Followers

HITS

Thursday, September 02, 2010

~Nipple Confusion~

Antara tips2 yang ayu dapat hasil dari pembacaan di SI.com (forum kesayanganku..)

  1. Gunakan botol yang sesuai ketika beri baby ebm (semasa bekerja)

  1. jgn beri baby guna pacifier/puting tiruan

  1. Sekiranya berlaku baby menolak direct feeding, maka digalakkan untuk melatih baby direct feeding ketika dia sedang nak tidur ala2 mamai2 tu..start pada hari jumaat malam & teruskan usaha untuk direct bf je pada hari sabtu & hari ahad..----> jangan beri minum EBM dalam botol ketika itu

  1. Sentiasa offer nipple pada baby (setiap 30 minit) walaupun ketika itu kdg2 baby mengamuk sakan bila kita letak nipple di mulutnya. Yang penting, time ni hati ibu kena "KERAS" walaupun sebenarnya kita tak sampai hati kan tengok baby nangis, tapi cuba la dulu sampai baby mula menerima nipple kita..antara kaedah yang boleh dipraktiskan ialah offer nipple sebelum baby lapar yeah..

  1. Mengamalkan konsep "skin to skin" dengan baby iaitu dengan cara tidak memakai bra ketika di dalam rumah yeah..manakala baby plak hanya pakai pampers je..lagi best kalau guna babywearing , sentiasa peluk2 n hug2 la baby anda..ini adalah bertujuan supaya baby itu sentiasa kenal dengan bau ibunya..tak percaya??? ini adalah kenyataan ye.. cara ini amat berkesan untuk membantu bayi pramatang sihat dengan cepat dan penyusuan susu ibu juga turut berjaya..kaedah ini dinamakan KANGAROO MOTHER CARE


Artikel yang menarik yang ingin ayu kongsi bersama ialah dari kak nieza, kawan2 boleh klik kat sini ye, MELATIH BAYI YANG "KELIRU PUTING"

@

HELP : MY BABY WON'T NURSE - kellymom (sumber rujukanku)


TAPI, sebenarnya untuk elakkan baby mengalami "keliru puting" eloknya guna la cup feeding ..cuma tu la, kena bertolak ansur dengan pengasuh la kan.. apa2 pun, sekiranya prob ini berlaku, sila la berjumpa dengan mereka yang arif tentang hal ni ye, sebagai contoh LC ke atau doc yang betul2 pro BF ni..



9 comments:

yangyuyu said...

thanks ayu..

semoga perjuangan bf aku dipermudahkan

mummy-aulia' said...

ayu, su pun pnh alami masalah ni. pengalaman su, mmg skin to skin tu sangat penting. mula-mula mmg baby xnak.tapi 2-3 kali buat, alhamdulillah, dia dah ok. lepas settle masalah tu, smpai sekarang aulia' suke sgt direct bf.su smpai umah je, dukung dia, terus dia carik nenen..(sdgkan baru kejao tadi dah hbs 1 botol dia minum)hehee

ayu said...

ur welcome ummi..

semoga niat murni ko akan berjaya..^__^

ayu said...

su : su dah pernah alami ye..ayu belum pernah lagi..betul kata2 su tu, contact skin to skin mmg berhasil kan...alhamdulillah, baby su dah tak alami keadaan sebegitu dah ...danial plak, wpn kenalkan puting n botol terlalu awal, mujur la ta alami keliru puting ni..risau juga..

amirah said...

ahmad pun sama..syukur..mula2 je ada sket masalah nak direct BF..pastu ok..ayu, brape kerap kena tukar puting botol susu ek..

Lady of Leisure said...

keciknya baby tu..tapi comel je dia tido dalam baju mama dia kan..

umialya said...

info yg menarik, tk

ashra said...

salam ayu..
lama tak bersiaran jenguk blog ayu.bz sket.kita tak sihat,aleesya pun tak sihat.

btw,aleesya dulu pun nipple confusion..mula ng avent. tolak.tommy tippee pun tolak..yang die suka MAM.
tau dr bile?
8 bulan okkkk baru die terima botol.hehe.mgkn sbb die tau maknye tak keje..

ayu said...

ami : digalakkan tukar puting dalam masa 1 - 2 bulan sekali..ataupun ,kalau ami tengok puting botol tu dah bertukar warna.. ayu kadang2 tu tak sampai 2bln pun dah tukar...


lady : aahhh..kecil je, tu baby pramatang..lahir tak cukup bulan.. sekarang ni, tak silap ayu di kebanyakan hospital kerajaan juga telah amalkan kaedah tu utk bayi pramatang ni..


kak tini : ur welcome sis ^_^