click...click...

HITS

Followers

Thursday, November 03, 2011

Sila Baca : Tips Menentukan Jantina Anak Perempuan!

Tips Menentukan Jantina Anak Perempuan

SUMBER : nurizan




Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama
1. Madu lebah 
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - untuk kepekatan air mani)


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :
1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.
2. Suami hendaklah membaca ayat berikut (baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat
Maksudnya : "Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya."

3. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan 
belas dari kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

4. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

Ciri – cirri Sperma :

SPERMA Y (benih lelaki)
-       Kecil
-       Bergerak pantas
-       Kurang ketahanan, jangka hayat pendek

SPERMA X (benih perempuan)
-      Besar
-      Bergerak perlahan
-      Ketahanan tinggi, jangka hayat panjang

5. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (Sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu.)
6. Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan
7. Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi.
8. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)
4. Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


Thursday, August 04, 2011

ARTIKEL MENGENAI BF KETIKA BERPUASA..




RAMAI ibu mengakui cabaran paling besar selepas melahirkan anak apabila terpaksa menyambung kerja dan pada masa sama, menyusukan bayi mereka.


>>Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my


Ada di antaranya mempunyai semangat tinggi ingin menyusukan anak secara eksklusif, tetapi akhirnya terpaksa menyerah kalah lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai teknik penyimpanan susu ibu, ada juga terpaksa mencampurkannya dengan susu formula kerana kekurangan susu.



Bagi Nurul Zafifah Mohd Sahri, 30, kejayaan menyusukan dua anak Muhammad Dhia’ul Hafeez Diauddin, 3, secara eksklusif selama dua tahun tiga bulan adalah pengalaman paling berharga. Apa yang menguatkan semangatnya adalah dorongan daripada suami, Diauddin Mustajid, 32, yang meminta supaya dia menyusukan anak sepenuhnya sejak mengandungkan Hafeez lagi.


“Ketika mengandungkan anak pertama saya langsung tidak terfikir untuk menyusukan bayi sepenuhnya, tetapi apabila suami meminta supaya memberikan susu ibu kepada anak, saya terus mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang susuibu.com mengenai penyusuan dan penyimpanan susu ibu,” katanya.



Menurutnya, cabaran menyusukan anak bermula apabila dia mula bekerja dan tidak membuat simpanan susu yang banyak.



“Apabila bekerja saya hanya mampu mengumpul 10 botol saja dan ini memberi sedikit tekanan kerana perlu mengepam setiap hari bagi memastikan Hafeez mendapatkan susu ibu sepenuhnya apabila dihantar ke rumah pengasuh,” ujarnya.



Walaupun mengalami kekurangan susu, dia tidak berputus asa dan mencuba semua petua untuk memperbanyakkan susu seperti makan lobak putih, halba, pegaga dan multivitamin bagi menambah pengeluaran susu.



“Saya memperhebatkan aktiviti mengepam bukan saja di tempat kerja malah di rumah. Setiap tiga jam iaitu pada jam 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi, saya mengepam susu bagi memastikan stok susu mencukupi. Alhamdulillah akhirnya dengan kesabaran dan tawakal kepada Allah saya dapat menyusukan Hafeez sepenuhnya,” katanya.



Berbeza dengan kelahiran anak kedua, Zahratul Sofea, Zafifah sudah membuat persediaan lengkap dengan membuat simpanan susu pada hari keempat kelahiran. Walaupun menyusu secara terus, dia tetap mengepam apabila anak tidur dan hasilnya pada hari pertama bekerja dia dapat mengumpul 40 botol stok susu yang disimpan di tempat simpanan sejuk beku.



Apabila mula bekerja, Zafifah meneruskan aktiviti mengepam di tempat kerja iaitu setiap tiga jam sekali. Lebih memudahkannya apabila ketuanya sangat memahami dan memberikan masa selama 15 hingga 20 minit untuk mengepam susu. Malah terdapat sebuah bilik yang dikhaskan untuk mengepam susu.



