click...click...

HITS

Followers

Monday, May 17, 2010

KENAPA PERLU SIMPAN STOK SUSU BANYAK2??

Antara sebab perlunya simpan stok susu banyak-banyak adalah :-
  • ayu target untuk danial ni biarlah menyusu selama 2 tahun...untuk itu, ayu memang perlukan stok yang banyak supaya anak terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%..
  • sekiranya berlaku apa2 kecemasan : kerja luar atau pergi training 3-4 hari dan tempat jauh daripada baby, maka suami ayu atau pengasuh danial dapat memberi danial minum susu ibu walaupun ianya daripada STOK FROZEN.
  • tiba2 sekiranya ayu jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital dimana keadaan itu membuatkan ayu tidak mampu untuk menyusu secara terus, maka ketika itulah perlunya STOK FROZEN.......
  • bila dah start kerja ni, baru la nampak ada perubahan dari segi pengeluaran susu, dimana kalau kita pam ikut jadual (cth : 5 kali sehari) dan tiba2 plak hari tu hanya dapat pam 3 kali sehari, sudah tentu hasil pengeluaran yang dapat pada hari tersebut juga berkurangan.. kalau tidak mencukupi, boleh la di top up dengan STOK FROZEN...
  • perlu diambil perhatian, tidak semua ibu mampu menghasilkan susu sebanyak mana yang baby perlukan dalam sehari..jadi, dalam hal ni, simpanan STOK FROZEN sangat2 la membantu ibu itu sendiri..
  • ketika susu tengah meriah ni, memang rasa semangat sangat2 untuk membuat stok.. lagi2 la ketika baru habis pantang dan start masuk kerja.. nanti bila tibanya sampai satu peringkat di mana production mula menurun atau merundum, kita dah ada simpanan susu yang mencukupi..jadi, tidak perlulah rasa stress sangat bila susu tak cukup... ni memang terjadi sendiri pada ayu...kalau masa 3 bln pertama tu, sekali pam memang boleh dapat 10-11oz , tiba2 drop hingga 7-8oz sekali pam memang dah mula rasa risau sangat.....tu baru 7-8oz, macam mana plak la kalau drop sampai 2-3oz kan???huh..tak dapat dibayangkan laaaa....
  • Apabila berlakunya period atau pun stress atau pun penat menguasai jiwa , maka sememangnya akan ada efek pada pengeluaran susu...ayu belum period lagi, so tak dapat nak cerita bagaimana efek ketika period..tapi, stress dan penat menguasai jiwa ni memang BENAR sangat2...selalu boleh dapat 7-8oz sekali pam, tapi bila pam dalam keadaan macam tu hanya boleh dapat 3-4 oz sahaja..kadang2 tu pernah je dapat 1-2 oz...uisshhhhh...tensen sangat time tu...---> mujur la STOK FROZEN ada...
  • Apabila terjadinya GROWTH SPURT 6 bulan, 1 tahun , 1 1/2 tahun...di mana ada sesetengah kes apabila baby melepasi usia sebegini, pengeluaran susu akan mula merudum...ayu sudah melepasi fasa pertama iaitu 6 bulan, so far apa yang ayu boleh katakan memang ada perubahan kecil dalam pengeluaran susu..tapi, yang sebenarnya ianya bergantung juga pada "KERAJINAN" ibu itu sendiri..kalau rajin memerah mengikut jadual dan dalam masa yang sama kerapkan penyusuan, rasanya GROWTH SPURT tidak akan terjadi....teringat ketika awal2 masuk bekerja, ayu memang pam at least 5-6 kali sehari...termasuk la bangun di tengah2 malam untuk pam kerana B membengkak..tapi, sekarang ni hanya dapat pam 3 - 4 kali sehari...kena makan balik la vitamin R ni..

20 comments:

IbuHakimHaikal said...

Salam ayu...dah ade blog ye..bagus2..nanti kite tkr2 link ye ayu..i follow u... ;)

umialya said...

Yalah Ayu, si.com adalah laman yg bagus untuk belajar mengenai pengendalian EBM.

Sokongan rakan2 meskipun kenal dialam maya amat dihargai.

Cikgu ILi said...

Ayu....ko tulis pasal bf banyak-banyak..
nanti aku rekemen kat kawan-kawan aku yang baru nak belajar breastfeed..ok..caiyok!

ayu said...

hasmah : ok, nanti ayu follow hasmah kay... bisnes amacam...hehe..

umialya : akak, betul tu.. ayu siap copy + paste + print + siap buat file lg tentang topik2 cara2 nak handle EBM ni walaupun dah beli buku PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BERKEJAYA..

ili : thanks my dear...insyaallah, berkat sokongan dari ko n rakan2 yg lain, aku akan cuba sebaik yang mungkin..I LOVE BREASTFEEDING!!

kuntumz said...

byknya stok....konfem kene tukar peti ais beso ni...hehhee..
ayu bguslah ko, buat blog bf nii...aku pun cam ili gak nk promote blog ko ni pada kawan2 aku....:)

ayu said...

jia :mmg dah upgrade ke deep freezer pun, alhamdulillah...rezeki danial kali ni... thanks jia tolong promote blog aku ye..^_^

Rozy said...

wah..meriah..meriah..
ayu ni ayukhairy ker?

wannorashikin said...

