click...click...

HITS

Followers

Tuesday, December 28, 2010

~Antara Skil "Bunuh Diri" dalam Penyusuan Susu Ibu~

Artikel ini memang menarik khasnya untuk para ibu yang menyusukan anak..sama2 kita renungkan apa yang cuba disampaikan oleh Puan Nora Herni.
oleh Nora Herni Abdul Rahim (salah seorang MBFPC)

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."

Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?

Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.

Guna Botol vs Secara Terus

Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:

Bayi dalam pantang: 2 oz
Bayi 3-4 bulan: 3oz
bayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.

Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.

Perspektif Saiz Bayi

Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."

Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)

Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

Friday, December 10, 2010

PETUA UNTUK ANAK SERING DEMAM MALAM

Petikan daripada:

Re: [sim] MINTA PETUA : Anak sering demam malam


Assalammualaikum...

Sekadar berkongsi pengalaman membesarkan
7 permata menangani anak2 anak yang sakit
walaupun sekadar demam sangat memberi impak kepada saya..
terutama anak-anak dibawah umur 3 tahun

perhatian adalah sangat-sangat
perlu pada usia begini..

Demam anak-anak panas diwaktu malam
sangatlah kena berjaga-jaga!!!
- Cuba rendamkan kaki anak dalam air
( bemula bawah kaki, naik keatas lutut

biarkan beberapa minit hingga panasnya
reda
JANGAN KESELURUHAN BADAN
kerana rendaman tadi akan mengeluarkan
haba panas melalui belakang badan anak
(pastikan belakang badannya tak dibasahi air)
sekadar muka kepala sahaja.

- Gunakan cool fever didahi n belakang badannya
- Air asam jawa juga dapat membantu caranya lumurkan pada kepala anak
- Selain ubatan moden dapatkan juga rawatan tradisional
seperti air penawar daripada yang pakar
Saya bukanlah seorang pakar kanak-kanak tapi

naluri keibuan saya mengatakan
apabila anak-anak kecil sakit " ubat"
yang paling mujarab ialah belaian,
perhatian n kasih sayang..

( disamping ubat tentunya)
walaupun kedengarannya sangat mudah

tapi tanpa semangat yang kental amat susah
untuk dilaksanakan!

Pada usia yang sepatutnya mereka aktif

tiba-tiba mereka rasa tak selesa nak
meluahkan mereka sendiri belum
mengerti apa yang menimpa diri mereka....

maka tulah fungsi kita membelai
n beri penuh perhatian akan
mengurangkan rasa ketidakselesaan

diri mereka n dengan tu mereka akan rasa
sangat selesa n tenang dengan belaian kita....

Dan jika Allah lebih sayangkan mereka
dengan memanggil

hambaNya menemuiNya....
bukankah kita ada

kenangan Yang Terindah Bersama Anak tu!....
Dan jika Allah masih mengizinkan kita
menjaga permata kita itu lagi...

Bukakankah itu Hadiah yang Terindah
melihat anak-anak sihat semula......

Dakapan dan ciuman untuk anak-anak
yang sakit adalah proses

penyembuhan yang
mujarab sekali.....
Apatah lagi dalam pada kita
mendakap anak-anak yang sakit

selawat n doa untuk
kesejahteraan anak-anak
boleh kita tiupkan pada

ubun-ubun anak-anak kita........


Saya ada terima forward message

dari seorang kawan antara lain kandungannya:

Ciumlah anakmu kerana pahala
setiap ciuman itu dibalas
dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan,
tiada masuk ke dalamnya

melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.


Seorang lelaki bertanya;

"Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu,

ibubapa berhak
terhadap dirimu dan

anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

Friday, December 03, 2010

::PANDUAN UNTUK PARA IBU YG MAHU BF BABY::

Permulaan untuk menyusukan bayi

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut) . Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh. Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut). Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).
Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara. Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan. Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi. Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed. Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan


6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan. Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja. Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye

SELEPAS KELAHIRAN
1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja. Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA
1)Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.