click...click...

HITS

Followers

Wednesday, August 18, 2010

~BENGKAK SUSU ~


SUMBER : SUSUANIBU


BENGKAK SUSU

Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusu sendiri bayi sejak lahir. Bengkak susu boleh dielak dan senang diurus.

Simpton
  • payu dara - nampak berkilat, sakit, tegang dan keras, rasa agak panas bila dipegang.

  • Puting - leper, bengkak atau merekah.

  • Bayi - sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar, Susu tidak keluar

  • Let-down - mungkin rasa sakit

  • Ibu - mungkin demam
Punca
Faktor penyusuan
  • jarang menyusu

  • mengehadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat

  • tidak menyusu waktu malam

  • tidak rapat dengan ibu/bayi

  • hisapan kurang efektif

  • bercerai susu

  • beri anak minuman lain pada awal kelahirannya
Faktor hubungan
  • ibu - tekanan

  • psikologi - muda, tidak mendapat sokongan, takut, letih, enggan menyusu ditolak oleh bayi.

  • rutin hospital - memisah ibu dan anak, lewat dan mengehadkan penyusuan ibu, pemberian susu formula (prelacteal feeds).
Masalah pengeluaran oksitoksin
  • Hubungan dengan bayi - sukar menyusu kerana tidak normal, masalah cara hisapan

  • Sakit - Tidak cukup bulan, Guna botol susu atau puting kosong
Rawatan yang relevan
  • perbetulkan posisi dan kemesraan dakapan

  • galak penyusuan yang lebih kerap dan tanpa had malam dan siang (sekurang-kurangnya 8 - 12 kali termasuk dua kali di sebelah malam ) dan memerah susu ibu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam

  • galak ibu mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali

  • guna analgesik bagi jangka masa yang singkat jika ibu berasa sakit

  • ubati puting yang bengkak dan merekah
Pengurusan yang terbaik ialah mencegah & memberi Cadangan Yang Praktikal
  • rangsangan pengeluaran oksitoksin dan let-down, demah payu dara sebelum menyusu dan urut payu dara dan puting perlahan-lahan.

  • Cadangkan kepada ibu berkenaan supaya meminta suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkoknya sebelum menyusu.

  • Cadangkan teknik releks yang sesuai untuk si ibu.

  • Perah susu secukupnya sebelum menyusukan bayi bagi melembutkan areola dan bayi dapat didakap lebih rapat.

  • Mulakan menyusu sebaik saja rasa payu dara penuh.

  • Biarkan bayi habis menyusu di payu dara pertama sebelum tukar kepada payu dara kedua

  • Demah dengan air sejuk selepas menyusu untuk keselesaan mengurangkan masalah vaskular bengkak dan kembang.

  • Perah sedikit susu ibu di antara waktu menyusu untuk keselesaan

  • Jika berlaku bengkak susu, si ibu perlu lebih bantuan untuk perbetul posisi menyusu dan pengaliran susu.

  • Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah penyusuan, laktasi menekan dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain seperti saluran susu tersumbat, mastitis dan breast abscess. (dua perkara yang juga hampir2 sama dgn bengkak susu)
Ayu nak share apa yang ayu akan buat bila dah mula rasa simpton2 di atas yeah :
  • boleh letakkan ice pack di tempat yang sakit- utk melegakan kesakitan..ni utk sementara je ye

  • tuam ngan air panas - caranya adalah dengan letak air panas dalam botol air @ botol susu n golek2kan kat bahagian yang ada ketulan @ bengkak tersebut..

  • mandi dengan air panas - sambil tu urut2 kat tempat yang bengkak

  • ubah cara posisi penyusuan anda...
  • cara yang paling efektif adalah dengan mengurut2 & juga memerah di tempat yang bengkak @ ketulan sampai la dah berkurang ketulan tersebut.

  • kalau rasa 4 cara di atas tidak juga berkesan, sila la berjumpa dengan doc utk mendapatkan rawatan ye..CEGAH SEBELUM PARAH
Ni ada 2 link yang ayu nak share mengenai BENGKAK SUSU:

8 comments:

amirah said...

sakit sangat..huhu..boleh nanges..

Ammi Sara said...

sara pun penah kena, demam!
mama ajar letak daun kubis sejuk, membantu lah gak..
suka gak posisi tu, posisi bby koala diberi nama oleh baba waidi, hehe..sambil jalan2, sambil BW sambil nenen ;)

Fara said...

mmg rasa nk demam n x larat nk angkat tagn masa kena bengkak susu..hhhuu..takot sungguh klu kena lg..salah sdiri gk..nyusukan baby x abis n masa tido, breast terhimpit sbb tido meniarap..so tuam ngan botol isi air suam..alhamdulilah..selang 4 ari ok dh..

ayu said...

ami : memang sakit...huhu..masa demam hari tu, siap nangis gak... khairy pun kesian sgt tengok ayu..tapi nak buat mcm mana..ayu kan degil..nak gak bf danial..ahakss..mujur la dapat bertahan..


sara : ayu pun letak gak daun kobis tu masa demam..lps tu tanya pada kawan (PC), dia kata act sebenarnya tak elok sgt letak kobis tu sbb daun kobis tu juga boleh mengurangkan susu...huhu..letak 2 kali je, lps tu cepat2 cari solution lain...


fara : uish..tido meniarap ekkk.. ayu sejak fully bf ni, tak leh langsung tidur meniarap..rasa sakit sangat kat B kalau tidur mcm tu...btw, cara tuam ngan air suam tu mmg berkesan kan..lps tuam je, terus perah..memang hasil berbaloi2..^___^

Anonymous said...

ha, I will test my thought, your post bring me some good ideas, it's truly awesome, thanks.

- Joe

ayu said...

ur welcome joe ^_^

Anonymous said...

saya pn dh terkena bengkak susu ni smpi demam.sya ad gak wat smua ptua cam tuam ngan air pnas tp air kn cpt sjuk so dia akan still mengeras.pas2 jumpa dr. n dr. 2 bgtau 1 cara yg bg sya ckup berkesan.ambik bt sungai n bakar pas2 wat mcm tungku n demah kt tempat yg dh mengeras 2 cz kepanasan dia thn lama skit n bleh melembutkn tempat yg mengeras 2.dh lembut perah n blehlh menyusu.hrap dpt membantu.

ayu said...

anon : thanks ye sudi singgah n bagi komen kat sini..idea yg bernas..