Followers

HITS

Thursday, November 25, 2010

::Caj Rawatan DI Hospital Swasta Terlalu Mahal??::




Ramai akui bil rawatan, ubat hospital swasta mahal, melampau

KUALA LUMPUR: Orang ramai mengakui kadar caj rawatan dan ubat-ubatan yang dikenakan hospital swasta mahal, tidak munasabah dan melampau walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak jauh berbeza dengan hospital kerajaan.

Ini berdasarkan pengalaman mereka selepas mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan di hospital swasta dan menganggap tindakan operator hospital swasta itu membebankan pesakit.
Beberapa pembaca Berita Harian juga berpendapat ada hospital swasta mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi jenama hospital dan doktor pakar yang bertugas di hospital berkenaan untuk mengenakan kadar caj yang tinggi kepada pesakit. Justeru, mereka meminta kerajaan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini, termasuk memantau dan mengawal kadar caj serta kos perubatan yang dikenakan hospital swasta kepada pesakit.

Seorang pembaca dalam komennya menerusi laman web Berita Harian Online (www.bharian.com.my) semalam, menggesa Kementerian Kesihatan memantau operator hospital swasta yang `menjaja status pakar dengan tujuan menarik pesakit mendapatkan rawatan dan dikenakan caj yang mahal.

Hospital swasta kerap menggunakan status pakar untuk menaikkan caj perubatan, walhal doktor yang merawat adalah doktor sambilan dari hospital kerajaan. Saya harap kerajaan benar-benar serius kerana orang ramai memilih hospital swasta bukan kerana mereka ada duit banyak, tetapi mahukan keselesaan, cepat dan perkhidmatan berkualiti, kata pembaca yang menggunakan nama Ali Abi Talib.

Doreyfien Yohanes pula menyokong jika kerajaan mengambil tindakan terhadap hospital swasta yang menjual ubat tidak diperlukan pesakit kerana ia menyebabkan kos yang perlu dibayar pesakit meningkat.
Pembaca yang menggelarkan dirinya Pak Cik Din pula berkata, kementerian perlu memantau
hospital swasta terutama pemberian ubat kerana pesakit biasanya tidak mengetahui jenis ubat yang mereka perlukan untuk rawatan penyakit yang dihidapi.

Apa yang diberi hospital itulah yang diambil. Harga ubat dan kos rawatan pun pesakit tidak tahu. Mereka terpaksa melunaskan bil yang dikenakan hospital swasta, katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai berpendapat tidak semua pesakit mampu menampung caj hospital swasta, namun tidak mempunyai pilihan kerana tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Mereka mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana lebih mementingkan kualiti perkhidmatan berikutan sukar memperoleh perkhidmatan rawatan dalam kadar segera di hospital kerajaan.

Pesara, Murtapiah Ahmad Subari, 60, berkata beliau menghantar ahli keluarganya menjalani rawatan di hospital swasta kerana tidak mahu menunggu giliran terlalu lama di hospital kerajaan.

Tidak semua pesakit mampu menampung caj hospital swasta, namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, katanya.

Bagaimanapun, pekerja swasta, Mohd Hasrul Hamidan, 23, berpendapat tidak salah mendapatkan rawatan di hospital swasta jika mempunyai sumber kewangan atau berpendapatan tinggi.

Caj perkhidmatan rawatan di hospital swasta walaupun mahal tetapi setimpal dengan mutu rawatan yang diberikan. Persepsi gagal membayar caj yang dikenakan tidak wajar kerana pesakit dibenarkan berunding dan berhak mengemukakan pertanyaan mengenai jumlah yang dimaklumkan doktor sebelum menjalani rawatan di mana-mana hospital swasta, katanya.

15 comments:

Mummy AwwalHariz said...

mmmm maybe caller tu tak tau yg kalau emergency case mmg charge akan jadi bertambah...
my case, sbb dah tau can't deliver normal, saya pilih elective c-sec, so kat situ dah boleh save sket la.. tapi charge doc pakar kat private mmg mahal... 3 pakar kita nak kena byr (gynae, paed and anasthetic).. cari bil bersalin dulu tak jumpa plak...
hariz dulu almost 7K.. awwal plak almost 11K.. mahalnya anak² mummy.. hehe.. btw, thanx to company yg bear all the cost..
ayu, kita tag awak utk satu award.. do check ya..

wannorashikin said...

Ayu,

Private hospital ni memang mahal. Boleh try ambik insuran yang ada medical card, so boleh cover untuk rawatan.

p/s: Wan ni kira nasib baik sebab keje di PBT yang ada medical card dan cover kos bersalin tapi RM 2000 but oklah tu kan.

kuntumz said...

ikutlah kemampuan masing..klo nk selesa smpi berhutang2 tu lgilah menambah penyakit kan??
tpi ambik insurans tu mmg2 pntg..

Mummy AwwalHariz said...

ayu.. nak tambah info.. kalau kita bersalin tgh malam ke, hari sabtu, hari ahad, public holiday ke mmg rate lain... mcm time awwal, kitaorg pilih nak deliver masa cuti awwal muharam so cost nurse semua double sbb public holiday.. ok, tu je nak inform.. so semua tu patient kena ambil kira... thanx follow.. saya follow ayu gak..

ayu said...

