click...click...

HITS

Followers

Tuesday, January 25, 2011

Bersalin, Doktor dan Hukum - Part 2

Salam kepada rakan2 sekalian,
tak tau la sama ada korang perasan atau tak,
dalam banyak2 entri yang pernah ayu publish,
ada satu je entri (rasa2nya la kan)
yang ayu tak balas langsung komen
bagi entri tersebut
iaitu
sebentar tadi,
ayu menerima komen dari seseorang
yang membuatkan ayu ingin
share jawapan beliau
di entri tersebut..
mudah2an jawapan yang diberikan oleh
beliau dapat memberi petunjuk kepada kita semua..
mana yang baik, kita sama2 berkongsi ye..
Anonymous said...

salam mengenaai doktor lelaki ada ulamak berselisih pendapat dalam hal ini. ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh. tapi alasan darurat adalah tidak logik sama sekali. ini adalah kerana kita bukannya berperang atau nak dapatkan doktor perempuan kena merantau beribu batu jauhnya. dalam hal ini suami kena mainkan peranan penting jangan jadi suami yang dayus sehingga abaikan tanggungjawap mereka. jangan nanti di akhirat kita yang merana sudah.apa yang saya dapat dari pengajian saya adalah haram sama sekali. aurat terbesar bagi wanita adalah faraj. cuba bayangkan di labor room wanita muslimah terpaksa mendedahkan mahkota yang ditunjukkan pada suaminya pada lelaki lain disebabkan suaminya berkata tak apa ayang tengah darurat ni. doktor lelaki masukkan jari, menyambut dan menyeluk untuk mengambil uri dan menjahit faraj si isteri. tergamaknya suami muslim melihat kedaan demikian. korbankan wang sedikit demi kehormatan isteri wahai si suami. wanita jika mendapat sentuhan lelaki lain teruk akibatnya..tepuk dada tanyalah iman. antara sabda rasulullah saw adalah ,
"FITNAH TERBESAR DI AKHIR ZAMAN ADALAH FITNAH TERHADAP WANITA"

Wednesday, January 19, 2011

Bagaimana Penyusuan Susu Ibu Terjadi???

SUMBER : MOMSCHOICE


Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.


Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.

Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.



Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara

  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari

  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu

  • Payudara diisi dengan susu semula

  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin

  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan

  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula
  • Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.

  • Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).



Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.

Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu

Friday, January 07, 2011

~Kenapa Pam Sampai 7-8 kali sehari???~


Sumber : KAK E-CAR
BREASTFEEDING PART IV-
Ape yg kita perlu tahu/sedia utk jd BF-ibu??



