HITS

Followers

Tuesday, August 17, 2010

:::TEKNIK MARMET @ perah dengan menggunakan tangan:::

SUMBER : kak NIEZA


Memerah dengan tangan
  1. memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari 1-3 selepas kelahiran

  2. basuh tangan dengan bersih sebelum memerah

  3. sediakan bekas yang bersih dan steril

  4. lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa

  5. boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

  6. buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)

  7. melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks

  8. tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu

  9. buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)

  10. tekan payudara ke belakang ke arah dada

  11. perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan

  12. teruskan memicit sehingga susu keluar

  13. perah ke dalam bekas yang bersih dan steril

  14. buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar

  15. tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)

  16. ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu

  17. tukar ke payudara yang satu lagi

  18. urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi

  19. perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir

  20. setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
BILA BOLEH GUNA TEKNIK MARMET
  • ketika awal2 kelahiran bayi (ayu dulu mula2 perah dgn tangan juga..lepas dah lama2 sikit baru la guna breastpump)
  • ketika terlupa membawa aksesori breastpump di pejabat (cth:breastshield utk Spectra3) ----> tak perlu risau, boleh perah dengan tangan
  • ketika mengalami kelukaan (cth : macam diri ayu sekarang ni, mmg guna tangan je since bila guna bp ni lagi memburukkan keadaan ----> lagipun senang sikit, pergi ke ofis tak perlu la usung dah beg S3 ni, bawa handbag + cooler bag je)
  • ketika keluar kemana2 tanpa membawa bayi (cth : ketika pergi shopping tak bawa baby, mcm baru2 ni pergi sogo members day, juz bawa botol + nursing cover je, cooler beg mmg letak dalam kereta...time solat boleh perah & hasil perahan tu simpan dalam botol yang boleh tahan dengan suhu luar bilik selama 4 jam ye kawan2 sekalian...)

9 comments:

ashra said...

penah gak try,tapi,tak jadi..ni da tau teknik,sok2 le ar ikut.thanks ayu

ayu said...

ash : tak pe , kena take time sikit...ur welcome..satu lg, kena praktis selalu...

amirah said...

aritu amie dah cuba tgk video teknik ni..tapi tak penah buat pun

yangyuyu said...

dah belajar kat sepital last weekk..tapi kalau dah ada pam, mesti malas nak guna tangan kan...hehe

umialya said...

cara ni senang dipraktikkn cuma bagi ibu2 baru, mereka kena ambik masa ntk memahirkannya.

Hana Seman said...

Ayu, Hana prefer perah dengan tangan time free.
Experience hana, perah dengan tangan lebih satisfied dan paling berkesan nak kosongkan breast.

Dan feeling bila dengar susu memancut masuk dalam botol tu best sangat, tak seperti time guna pam.

ayu said...

ami : ayu dah bg guide kat sini, maybe ami boleh try juga ke..teknik ni kena belajar juga, kut2 la terjadi apa2 ke kan..^_^


ummi : hehe..mmg kalau ada pam, better guna pam je, lagi2 double pumping..cuma tu la..utk awal2 kelahiran baby ni, aku mmg suggest guna tangan dulu utk memerah selain dari hisapan bayi la kan.. ^___^


kak tini : betul tu akak..ayu sokong sgt..ingat lagi masa dlm pantang, dekat 2 minggu gak la perah ngan tgn sbb bila guna pam mcm tak berhasil sgt..^__^



hana : yeah..ayu pun setuju pendapat hana..feel memerah guna tangan compare ngan pam mmg lain kan...tp, kena ambil masa juga la kan...^___^

kekwa22 said...

salam singgah..

kekwa nak sharekan kaedah ni kat blog kekwa taw.. supaya kekdah ni dapat dipraktikkan oleh mummy2 lain yang baru nak belajar kekdah ni..

sharing is caring

ayu said...

kekwa,
silakan..terima kasih kerana sudi share..letakkan link asal dari sini ye..TQ