Niza : klu c-zer kat private hospital, berganda2 mahal kan..huhu....tak sangka la plak kalau bersalin hari2 cuti awam pun dikira macam tu..thanks for the info...

btw, ayu dah ambil award tu..nnt ayu buat entri award tu ye..tqvm ^_^


wan : untungnya wan, tempat kerja cover..huhu..ayu mmg tak cover pun..suami pun sama..cuma suami ayu boleh guna apa tah bendanya (GL kut) kalau nak bersalin kat GH, nnt dapat free...tapi, setakat ni tak guna lagi la..ayu mmg ada insurans utk kesihatan ^_^



jia : betul tu jia..seriau kan..better la jgn sampai kena berhutang...huhu..teringat hutang, teringat PTPTN..waaaaaaa...bila la nak hbs bayor ni..

puterihannan said...

hubby dh tolak ke tepi option bersalin kat spital swasta.. tak mampu... :D

a.z.n.e.e said...

bagus jugak isu ni ditimbulkan.. mgkn akan ada rombakan atau pemantauan yg akan menguntungkan kita sbg pengguna..

aku mmg prefer private walaupun ongkos cukup2 makan jer.. tp mmg sgt2 puas hati dan dilayan dgn selesa.. tambah plk boleh pilih doc mana yg kita nk untuk rawat kita..

bila tgk semua caj dan mcm2 citer yg berlaku di gov vs private.. mmg rs mcm nk jadi orang kaya.. kumpul duit byk2... sbb aku mmg penakut!! takut fobia etc.. huhuhu

ashra said...

btul ckp ayu..samalah kita.kita pun blum sedia nak bersalin fully gomen wpun tau,gomen pun not bad gak..nasib2 kan.kdg tu bukan pe,nak keselesaan masa sakit n pas bersalin.
ada pro n cons antara private n gomen ni.
kdg2 tu,mmg rezki masing2 la.yang dapat ok,ok gak tak kira la gomen o private.tak ok,tak ok gak.

bayaran mmg mahal lakan..tp,btul gak,cth terdekat,kalu ngandung,KK bagi berbijik2 pil..sdgkan private simplifykan ubat dgn obimin je.ubat tu yg mahal.kalu KK,mana nak wat scan kalu takder masalah..tp,private,pantau kita btul2..scan tu antara yg penting nak tgk perkembangan baby.

so far,(tuk kitala),dgn private,kita dapat layanan yg puas ati.bila ke gomen,ada je rasa tak puas ati terutama dr doctor sendiri.
tp,sok2 kalu takdir dgn gomen,tetap terima terbuka.gomen pun ada kebaikannya yg mgkn blum kita rasa.

Siti @ nurie said...

salam kenal....

ct dah pernah kene kes cm ni...

anak 1st bersalin kt private:_
- kes:
* kat labour room 8 jam,,,..induce smpai 3 kali..x kuar gak..c-zer emergency....- caj kene rm 7k

anak 2nd (bersln tmpt sama):-
-kes:
* terus c-zer sbb doc kata mmg x leh bersalin normal...tp sbb c-zer hari sabtu dan lpas kul 12 tghari, kira caj ot...- caj kene rm5k....adeh...

Ainul said...

ainul czer kt private kena rm6500.company cover 4k.so yg lebih tu top up sendiri la.yg penting ikut la kemampuan.kalo guna kad kredit pun make sure la kita mampu byr blk.gomen @private sama je tp private ni lebih privacy.

ayu said...

fatin : tak pe fatin, kita kena ikut kemampuan diri kan....^_^


jonny : aku pun bila baca paper, ada ramai yg minta cadangan supaya isu ni diteliti semula oleh pihak kerajaan..memang la ada GH untuk rakyat, tapi kalau dah kadang kala servis pun tak berapa memuaskan macam mana la tak ramai yg lari ke private kan...tapi, tak boleh salah juga dgn GH sebb tak dinafikan GH dah memang byk penambahbaikan..^_^ jonny, aku pun nak kumpul duit banyak2 gak...hehe....



ash : memang ikut nasih ash..kadangkala ada yg ok n ada yg tak ok..huhu...harap2 time kita tu kena tang yg ok la kan..hehe..


siti : salam kenal juga..kalau dengar c-zer kat private hospital ni memang agak menakutkan bila tengok caj2 yang dikenakan..huhu...



ainul : yup, kalau company boleh support apa salahnya kan...

akma said...

saye bersalin kat gomen hosp sg buloh nak tau charge berapa?? Rm 50 ++ je. murah kan? Kan? Kan? Saye pun terkejut tgk bil tu. Alhamdulillah yang sambut tu doc pompuan.

Mase nak bersalin tu pun tak berapa susah, doc & nurse kat sane pun baik2 yang penting hospital tu rakan bayi. MEnyokong penuh penyusuan susu ibu.

Ok jugak bersalin kat gomen ni sebab murah, so duit boleh simpan untuk pendidikan anak2..

ayu said...

akma : sangat beruntung lorrr...ikut nasib sebenarnya kan..kalau dapat doc perempuan tu, mmg kira bonus la...btw, hospital kerajaan mmg hospital rakan bayi...^_^

ibudhani said...

ayu, leni pasni dh terbuka ati nk bsalin kt sptal gomen nk2 yg support PSI...

ayu said...

leni : oo..ye ke..alhamdulillah...meh kita sama2 try kat gomen nak tak...hehehe..