1. BF is not easy klu x cukup ilmu di dada..tp ia xde lar susah mana pun..
2. setiap pmpuan ade hormon prolaktin (hormon susu) approx. 5nml (right me if wrong)..then, hormon prolaktin ini trus mngkt kpd 200nml once got pregnant..so, tipu lar klu ade yg kata dia xde susu..(fyi, even lelaki pun ade hormon prolaktin)
3. since preggie juga kite kena lngkpkn all BF-gadjets esp. breastpump, storage bottles, cooler bag, ice pack..optional, leh sediakn warmer, sterilizer etc..(aku sedih ble tgk mom-to-be byk sediakn keperluan utk FM like milk container, pacifier, feeding bottles instead of BF-gadjets)
4. rite after deliver..dunt ever expected yg susu akn kluar memancut2 mcm pili bomba..ape yg perlu kita tahu, fr the 1st 3 dys, yg kluar hnyalah KOLOSTRUM..lps tu barular susu akn keluar..wpun kite x nmpk susu tu kluar, tp percaya lar susu itu ada dgn syarat BF+BF+BF yr baby..hnye hisapan bby yg mmpu meransangkn susu keluar pd ketika ini..wpun susu yg kluar hnye lar sbyk 1 sudu teh skalipun, tp ia cukup memadai bg newborn bby krn perut dorang kecil sgt ms nie..yg nie rmai yg silap ingt susu xde..ended up bg FM laks..
5. BF concept is demand vs supply..BF bby sekerap yg mngkin coz bby is the best pump
6. besides, kerapkn juga pumping gune breastpump or tangan
7. BF exclusively for 6 mths (no FM, no pacifier, no air masak, no solid foods, BF at least 10x per day)
8. slps exclusive BF (after 6 mths), still teruskn fully-BF (no FM) hngga 2 yrs..time ni bby dh blh diperkenalkn dgn solid food..
9. bby below 1 yr, wpun bby dh mkn solid foods, tp susu ibu still mkanan utama bby..solid food hnya diperkenalkn utk bg bby merasa tekstur makanan..
10. BF-bby still blh truskn BF tnpa solid foods hngga 1 yr++ or 2 yrs sekalipun
11. mkn lar byk mana pun segala bnda penambah susu, tp tak kerapkn BF/pump -->> susu tetap kurang
12. utk maintain milk supply, BF+pump at least 8x per day (klu anda x snggup nk buat cmnie, jgn nk komplen susu kurang hokeyy)
13. pump tgh mlm hngga pagi buta sgt bagus sbb time ni hormon prolaktin plg byk..
14. jgn stress/tension..nie blh buat susu merundum
15. amalkn mnum segelas air suam b4 & after BF/pump
16. jika rasa susu kurang, kerapkn BF+PUMP+BF+PUMP.. bukannye stop BF!
17. rmai slalu anggp bile bby nangis sbb susu x cukup (cmne kite leh tau laks ek..bby bgtau ke??)..bby mnangis bkn sbb x ckup susu semata2..mybe bby kembung perut, nk didukung, nk dipeluk, t'lalu panas, t'lalu sejuk etc..
18. start buat stock EBM since dlm pntang sbb time ni susu kita mewah
19. stiap ibu itu Allah dh kurniakn susu yg ckup utk anknya provided ibu itu perlu berusaha lebih
20. org yg ade PCOS pun ade yg still leh BF anknya..inikn pula kita yg xde sakit kronik ape2..
21. FM boleh merosakkn usus bby krn FM ade gula yg b'lbhn didlmnya..so, usus bby kena b'keja keras utk singkirkn gula
22. BF-bby mmg akn kerap nk susu sbb susu ibu mudah dihadam compared to FM yg lmbt dihadam..dats y BF-bby akn mnyusu within 1-2 hrs instead of FM-bby 3-4 hrs..
23. jgn bg botol t'lalu awl pd bby..tends to nipple confusion (the earliest after a mth)
24. BF do not sag your breast..pregnancy does..
25. kuantiti susu ibu x b'gntung pd body size or breast size (fyi, i'm a petite-ibu wif 34.5kg & 152cm..bra size 32 cup A.. but then, i've managed to fully BF fr 2 yrs and 4 mths++)
26. mengapa still nk bg FM kt bby walhal kita ade susu sndiri yg sgt hebat..yg tiada tndingan dgn mane2 FM di pasaran..?? sudahkh kita b'ikhtiar dgn b'sungguh2 sblm bg FM pd bby..??
Ni adalah kisah penyusuan kak ecar part ke 4..kalau korang nak baca dengan lebih mendalam lagi dari Part 1 hingga akhir, jum la sama2 kita baca kat SINI ...time tu memang rasa semangat berkobar2 bila membaca entri dari kak e-car. walaupun hanya membaca sahaja, tapi dari situ sedikit sebanyak ayu dah mula memahami konsep asas penyusuan..walaupun ketika itu ayu juga ada makan makanan tambahan tetapi pada asasnya semakin kerap kita mengosongkan Breast, semakin banyak susu yang akan dihasilkan..nanti ayu akan share artikel anatomi dan fisiologi asas penyusuan daripada sumber rujukan ayu sendiri, tak lain tak bukan dari kak nieza

::Siapa Suka Minum Air Kosong???? ::

Sumber : I LUV ISLAM

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari

  2. Gastrik - 10 hari

  3. Diabetes - 30 hari

  4. Sembelit - 10 hari

  5. Kanser - 180 hari

  6. tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.