalah ,
"FITNAH TERBESAR DI AKHIR ZAMAN ADALAH FITNAH TERHADAP WANITA"

15 comments:

littlehumblelynn said...

ayu

pendirian lynn ttg isu ini :

http://mama-wisyah.blogspot.com/2010/08/rukhsah-bersalin-dgn-dr-lelaki_05.html

utk yang mampu mmg boleh memilih tp bg mereka yg x mampu..kerajaan kita sbg kerajaan islam perlu memainkan peranan paling penting utk mengatasi masalah kita ini.

Mrs.Eady said...

hmm....pokok pangkal nyer hati & duit.

ade org mampu & ade org tak mampu...

Zaidah said...

persoalam yang susah nak jawap ayu...sebab pernah kena check ngan doktor lelaki ketika nak bersalin...huhuhu

kuntumz said...

ayu, bila dh baca artikel ko nii..teringat ms bersalin hari tu dr cina laki yg smbut anak aku...
emm bila dh tau nii, lps ni kene request dr pompuan lah...
mekasih ayu for info

amirah said...

betulla ayu..memang heran kenapa dorang minat sgt dgn OnG ni.Dari pembacaan, rasanya kaum lelaki ni berminat nak mengetahui lebih lagi mengenai wanita dan anatomi wanita sendiri.sebab tu ramai yg jadi pakar dlm OnG.pengalaman amie pulak, bnyk2 la brdoa supaya dpt doktor perempuan bila di hospital kerajaan. maklumlah, doktor bersilih ganti.syukur amie dpt doktor perempuan sepnjng kena seluk.tapi bila tiba time operation, nak taknak pakar pembedahan lelaki juga. dia bantu doktor perempuan td juga. doktor masa sebelum bersalin doktor perempuan india, tapi waktu dh nk bersalin dan masa operate doktor pmpuan melayu.tapi next time insyaAllah kena pg private juga.tp kalaula berisiko tetap kena pergi hospitl kerajaan juga kan.

LyNn HaMzAh said...

dulu waktu bersalinkan anak pertama lynn dapat doktor perempuan di hospital kerajaan...moga kali nie lynn dapat doktor perempuan juga...check up kat swasta memang cari doktor perempuan...

ayu said...

salam kepada rakan2 yang dihormati sekalian,

terima kasih di atas pendapat anda semua..seperti yang ayu katakan, itu adalah pendapat semata2.. benda ni adalah sensitif untuk diperkatakan kerana ia bergantung kepada kemampuan kita sendiri..

kalau rasa mampu tak salah kan.. begitu juga sebaliknya..cuma, seelok2nya kan benda ni harus kita kaji dengan teliti sebab bukan apa, ia melibatkan maruah kan..kan..

ayu pernah terbaca juga, keadaan darurat tu boleh dikategorikan apabila melibatkan situasi ibu itu memang memerlukan kepakaran daripada doktor lain (doktor lelaki) apabila doktor perempuan itu tidak boleh nak mengatasi masalah tersebut, maka ketika itu bila melibatkan hal nyawa ibu & baby, perlulah menggunakan khidmat doktor lelaki juga kan.....

terpulang pada budi bicara kawan2 sekalian bagaimana kawan2 melihat hal ini..diri ayu pun tak lah sempurna mana pun..still lagi dalam proses untuk memperbaiki diri..

kawan2 juga boleh baca link di bawah, credit banyak2 pada lynn.. btw, cadangan lynn tu BAGUS SANGAT2..

