click...click...

HITS

Followers

Tuesday, December 28, 2010

~Antara Skil "Bunuh Diri" dalam Penyusuan Susu Ibu~

Artikel ini memang menarik khasnya untuk para ibu yang menyusukan anak..sama2 kita renungkan apa yang cuba disampaikan oleh Puan Nora Herni.
oleh Nora Herni Abdul Rahim (salah seorang MBFPC)

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."

Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?

Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.

Guna Botol vs Secara Terus

Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:

Bayi dalam pantang: 2 oz
Bayi 3-4 bulan: 3oz
bayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.

Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.

Perspektif Saiz Bayi

Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."

Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)

Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

9 comments:

amirah said...

Ahmad pulak ikut mood. Kadang-kadang tak mau menyusu. Kadang-kadang nk minum byk. Tapi cukupla jugak walaupun amie pam kat opis 4 kali tapi sekali cuma dapat 2 oz je. Bagi dia minum macam-macam jugak

Nurul said...

Ayu...amat suka dengan explanation ini...memang dlm pergaulan seharian ..kita tak lepas dari pendapat2 bijak sebegini.

Sebagai ibu yg menyusu..percaya atau tidak..kita mmg kener kuat mental (untuk menepis segala pendapat rakan2, famili..) dan fizikal..(pengorbanan seorang ibu melebihi segalanya) ...

Anyway..kawan2 menegur kerana dorang sayang kita..tapi kita lah kener bijak memikir demi anak2 kita jugak ^__^

mimi said...

Ayu, thanks for sharing.

"Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya."-Suke ayat ni.:)

bunga_ros said...

Tima kasih Ayu kongsi cite ni.. Byk pengajarannya.. ^_^

LyNn HaMzAh said...

lagi info yang bagus utk mommy yang baru nak BF baby macam lynn nie...tq yer ayu...

ayu said...

ami : tak pe ami, ahmad pun dah 1 thn kan..lps ni pelbagaikan makanan yg seimbang utk ahmad..susu still juga diperlukan utk pelengkap kepada makanan seimbang tersebut...^_^






Nurul : betul kata nurul..bila kita mempunyai niat utk menyusukan anak, ada kalanya tak semua org akan menyokong kita..maka, kat sini, fizikal n mental kita kena kuat utk hadapi benda2 mcm tu.. dan satu lagi, jgn sesekali kita memandang rendah pada ibu yg tidak mampu utk menyusukan anak ...mungkin kita boleh bg panduan atau share pengalaman2 kita utk mereka mencuba utk anak2 seterusnya.. ^_^




mimi : ur welcome, sharing is caring...ayu juga setuju ngan kata2 tersebut...^_^



Bunga_ros : ur welcome...sama2 kita berusaha ye..



lynn : ur welcome lynn..insyaallah, lynn juga boleh melakukannya....caiyok2..^_^

~n0rliza 0thman~ said...

artikel ni bagus. kadang2 kita takutkan diri kita untuk benda yang takde bukti saintifik pun =D

aliff dah 1tahun 3bulan memang setakat minum 3-3.5oz per session, 3-4 kali waktu siang.

tapi aliff lebih suka makan dari menyusu sekarang ni..takpe ke ehh?

hasnolleilla said...

makin berkobar2 pulak rasa nk mengepam pas baca entry ni..tq k.ayu..

hani dh start buat power pumping,dpt 2 oz alhamdulillah..rezki buat Ainuddin...=)gambar ade dlm blog..thnks 2 k.ayu jugak,hani byk baca dlm blog k.ayu =)

ayu said...

liza : apa yg ayu baca, bila baby dah berusia 1 thn ke atas, makanan seimbang yg patut diutamakan n susu ni hanyalah pelengkap..so, maknanya susu bukanlah satu keutamaan bagi bayi yg berusia 1 thn ke atas..so, liza jgn risau ye.. asalkan alif makan makanan seimbang , susu 3-4kali tu mmg dah mencukupi...


hani : alhamdulillah..banyak tu hani...teruskan usaha ye.. akak ada masuk blog hani, tapi tak leh nak komen la..huhu..tak tau apsal..