Followers

HITS

Monday, May 24, 2010

Makanan & Minuman yang dapat menambahkan Susu Ibu



Makanan dan Minuman

  1. water chestnut/sengkuang cina – boleh beli yang dalam tin brand season F & N atau pun boleh buat sendiri dengan cara kisar buah sengkuang cina tu dan rebus dengan gula sedikit..boleh minum secara suam atau ditambah sedikit ais.. (tapi ada yang kata kalau bf baby ni tak boleh minum ais kan, so terpulang la pada ibu2 sendiri untuk membuat penilaian ye).
  2. halba – rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam kalau tak lalu minum airnya atau pun boleh juga ditambah dalam apa2 masakan seperti kari.


  • buah laici, longan, mata kucing, rambutan – yang asli bukan didalam tin ye
  • lobak putih – lain sedikit rasanya berbanding lobak biasa. Boleh dibuat sup, tumis seperti biasa atau jus. Sesuai juga dimakan ketika di dalam pantang.
  • sawi – masak goreng tumis atau rebus begitu sahaja. Antara sayur WAJIB yang ayu makan ketika di dalam pantang selain dari kuchai dan lobak putih.
  • kailan – boleh dimasak secara goreng tumis dengan sos tiram atau dengan ikan masin.
  • bayam, petola, daun uri – boleh dimasak secara masak lemak manis.
  • peria – boleh dimasak secara tumis seperti biasa.
  • jantung pisang, pegaga, daun pucuk betik – dimakan secara ulam, rebus atau urap. Urap tu merupakan campuran kelapa, daun bawang merah, bawang putih, ikan bilis / udang kering.
  • Cekur manis – masak rebus atau lemak manis.
  • daun kucai – boleh dimasak secara rebus air atau masak bersama ikan bilis dan taugeh (masak kicap) mmm..sangat menyelerakan..
  • Soya – seelok2nya minum secawan sehari. boleh try soya melilea..sedap tau.
  • carrot- kalau buat jus carrot susu sedap
  • Madu lebah asli
  • Spirulina – daripada HPA
  • Adik-beradik ikan sardin
  • Oat – minum dengan air suam atau susu
  • Buah kurma – boleh buat jus kurma atau makan sebegitu sahaja
  • Buah pisang
  • Rasberry cheese kek
  • Tauhu goreng & tempe goreng
  • Roti celet planta
  • Air milo / nestum / horlicks
  • Air 100 plus
  • Tuna sandwich
  • Biskut bijiran - contoh biskut yang ada cereal, brand IKO, JACOBS.
  • Longan Kering – boleh dibeli di kedai ubat cina dan kemuadian direbus dula dengan gula batu / gula kabung / gula merah kemudian diminum airnya
  • Kentang rebus
  • Kuah kacang ( makan dgn satay)
  • Sayuran kekacang yang dikukus atau masak seperti kacang hijau atau kacang tanah
  • Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
  • Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
  • Sambal kering ikan bilis + tempe
  • Sup betik muda dengan ayam dan halia – rebus betik muda dengan ayam dan juga halia macam biasa..kemudian bila dah masak boleh minum sebegitu sahaja..mmg agak pelik rasanya tapi sangat mujarab. Ayu pernah cuba ketika bf hariz dulu, resipi dari member ayu dari SABAH.
  • tidak lupa juga dengan pengambilan air masak yang kerap..seelok2nya sebelum memerah susu, digalakkan minum air suam segelas dahulu
  • 9 comments:

    IbuHakimHaikal said...

    Ayu..saya sokong yg bab supplement tu...saya pengamal vitamin yg TEGAR..hehe.. ;)

    ayu said...

    hasmah : haha..yeah..ayu setuju tu..hehe..nanti kan entry ayu seterusnya mengenai "vitamin" tersebut ye.. pssst...tapi la ni ayu on off on off la...haha..

    Ina Hashim said...

    akak wktu BFkan Alysha dulu...mmg wajib tiap2 malam minum air longan+red dates...jadik amalan pulak...pastu segala mak nenek suplemen akak amik

    akma said...

    kite tak start makan ape2 pun lagik. sebab taktau nak makan ape. banyak sgt milk booster di pasaran.

    Cikgu ILi said...

    Ayu...aku dulu guna yang nombor 27..sangat mujarab...

    Ko punya blog ni sangat infomative...bagus la Ayu.

    ayu said...

    kak ina : ayu tak pernah try longan lg..sedap ke kak..hehe..satu lg, supplement apa yg akak ambik ni..meh la share bersama2..

    akma : uish..bagusnya..tak makan apa2 lg ye..mmg pun byk sgt supplement di pasaran..tp, kita kena pandai pilih utk kesihatan diri kita di samping ianya mestila HALAL...

    ili : ko pun guna longan juga ye...uishh...banyak dah testimonial positif aku dapat ni...nnt boleh try la..^_^

    ummipalingcomel said...

    hai ayu...nora pun dah try longan kering tu. rebus + gula sket. sedaaaap + tambahan SI. cube yek

    ayu said...

    hai nora,

    ye ke..menarik..nanti ayu boleh try..thanks..

    Anonymous said...

    Looks like you are an expert in this field, you really got some great points there, thanks.

    - Robson