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/12/02/dedah-aurat-ketika-bersalin/

sila baca full detail kat link di atas, serta baca komen2 juga sebab ada dinayatakan susunan doktor yang patut menjadi pilihan..

manakala, di bawah ni pula ayu C & P cadangan yang diberikan oleh lynn di link yang diberikan oleh beliau di atas :

antaranya:

- mungkin banyak yg boleh dilakukan selain mewajibkan (kalo boleh)setiap perempuan islam yg bersalin di bantu oleh Dr & kakitangan wanita

- menambahbaikkan elaun , penambahan warga kerja,struktur gaji yg setimpal pada DR & KAKITANGAN wanita

- memperbanyakkan biasiswa bg DR2 utk amik pengkhususan O & G..(offering terhad utk Dr wanita khususnya) dan juga kursus MIDWIVES utk para nurses.

- menambah peruntukan perterutamanya yang mengkhusus kepada WANITA & KANAK2.

kalau di negara Islam yg lain peka dgn persoalan ini,mengapa tidak negara kita yg tercinta.

cayalah lynn..suka betul idea awak..semoga impian lynn utk masuk kabinet tercapai..^_^

Melur Jelita said...

Ayu jelitam
maaf lambat nak komen...hmmm..akak fikir dulu ya. Anyway, jawapan yang ayu jelita dah hampir tepat. terimakasih kerana membuat post ini. Isu sensitif ni..he he he

ayu said...

kak laili : thanks kak..hehe..

sya said...

betul tu ayu...
kenapa lah lelaki tu berminat nak join bidang OnG ye?

tapi, macam saya, memang nak tak nak, terpaksa juga bersalin di hospital kerajaan. tapi Alhamdulillah hari tu doktor perempuan. apalah daya kita nak memilih pun. kalau nak keluar duit lebih semata2 nak kan hospital swasta dan dapatkan doktor perempuan, banyak juga nak difikirkan tu... sebab kos bersalin di hospital swasta bukan murah untuk orang macam kami ni...

tapi, memang harap sangat kerajaan malaysia sensitif dengan hal ni dan hanya beri doktor perempuan di jabatan OnG....

ayu said...

sya : hehe..tu soalan cepu emas kan?? mmm, entah la..ayu sendiri pun tak sure apa sebab kaum lelaki nak join O & G ni...nanti, bila2 ayu try tanya kat bakal adik ipar ayu ye...

betul tu sya..ayu pun dulu berfikir2 gak nak bersalin kat private ni, tapi sbb ada saving sikit, so usahakan juga la..

Lyn Mona said...

Salam

xkan enset ribu2 blh beli.

xkan beg coach mhl blh beli

xkan hotel mhl2 boleh pg

takat nk g bsalin kt wanita tak leh ke?

ayu said...

Lyn Mona ,

hehe..thanks beri pendapat anda...
btw, benda ni subjektif kan..terpulang bagaimana orang menilai...

Saliha Osman said...

Askum.

Terima kasih sebab kongsi, tapi kan saya nak tanya kenapa pihak atasan disana diam saja perkara ni.

Bukan nak buka isu politik

tapi puak diatas sana samada parti pemerintah dan parti pembangkang diam membisu

Dayus betul mereka ni

kasihan paa wanita muslim disebabkan saya pun pernah terkena disebabkan saya bersalin di hospital.

Cuba bayangkan dotor tersebut bercakap dengan suara yang lembut lagi lembut dari suara suami saya dan saya terkedu..

ayu said...

saliha osman,

salam perkenalan dari ayu..terima kasih kerana sudi singgah memberi komen di sini.. seperti yg ayu katakan di atas, benda ni agak sensitif untuk diperkatakan.. bila ayu bertanya hal ini pada bakal adik ipar, menurutnya walaupun skrg ni ramai doc perempuan, tapi tak semua yg sanggup bergelar doc pakar O & G disebabkan tuntutan kerja yg kita sendiri sedia maklum antara skop kerja yang paling sibuk di hospital kan..jadi,bila kurangnya permintaan daripada doc perempuan utk bergelar doc O & G, maka tempat2 itu telah diisi dengan doc lelaki la jawabnya...lagi2 plak sejak akhir2 ni kedengaran bahawa pembelajaran doc juga dibekukan selama 3 tahun..mmm..mcm2 kan..