Followers

HITS

Friday, December 03, 2010

::PANDUAN UNTUK PARA IBU YG MAHU BF BABY::

Permulaan untuk menyusukan bayi

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut) . Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh. Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut). Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).
Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara. Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan. Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi. Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed. Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan


6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan. Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja. Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye

SELEPAS KELAHIRAN
1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja. Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA
1)Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.

7 comments:

LyNn HaMzAh said...

tq di atas info ini...minta izin utk copy dan letak dalam blog lynn...utk jadikan refence kepada blogger lain juga...

kuntumz said...

ayu..good info utk org2 yg mcm aku nii...
insyaallah aku akan praktikkan nti...nk berguru juga dgn ko tau...

ayu said...

lynn : ur welcome..sharing is caring... its ok..^_^



jia : hehe..insyaallah..boleh je nanti...mana2 yg aku tau, kita sama2 usahakan ye..

ashra said...

bgs gak ayu ulang2 info,sbb senang nak recall apa perlu wat n takkkan..
entry ayu yang menyentuh jiwa tu,emm..tatau nak komen pe..

lain ibu lain persepsi dan cara..tak semua cekal hati nak fully bf.
but trying is better than nothing kan..

takpe..ayu jgn frust2.let them be what they want to be. =)

ayu said...

hehe..ash, info ni dari kawan ayu..memang menarik sbb lengkap..tak pe la ash, pasal entri itu,ayu juz let go je la... tak nak rungsing2 dah fikirkan hal sebegitu...^_^

wannorashikin said...

Ayu,

Thaz sebab copy di blog Ayu ye.

ayu said...

wan : ur welcome wan..suka info2 sebegini, mudah utk kawan2 yg baru nak kenal apa itu PSI (penyusuan susu ibu)