“Sekali pam saya memperoleh enam hingga lapan auns bersamaan 237 mililiter susu dan jumlah ini boleh diminum sebanyak dua kali,” katanya yang menyimpan susu di dalam beg sejuk beku sebelum dipindahkan ke dalam peti sejuk di rumah.



Untuk susu yang disimpan di dalam peti sejuk khas sejuk beku boleh tahan enam bulan, susu di dalam peti sejuk dua pintu tahan tiga bulan manakala satu pintu selama dua minggu saja.
Bagi memudahkannya mengenal pasti susu yang perlu dibawa ke rumah pengasuh, Zafifah membuat label pada setiap susu yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan menulis di dalam buku.



“Saya membekalkan empat botol susu yang sudah dicairkan setiap hari ke rumah pengasuh bersama dengan alat pemanas. Ini bagi memudahkan pengasuh memberikan susu kepada Sofea apabila tiba waktunya. Tidak ramai pengasuh yang mahu mengendalikan proses memberikan susu ibu kepada anak jagaan mereka kerana berasa ia remeh dan menyusahkan.



“Oleh sebab itu saya perlu menerangkan kepada pengasuh dan memberikan peralatan lengkap supaya tidak menyusahkan mereka,” jelasnya yang juga Kaunselor Laktasi, Kaunselor Rakan Penyusuan Bayi Malaysia (MBPC).



Setakat ini, Zafifah tidak perlu risau kerana dia mempunyai simpanan susu ibu sebanyak 225 botol iaitu 1,043 auns bersamaan 30,845 mililiter susu yang cukup untuk keperluan Sofea sehingga dia mencecah setahun lebih. Tambah pula pada masa sekarang, Sofea sudah mula makan dan ini tidak merisaukan dirinya.



Namun begitu, Zafifah masih menjalankan rutin harian mengepam seperti biasa. Ini kerana dia percaya pada teknik penawaran dan permintaan yang bermaksud semakin banyak ibu mengepam bermakna semakin banyak susu dapat dihasilkan.



Jika ramai ibu bimbang dengan kehadiran Ramadan kerana akan mengalami kekurangan susu, tidak Zafifah kerana susunya lebih banyak daripada hari biasa. Ini kerana dia menyediakan makanan seimbang ketika berbuka dan bersahur serta memperbanyakkan minum susu dan makan kurma.



“Ketika Ramadan badan memerlukan lebih banyak air untuk menghasilkan pengeluaran susu. Justeru ketika berbuka dan bersahur, saya banyakkan minum air suam dan panas malah langsung tidak minum minuman berais.



“Saya juga makan makanan berkhasiat yang boleh memperbanyakkan susu. Di antara waktu berbuka sehingga bersahur saya akan pastikan makan roti, biskut atau makan kurma bagi memastikan bertenaga keesokan hari,” katanya yang menjalankan aktiviti mengepam seperti biasa sepanjang Ramadan.



Apa yang penting, setiap ibu harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Sekiranya mereka mempunyai matlamat untuk menyusukan anak sepenuhnya pasti setiap ibu akan berusaha untuk mencapai matlamat itu. Ini kerana penyusuan susu ibu mempunyai banyak faedah selain mengeratkan kasih sayang, anak yang disusukan sepenuhnya akan lebih bijak dan mempunyai antibodi yang kuat

Thursday, June 30, 2011

Siapa Penyokong Terkuat Anda didalam Dunia BF ???

Sumber : SARAKIDS

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:


1)Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi. 



Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.


2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.


Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru. 

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu .

Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha.

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah.

Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.



6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama .

Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). 


Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.




7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk).


Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alikmedia kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan ke klinik.

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya.

Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. 


Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.
Allah berfirman (utk kaum suami):


“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6






Friday, June 24, 2011

::APA ITU GILA MEROYAN ??::

Semalam, ayu telah mendapat satu berita mengenai ex-staff kitaorg yg telah mengalami simptom2 penyakit seperti tajuk di atas selepas beliau kembali bekerja setelah tamatnya tempoh berpantang.. lepas je dengar kisah diri dia, terus cari jap kat google mengenai masalah tersebut.. so, kat bawah ni ada artikel mengenai nya.. sebelum tu, ayu juga nak share juga kisah ayu ketika bersalinkan hariz dulu...nyaris2 juga mengalami gangguan emosi ketika itu disebabkan time tu ayu menghadapi dilema antara tuntutan mak n kehendak en suami..pegghhh..tak mau la ingat balik..benda dah lepas jangan dikenangkan2 ..mujur la masa pantang danial plak, ayu dah prepare dari awal2 lagi dengan info2 secukupnya...so, time tu dapat la handle sikit cara berpantang yg dibuat oleh mak berbanding cara berpantang ketika anak sulung dulu.. time pantang masa hariz dulu, siap termuntah2 lagi makan bawang putih bakar..air plak dicatu sepenuhnyaaa.. pantang kali kedua?? siap ayu sendiri yg tentukan apa yang ayu nak makan n sudah semestinya air masak tidak lagi dicatu ..^_^ kalau ikutkan orang2 tua kata, gila meroyan ni salah satu sebabnya adalah bila seorang ibu itu telah melanggar pantang..tak sure macam mana yang dikatakan langgar pantang tu tadi tapi bila ayu dah baca artikel di bawah, mungkin juga ada benarnya ...




Kelahiran anak tersayang merupakan saat-saat mendebarkan, yang dinantikan oleh sepasang kekasih yang baru mendirikan rumahtangga. Anak merupakan penyambung kasih antara dua insan yang bakal bergelar ibubapa. Namun, banyak perkara yang perlu ditempuhi dalam mengharungi dunia baru ini yang boleh menyebabkan stress kepada mereka.

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Gangguan emosi ini sebenarnya mempunyai spektrumnya tersendiri dari perubahan emosi yang tidak merbahaya atau dikenali sebagai postpartum baby blues sehinggalah penyakit mental yang serius , dikenali sebagai postpartum depression dan postpartum psychosis .

PENYEBAB GANGGUAN EMOSI SELEPAS BERSALIN

Penyebab sebenar gangguan psikologi selepas bersalin adalah tidak diketahui. Walaubagaimanpun telah banyak kajian dibuat yang menunjukkan interaksi antara masalah fizikal , masalah psikologi dan masalah sosial sama-sama menyebabkan gangguan emosi ini.

Secara fizikalnya, semasa mengandung, bukan sahaja hormon estrogen dan progesteron meningkat tetapi juga corticotrophin releasing hormone (CRH) dan hormon kortisol yang terlibat dalam mengawal stress juga meningkat. Sebaik sahaja kelahiran berlaku, hormon ini akan menurun dengan mendadak.

Selain daripada itu ibu-ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payu dara yang membengkak, penyusuan bayi, susuk tubuh yang tidak lagi menarik, masalah semasa mengandung, masalah kelahiran , fizikal anak itu sendiri dan lain-lain lagi.

Secara psikologinya pula, peralihan kehidupan menjadi seorang ibu, tanggungjawab keibubapaan, kehilangan kebebasan hidup seperti sebelum mempunyai anak dan banyak masalah psikologi lain membelenggu bukan sahaja ibu-ibu tetapi juga si suami yang menjadi peyokong kuat kepada yang melahirkan anak.

Interaksi fizikal dan psikologi ini diburukkan lagi jika dengan masalah sosial seperti ibu-ibu tanpa suami, ibu remaja , masalah kewangan, masalah kekeluargaan dan lain-lain lagi.

