click...click...

HITS

Followers

Friday, May 21, 2010

MITOS MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

HUKUM MENYUSUKAN ANAK

Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ridha' atau radha adalah merupakan suatu cara kehidupan semula jadi manusia. Menurut ajaran agama Islam, penyusuan susu ibu memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)

Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

KREDIT KEPADA : Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Ni pulak diperolehi daripada forum susuibu.com ;

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.


Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

p/s: Thanks to kak Shida (charantya) kerana berkongsi info ini.Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie.

Antara statement2 yang lain pula ialah :

1-bagi susu ibu nanti bayi tak cukup susu. bayi cepat lapar. Ini adalah kerana susu ibu itu sendiri cepat hadam. Maka, seelok2nya ketika didalam pantang lagi, susukan bayi anda sekerap yang mungkin.. sekurang2nya 8 – 12 kali sehari.

2- bayi elok minum air kosong utk cuci perut.. polisi penyusuan ibu secara ekslusif, bayi yang dilahirkan hanya memerlukan susu ibu sahaja tanpa air masak , makanan dan sebagainya. Sehinggalah ketika bayi berusia 6 bln.Ini adalah kerana, komposisi susuibu itu sendiri mengandungi air dan mencukupi utk bayi.

3- tak nak bf baby kerana tak suka baju basah bila susu keluar, asyik kena tukar baju je sbb susu banyak---- > kalau ayu, lg suka, sbb susu banyak. (rindu saat2 di dalam pantang)
4- baby boy hisap kuat sangat. sakit puting. nak bf kalau dapat anak perempuan aje. Sekiranya ada prob sebegini, kemungkinan teknik lekapan baby itu salah..boleh merujuk ke pakar kaunselor laktasi.. atau kalau rasa ianya mcm menyusahkan, boleh merujuk kepada rakan2 yang mempunyai pengalaman menyusukan anak.

5 - kalau menyusu anak lebih 2 tahun, anak jadi bodoh ---- > fakta yg salah, ini adalah kerana masih ada yg menyusukan anak lebih dari 2 tahun n perkembangan anak2 ini sangat memberangsangkan.

6- tak nak bagi anak susu botol sebab awak malas, nanti kena bgn malam bancuh susu.Yang sebenarnya apabila kita menyusukan anak, ianya merupakan perkara yang paling menyenangkan ibu. Tak perlu bangun di kala tengah2 malam utk membancuh susu.. disini , kualiti tidur ibu pun tak diganggu..

7- ada gak org berkata bf ni cam “kekampungan”. Yang ni kena perlu perbetulkan sedikit. Sekarang ni boleh dikatakan ramai ibu2 yang berkejaya juga menyusukan bayi . Lebih ketara lagi peningkatan tahap kesedaran di kalangan ibu2 muda utk menyusukan anak di kawasan lembah klang. Malah, boleh dibanggakan hingga ke hari ini, sudah ada beratus2 hospital baik kerajaan dan swasta yang menjadi hospital rakan bayi.

8 - ada gak yg ckp bf ni menggelikan. Dgn bayi sendiri pun nk geli ker? Ayu sendiri pernah mengalami keadaan ini, namun apa yang ayu buat, adalah pekakkan telinga n sambil tu teruskan juga bf walaupun diHADAPAN individu terbabit..

9- susu simpan dalam peti ais jadik sejuk, kalau panaskan pun dia still 'sejuk'. x elok utk baby. Sebenarnya seelok2nya mmg la menyusu secara terus lagi bagus namun oleh kerana di zaman ini, sudah ramai ibu yg berkejaya, maka ketika tidak bersama bayi,sebagai ibu, seharusnya kita memerah dan menyimpan susu yang diperah itu dahulu di dlm peti sejuk sblm dipanaskan kembali seblm diberi kepada bayi.. boleh mendapatkan sumber2 ttg cara pengendalian susu yang diperah dan disimpan ngan membaca buku yang bertajuk “ Panduan Penyusuan Susu Bagi Ibu yg Berkejaya”


10 comments:

akma said...

prima!!!! (excellent) i loikeeeee this kind of info......

PUTERI HANNAN(FATIN) said...

weh.. good info la. nak share kat blog aku leh tak?

ayu said...

akma : sama la..ayu pun suka..

fatin : sila2 kan...

fiza said...

Btul tu ayu, nak seribu daya. Tapi sedih lah dgn golongan yg masih cetek pemikiran pasal BF nih, bagi dorang melecehkan.

Hopefully ku bley BF 2nd bb ni dgn jayanya.

ayu said...

fiza : mmg ada org sedemikian rupa, jd dalam hal ni kita sbg ibu yg ada pengalaman menyusu ni boleh la menwarwarkan kebaikan penyusuan susu ibu ni supaya mereka terbuka pintu hati untuk menyusukan anak mereka..ayu doakan fiza berjaya utk 2nd baby nnt ye ^_^

kuntumz said...

ayu, good info..aku suka...

ayu, aku nk mengadu ngan ko nii...dulu aku mmg nk susukan anak aku ngan susu bdn aku tpi apakan daya susu aku tak der..org lain smpi bengkak2 brest nya..aku ni maintain biasa jer...picit2 pun kuarlah setitik dua...
1st day & 2nd day aku dok wad asing ngan ank aku..tpi aku g gak dkt ank aku...tpi dia mcm mengamuk tak suka ngan aku sbb brest aku tak kuar susu...smpi lah ari ke-5 lgsung dia tak mo bila aku bagi brest aku..mmg mengamuk sakan klo aku sua brest aku...
dah urut pun mcm tu jgk..susu kuar sikit2 jer...mmg sedih dan tensen jgk...last2 tak sggup tgk anak meraung2 lapar..tu yg terus bagi susu formula smpi lah sekrg...

cian aku kan?
tlg bantu saya..

umialya said...

kebanyakannya mengatakan memberi susu badan ni seolah2 ibu tidak mempunyai wang utk membeli susu formula.

Ayu..
yg ni le tanggapan kebanyakan drp mereka.

Akak suka, budget beli susu boleh beli baju anak byk2.. x pun boleh wat simpanan mereka setiap bulan. Betul tak??

Three Musketeers said...

Hahahaha...:D Dah namer pon mitos, memang tak bleh percaya langsung kan...? Memang besh entry nie, sebab banyak mengingatkan kiter tentang orang2 tua yang selalu cakap kat kiter pasal breastfeeding nie...:D

Nie satu lagik: Ader orang cakap, breast belah kanan, nasi, belah kiri, air. Merepek and merapu jer. Raser nak selidik balik, maner dapat la mitos camtue, nak hempuk jer orang tue.

halimatun saadiah said...

Good info..panjang lebar..

ayu said...

jia : siannya ko...nanti aku buat satu entry mengenai masalah ko ni ye..diharap dapat share bersama2 rakan2 yang lain ye..

umialya : ye akak ..ayu setuju...kadang2 tu bila jumpa rakan2 yg lain, ada juga yg tanya, eh tak campur susu lg ke..ayu kata tak, susu byk lg..hehe..jawab mcm tu je la... ayu pun sama, duit bajet utk beli susu danial ayu buat beli baju diaorg..tp, utk susu hariz, still lg kena beli la..

liyana : mitos sebelah kanan makanan n sebelah kiri air tu mmg wujud dah lama dah..mm, sbb tu kita sebagai generasi baru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan tentang bf ni supaya kita dpt menangkis kata2 org sedemikian rupa..

halimatun : thanks dear...semoga dpt manfaat bersama..