Ayu,

Bagus ayu simpan stok banyak2. Untuk kegunaan masa depan.Mudah2an dapat sampai 2 tahun untuk danial ni.

ayu said...

rozy : hehe...thanks...yup, ayukhairy, tapi dalam blog ni ayu guna nama ayu je la..mesra alam skeet...^_^

wan : ye..betul tu..ayu pun berharap sedemikian rupa..mudah2an perjuangan kita sama2 berjaya ye

Ied @ May said...

waaaa...banyaknye stok susu...sukanya saya tgk...

fiza said...

Byknya hasil tenusumu ayu. Thanks for sharing.

ayu said...

led @ may : thanks...alhamdulillah, rezeki danial ^_^

ayu said...

fiza : thankssss....anak kedua mmg sungguh2 ayu buat stok fiza...so, serius tak de la rasa tensen @ stress bila hadapi kekurangan susu.. itu perkara pertama yg ayu fikir..^_^

lydzar said...

jelesnya tengok stok EBM orang lain..i never had those bulky stocks..jeles jeles isk iskk

ayu said...

lydzar,

alhamdulillah..rezeki danial.. ayu dulu anak pertama tak dapat buat mcm ni..so pulun la yang kedua ni.. lydzar pun boleh sebenarnya..

Mama Syabil dan Rania said...

Salam, ayu.... :)

Nak tanya la... Ayu pindahkan stok dr peti ais 2pintu ke deep freezer tu dlm masa berapa lama ye? boleh ke kalau kita dah pindahkan all stok bln lepas ke deep freezer? n brapa lama boleh tahan tu? 6 bulan + sebulan (dlm peti ais) tu ke... or 5bulan + sebulan kat peti ais tu ye?

ayu said...

salam mama Syabil & rania,

thanks sudi singgah sini ye..
stok2 ebm tu ayu transer dari taiping ke kl dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih..

so, kalau perjalanan lagi lama, mama syabil boleh top up lagi ice utk pastikan stok2 tersebut tidak cair ye..

soalan kedua plak, katakan ayu dah simpan kat peti ais 2 pintu tu 1 bulan, maka apabila dah transfer ke deep freezer, ayu hanya mengambil kita jangka hayat ebm tu perlu disimpan selama 2 bulan sahaja walaupun DF ni bertahan 6 bulan..ini disebabkan ebm tu mula2 kita dah simpan kat peti ais 2 pintu (tahan 3 bulan)..so, follow balik rules yg asal je..

faham tak ayat2 ayu ni ?? harap2 faham la ye..

shaliza said...

salam....
saya pun baru je bersalin anak pertama..memang niat nak bf dia sampai 2 thn...cuma saya tak pasti sangat cara penyimpanan susu tu...camne cara nak hantar susu yang kita perah tu pada penjaga baby supaya stay fresh... ini yang merungsingkan saya

shaliza said...

salam... Kak Ayu
Blog ni sangat bagus..saya pun baru melahirkan anak pertama dan mmg berniat nak bf baby sampai 2 thn...cuma saya risau cara nak pastikan susu yang kita perah tu stay fresh sewaktu hantar ke rumah pengasuh...boleh tak kak ayu ceritakan cara2nya..lagi satu deep freezer tu mmg akak beli khas untuk susu tu ek

ayu said...

shaliza,

hi...salam perkenalan...alhamdulillah
shaliza dah ada niat macam tu..bagus tu...sekarang ni apa yang perlu shaliza buat ialah study ttg hal2 mengenai penyusuan susu ibu,dari segi pengendalian susu ibu dan sebagainya..

ok, berbalik pada pertanyaan shaliza tu ye..meh akak jawabkan..

katakan shaliza mahu menghantar susu2 kepada pengasuh, shaliza perlukan cooler bag dan ice pack..ini bertujuan supaya suhu susu tu sentiasa sama ...so, dari rumah shaliza, shaliza boleh letakkan susu2 tu dalam cooler bag n ice pack & bila sampai ke rumah pengasuh , susu2 tu kemudiannya diletakkan ke dalam peti sejuk pengasuh... so, cooler bag n ice pack tu, shaliza boleh simpan n bawa ke pejabat plak n boleh guna masa shaliza nak pam di pejabat n susu2 yg diperah kat pejabat boleh disimpan juga dalam cooler bag.. otherwise, shaliza kena beli 2 cooler bag la plak kan...

mmm...rasa2 faham tak penjelasan akak ni ??kalau tak faham , tanya lagi ye...


soalan ke dua ...

deep freezer tu akak beli sebab peti sejuk dua pintu tu tak muat nak simpan stok2 susu anak kedua akak tu..hehe..terlebih sudahhh..so, masa tu beli DF mmg simpan susu2 ni je la... lagipun simpan susu di DF jangka hayat lagi panjang compare dengan peti ais dua pintu..

peti ais 1 pintu - bhgn freezer = 2 minggu

peti ais 2 pintu - bhgn freezer = 3 bulan

deep freezer = 6 bulan

peti ais 1 & 2 pintu - bhgn chiller = 3 hari..


so, akak harap kalau ada apa2 persoalan tanyalah lagi ye..

harap dapat membantu..^_^

HAPPY BREASTFEEDING!!