POSTPARTUM BABY BLUES

Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Ia boleh berlaku dari 60%- 80% ibu-ibu yang melahirkan anak. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ke tiga hingga hari ke lima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang sepuluh hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sedia kala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza.

Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan. Kesukaran untuk tidur lena dan perubahan selera makan berlaku (kurang selera makan atau sebaliknya).

Mereka mudah merasa tertekan, cepat marah, risau dan mudah menangis atau sedih tanpa sebab yang jelas.Pakar berpendapat perubahan fizikal seperti perubahan hormon yang ketara, perubahan susuk badan seperti payu dara yang membengkak menyebabkan ketidaselesaan , tidak cukup tidur dan kekurangan tenaga berperanan sebagai salah satu penyebab postpartum blues .

Selain daripada itu faktor emosi seperti kurang sokongan daripada suami, fikiran risau dan bimbang sama ada mereka akan menjadi ibu yang baik, menyesuaikan diri dengan kehidupan baru and memikirkan tanggungjawab keibubapaan secara tidak langsung menyebabkan perubahan emosi ini. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi ini tidak perlu risau kerana ia hanyalah perubahan sementara. Tetapi jika ia bertambah buruk dan berpanjangan gangguan psikologi seperti kemurungan selepas bersalin mungkin berlaku.

Berikut adalah tips untuk membantu masalah ini.

1) Buat persediaan dengan mempelajari tanggungjawab sebagai ibubapa dari kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

2) Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami , ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika anda merasa tertekan.

3) Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.

4) Rehat yang cukup adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang

5) Beri masa untuk diri anda sendiri.

6) Diet dan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cergas.

KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM DEPRESSION)

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan daripada pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu-ibu yang melahirkan anak atau 10% hingga 20% daripada ibu-ibu ynag mengandung. Ia berlaku lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.

Ibu-ibu yang mengidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues. Secara psikologinya , ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin mengalami perasaan sedih yang berterusan sepanjang hari dalam jangkamasa yang panjang.

Mereka merasa kehidupan seharian tidak bahagia atau ceria lagi walaupun telah menimang cahaya mata. Mereka sering menangis dan merasa resah. Perasaan rasa tidak berguna, tidak bersemangat dan rasa bersalah menyelubungi kotak fikiran mereka. Mereka tidak dapat lagi menumpukan perhatian dan mudah lupa semasa melakukan kerja seharian. Selera makan berkurangan dan tidur yang tidak mencukupi. Gejala ini jika tidak dirawat boleh berterusan sehingga satu atau dua tahun dan bertukar menjadi psikosis selepas bersalin

PSIKOSIS SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM PSYCHOSIS)

Psikosis selepas bersalin atau Postpartum Psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan masalah psikosis paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasinya yang lebih mirip kepada masalah emosi dan prognosis yang lebih baik.Di kalangan seribu ibu-ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang daripada mereka (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin.

Ia biasanya bermula 3 hingga 5 hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran. Namun ada kajian mendapati ia boleh berlaku beberapa jam selepas bersalin. Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Namun terdapat percanggahan di kalangan pakar tentang tempoh ini.

Bulan awal kelahiran merupakan waktu yang kritikal dan ramai wanita yang mengidap psikosis selepas bersalin mengalami psikosis yang ketara pada waktu ini .Gejala psikosis selepas bersalin bermula dengan gagguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang, Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang mengidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosis yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu , bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka (50%) mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusion.

Mereka mempunyai kepercayaan yang karut tentang bayi yang baru dilahirkan. Ada di kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayi tersebut cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.

Terdapat juga pesakit yang mempunyai kepercayaan karut seperti mendakwa mereka tidak pernah mengandung, diri diperkosa, rahim mereka tercedera dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka ( 25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut malahan 4% daripada mereka cuba membunuh bayi (infanticide) mereka sendiri .Kadar bunuh diri di kalangan ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi sehingga mencecah 5%.Gejala psikosis selepas bersalin ini boleh berulang sehingga 25%-75% daripada mereka yang telah mendapat penyakit ini akan mendapat gejala tersebut pada kelahiran seterusnya. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik berbanding psikosis lain seperti schizophrenia.

