Followers

HITS

Friday, December 10, 2010

PETUA UNTUK ANAK SERING DEMAM MALAM

Petikan daripada:

Re: [sim] MINTA PETUA : Anak sering demam malam


Assalammualaikum...

Sekadar berkongsi pengalaman membesarkan
7 permata menangani anak2 anak yang sakit
walaupun sekadar demam sangat memberi impak kepada saya..
terutama anak-anak dibawah umur 3 tahun

perhatian adalah sangat-sangat
perlu pada usia begini..

Demam anak-anak panas diwaktu malam
sangatlah kena berjaga-jaga!!!
- Cuba rendamkan kaki anak dalam air
( bemula bawah kaki, naik keatas lutut

biarkan beberapa minit hingga panasnya
reda
JANGAN KESELURUHAN BADAN
kerana rendaman tadi akan mengeluarkan
haba panas melalui belakang badan anak
(pastikan belakang badannya tak dibasahi air)
sekadar muka kepala sahaja.

- Gunakan cool fever didahi n belakang badannya
- Air asam jawa juga dapat membantu caranya lumurkan pada kepala anak
- Selain ubatan moden dapatkan juga rawatan tradisional
seperti air penawar daripada yang pakar
Saya bukanlah seorang pakar kanak-kanak tapi

naluri keibuan saya mengatakan
apabila anak-anak kecil sakit " ubat"
yang paling mujarab ialah belaian,
perhatian n kasih sayang..

( disamping ubat tentunya)
walaupun kedengarannya sangat mudah

tapi tanpa semangat yang kental amat susah
untuk dilaksanakan!

Pada usia yang sepatutnya mereka aktif

tiba-tiba mereka rasa tak selesa nak
meluahkan mereka sendiri belum
mengerti apa yang menimpa diri mereka....

maka tulah fungsi kita membelai
n beri penuh perhatian akan
mengurangkan rasa ketidakselesaan

diri mereka n dengan tu mereka akan rasa
sangat selesa n tenang dengan belaian kita....

Dan jika Allah lebih sayangkan mereka
dengan memanggil

hambaNya menemuiNya....
bukankah kita ada

kenangan Yang Terindah Bersama Anak tu!....
Dan jika Allah masih mengizinkan kita
menjaga permata kita itu lagi...

Bukakankah itu Hadiah yang Terindah
melihat anak-anak sihat semula......

Dakapan dan ciuman untuk anak-anak
yang sakit adalah proses

penyembuhan yang
mujarab sekali.....
Apatah lagi dalam pada kita
mendakap anak-anak yang sakit

selawat n doa untuk
kesejahteraan anak-anak
boleh kita tiupkan pada

ubun-ubun anak-anak kita........


Saya ada terima forward message

dari seorang kawan antara lain kandungannya:

Ciumlah anakmu kerana pahala
setiap ciuman itu dibalas
dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan,
tiada masuk ke dalamnya

melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.


Seorang lelaki bertanya;

"Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu,

ibubapa berhak
terhadap dirimu dan

anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

13 comments:

amirah said...

memang berguna tips ni.Ada yg dah cuba buat waktu Ahmad demam panas teruk haritu. Bertambah teruk sebab tak membuang 5 hari. Bayangkan. Jadi akhirnya pergi klinik masukkan ubat.Dan paling terharu Zali yg berjaga waktu malam.Dia tak tido langsung sebab risau panas anak naik tiba2.

ayu said...

ami : ayu pun ada gak buat mcm tu..mmg berkesan, cepat sikit dapat turunkan suhu..demam2 ni, risau juga...

mimi said...

Amin. Cepat2 sembuh ye anak2 tu.:)

LyNn HaMzAh said...

moga anak ayu cepat sembuh...tq yer ayu share info nie...

ashra said...

tips yang bagus..rendam kaki anak demam.tak ter pk pun..slalu tampal kewl fever kat dahi n belakang bdn..

sebak la baca,ayat2 syahdu tu.mmg kalu anak sakit,kesabaran kita adakalanya teruji.kita ni pun baru sorang.kalu dua2 sakit serentak..mmg kita pun kena kumpul kekuatan kan jaga anak2 ni.moga sentiasa dimudahkan dan tetap melimpahkan kasih syg wat anak2.amin..

ayu said...

mimi : thanks..alhamdulillah, dah makin beransur demam diaorg...


lynn : thanks ye doakan anak2 ayu...


ash : tu la pasal..ayu pun selalu guna tuala basah je n lap2 kepala diaorg, n tak berapa tau sangat sebenarnya apa2 kena mulakan dengan kaki dulu...betul tu ash..bila anak2 sakit ni, kena banyak bersabaw...huhu

Hana Seman said...

Hasben dulu kerja kat emergency.. so tips dia kalau suhu badan anak tinggi, wajib kena mandikan.. kalau ikut orang tua2 tak bagi, tapi itu yang kena buat.

Mandi kena start dari kaki.. jirus bahagian kaki tu lama sikit, kemudian naik peha, badan dan baru kepala.
Jangan start dari kepala sebab takut berlaku perubahan suhu mendadak.

wannorashikin said...

Ayu,

Moga hariz dan Danial cepat sihat yea.

Elok juga petua rendam air tu ye. Ada orang kata buat rendaman air bunga raya dan letak di kepala.

Tapi wan tak pernah buat, sebab kat rumah tak ada bunga raya dan dok apartmen, so susah nak tanam bunga.

ayu said...

hana : thanks hana..ayu dulu tak tau juga petua ni..pagi ni badan danial panas lagi, so awal2 pagi dah rendamkan kaki dia..lepas tu bila dah lama je, dia pun suka main air..mmm..terus mandikan dia..baru la danial boleh tidur dengan lena sikit..semalam seharian tak boleh nak tidur sangat sbb dia merengek2 je..panas time malam je..



wan : thanks wan..hariz macam dah ok, tapi danial la ada lagi sikit2demam lagi ni...badan pun panas tapi malam je la...ayu pun sama tak pernah try lagi bunga raya tu..

:: noremy anak rahmat :: said...

blogwalking + follow...

mehla jenguk blog comey nor..
exchange link..

(^_^)

ayu said...

salam nor,

thanks sudi follow..nnt ayu bw blog nor ye..

Ani said...

untuk mencegah..cuba try nutriferon..berkesan untuk kanak-kanak atau bayi..
http://shakefood4u.blogspot.com/2013/10/anak-selalu-demam-atasinya-dengan.html

ayu said...

tq