FAKTOR RISIKO GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN

1) Mempunyai sejarah penyakit mental

Wanita yang pernah mengalami penyakit mental seperti bipolar disorder, depressive disorder atau psikosis selepas bersalin sebelumnya lebih berisiko .

2) Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai sakit mental

Lebih kurang 50% daripada ibu yang terlibat mempunyai sejarah keluarga dengan masalah emosi seperti kemurungan.

3) Melahirkan anak pertama ( Primaparity)

Wanita yang melahirkan anak buat pertama kali adalah dua kali ganda berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin. Mereka yang masih muda dan mentah mempunyai kurang pengalaman menghadapi stress dalam penjagaan anak, mengurus diri semasa berpantang dan tekanan kehidupan baru sebagai ibu.

4) Komplikasi semasa mengandung

Ibu yang mempunyai komplikasi semasa mengandung seperti perdarahan, kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin.

5) Komplikasi semasa melahirkan anak

Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan anak seperti kelahiran pramatang, kelahiran songsang (breech delivery), pembedahan caesarian, tali pusat terbelit, bayi yang lahir bermasalah seperti cacat atau kematian bayi dan sebagainya berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin

6) Masalah Sosial

Ibu yang mempunyai masalah sosial seperti ibu-ibu yang melahirkan anak tanpa berkahwin, ibu-ibu tunggal yang telah berpisah tanpa sokongan suami juga berisiko. Di samping itu masalah seperti kekurangan wang, pergaduhan suami isteri , pertelingkahan dengan mertua dan lain-lain masalah kehidupan meyebabkan ibu-ibu stress dan berisiko untuk psikosis selepas bersalin.

KESAN NEGATIF GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN

Ibubapa berperanan penting dalam mendidik anak dan bertindak sebagai perantara pertama antara kehidupan anak dengan alam sekeliling. Ia bermula dari dalam kandungan ,awal kelahiran dan sehinggalah anak membesar. Anak-anak belajar daripada interaksi yang berlaku antara ibubapa dengan mereka. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga bayi yang baru dilahirkan.

Berikut adalah antara kesan negatif tersebut:

1) Perkembangan bayi terbantut

Kajian menunjukkan gangguan psikologi ibu selepas bersalin boleh menyebabkan gangguan perkembangan kognitif seperti perkembangan IQ dan perkembangan bahasa atau pertuturan anak atau bayi yang dilahirkan

2) Perubahan tingkahlaku anak

Ibu yang mengalami kemurungan atau psikosis tidak dapat lagi memberi perhatian kepada anak yang baru di lahirkan. Jika masalah ini berlanjutan gangguan tingkahlaku anak juga akan berlaku. Ia lebih ketara di kalangan ibu-ibu yang mendapat penyakit ynag berulang.

3) Kes bunuh diri dan membunuh anak (infanticide)

Di peringkat yang teruk 5% daripada ibu yang mengalami gangguan mental ini boleh membunuh diri sendiri dan 4% daripada mereka membunuh anak yang dilahirkan. Kebanyakannya adalah disebabkan gangguan psikosis yang dialami.

4) Kualiti kehidupan dan aktiviti seharian ibu, anak dan keluarga terjejas

Disebabkan gejala kemurungan dan psikosis ini kualiti kehidupan dan aktiviti seharian bukan sahaja pesakit yang terlibat tetapi juga anak dan keluarga juga terjejas. Kebahagiaan yang digambar dengan kelahiran anak bertukar menjadi huru hara.

RAWATAN

Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius . Implikasi terhadap pesakit dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan baik. Ia tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.

Langkah pencegahan

1) Dapatkan keluarga yang memahami, membantu anda dan persekitaran yang tenang semasa mengandung dan selepas bersalin.

2) Sebagai langkah awal sebelum ia berlaku, wanita yang telah pernah mengidap penyakit ini perlu mendapat rawatan daripada pakar psikiatri. Laporkan kepada bidan yang bertugas di klinik antenatal bahawa anda pernah mengalami kemurungan , psikosis selepas bersalin atau gangguan mental yang lain.

3) Pakar psikiatri mungkin perlu memulakan ubat-ubatan yang selamat sebagai langkah pencegahan kepada pesakit yang telah mempunyai sejarah penyakit mental.

Sokongan Keluarga

1) Keluarga terutama suami perlu memberi sokongan kepada ibu-ibu yang berisiko dan mereka yang mengalami psikosis selepas bersalin.

2) Elakkan percanggahan pendapat , pergaduhan dan sebagainya yang boleh meningkatkan stress pesakit.

3) Bantu pesakit menguruskan diri semasa berpantang.

4) Fahami masalah psikologi selepas bersalin

5) Membantu penjagaan bayi yang baru dilahirkan jika didapati pesakit tidak mampu dan membahayakan

Rawatan Kepakaran

1) Pesakit perlu dimasukkan di hospital jika tiada sokongan keluarga dan didapati merbahaya kepada diri sendiri atau bayi dan orang sekeliling.

2) Perbincangan dengan pakar psikiatri untuk memulakan ubat-ubatan seperti ubat untuk psikosis dan kemurungan. Berbincang juga mengenai kebaikan dan komplikasi ubat-ubatan tersebut. Terdapat juga alternatif lain seperti rawatan elektrokonvulsif jika ia dirasakan perlu.

3) Bayi boleh diberi penyusuan jika pesakit tidak merbahaya dan ubat-ubatan tidak memberi komplikasi serius kepada bayi yang disusui. Perbincangan dengan pakar amat penting.

4) Perbincangan dengan pakar psikologi untuk menangani masalah sosial yang dihadapi oleh pesakit, keluarga dan cara-cara menguruskan stress.



Saturday, June 18, 2011

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu

SUMBER : PA & MA 

- Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara

- Jangan berikan putting kosong kepada bayi dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru putting sekaligus mengurangkan kekerapannya melakukan penyusuan secara langsung.

- Galakkan bayi menyusu sekerap yang mungkin. LEBIH KERAP ANDA MENYUSUKAN BAYI, LEBIH BANYAK SUSU DAPAT DIHASILKAN. --> Ingat kata2 ini ye..^_^

- Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi

- Susukan bayi dengan kedua2 belah payu dara. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payu dara sahaja. Hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama2 stabil.

- Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.

- Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempuyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan sessi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama2 sedang melalui proses pembelajaran tentang PENYUSUAN SUSU IBU.

Dari segi pemakanan plak, kawan2 boleh lihat entri Makanan2 yang dapat menambahkan susu ibu. Manakala dari segi teknik pengeluaran susu atau mengepam, kawan2 juga boleh belajar mengenai Teknik2 pam yang dapat meningkatkan pengeluaran susu..
Akhir kata, jangan mudah berputus asa.. Sebagai seorang ibu, kita usahakan setakat yang kita mampu berikan pada anak kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hayatilah perjalanan penyusuan susu ibu terhadap anak anda secara tenang di mana apabila ianya berakhir, ianya akan memberikan satu memori terindah dalam diri anda dan juga anak anda….

Wednesday, June 01, 2011

Persediaan Menyusu ketika Berpuasa

Ok, apa persediaan awal yang ibu2 boleh buat untuk menghadapi bulan puasa di kala ibu2 masih lagi menyusu ??

- Lengkapkan diri dahulu dengan membaca artikel2 mengenai Hukum Berpuasa dan Penyusuan susu ibu serta motivasikan diri dengan membaca kisah2 kawan2 atau rakan2 blogger yang menyusu serta mengerjakan puasa. Jangan jadikan alasan anda tidak berpuasa kerana menyusu anak walaupun sebenarnya ianya dibenarkan (tetapi ada syarat2 terterntu) , sekurang2nya cubalah dulu berpuasa walaupun anda menyusu anak..

- Sekiranya anda tidak mempunyai bekalan stok ebm atau rasa2 macam kurang je stok ebm ketika ini, apa kata mulai hari ini dan saat ini, tanamkan niat n cuba buat stok dari sekarang..at least, ibu2 ada masa sekurang2nya 2 bulan awal sebagai persediaan.. sedikit tips dari ayu ketika mengumpul stok satu masa dahulu…sekiranya hasil perahan anda cukup2 je untuk keesokkan hari, maka hasil perahan pada hari jumaat dijadikan stok TETAPI dengan syarat hari sabtu n hari ahad, jangan plak lupa untuk mengepam untuk dijadikan bekalan pada hari isnin plak ye.. perlu ke stok ni ?? bagi ayu memang perlu la.. kita harus bersedia dari sekarang supaya ianya akan menyenangkan kita pada masanya tiba… yang ni PRAKTIKAL pada ibu2 yang mempunyai baby 1 tahun ke bawah ..Kalau baby yang dah 1 tahun ke atas, susu bukan lah satu keperluan lagi, maka ibu2 haruslah kenalkan sedikit demi sedikit makanan seimbang yang berkhasiat untuk anak..susu ibu itu hanyalah untuk melengkapi makanan seimbang itu sahaja..

- Boleh juga untuk cuba praktis puasa dahulu sebelum tibanya bulan ramadhan.. bagi ayu memang berbeza seseorang yang tidak menyusu berpuasa dengan seseorang yang menyusu berpuasa..sebab bila menyusu , bagi ibu2 yang berkejaya, maka mereka kenalah pam kan..so, time tu air sudah dikeluarkan dari badan kita.. maka, badan kita akan alami penat, letih dan dahaga.. apakah cara untuk mengekalkan tenaga ketika berpuasa ?? tak lain tak bukan ialah dengan amalkan makan buah2an yang mengandungi air, dan juga buah kurma ..larat tak korang makan kurma 7-8 kali sehari ?? kalau tak larat, sila la mencupa ICE BLENDED KURMA..tak nak buat ais, buat suam pun ok….minum sebelum tidur ataupun ketika bersahur..

- Yang penting, mind setting kena betul..jangan terlalu fikir yang susu akan kurang ketika berpuasa…dan jangan sesekali TIDAK BERSAHUR.. at least makan la sedikit kalau rasa tak lalu sangat pun…

Tuesday, May 03, 2011

::Nak Berdiet tapi Menyusu ??::

Sumber : Mamazana

Elakkan penurunan berat badan yang cepat

Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya akan kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

Gantikan makanan , bukannya elakkan terus

Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

Minum banyak air

Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360KJ sehari.

Banyakkan pergerakan

Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara auntuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda dan suami juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit tup sambil menonton tv.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 19 minit , 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting , displinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walaupun sebelum tidut untuk melakukan aktiviti fizikal.

Mulakan Sedikit Demi Sedikit

Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

Jangan terlebih makan

Pernah dengar ke sunnah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan - lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya

Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan ada dengan sesuatu yang berkhasiat .

Kesan jangka masa panjang

Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

Fokus pada sihat , bukannya kurus

Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapi pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

Atasi tekanan emosi

Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda dan suami anda supaya tekanan anda diatasi

Motiasi

Sokongan dan motivasi dari suami merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada suami tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietatik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat.

Selamat Maju Jaya dan ingat walaupun anda sudah melahirkan anak, ini bukannya pasport untuk anda supaya tidak menjaga badan dan tidak kelihatan menarik. Anda perlu maintain.... untuk kebahagian anda berdua..