click...click...

HITS

Followers

Monday, May 24, 2010

Makanan & Minuman yang dapat menambahkan Susu Ibu



Makanan dan Minuman

  1. water chestnut/sengkuang cina – boleh beli yang dalam tin brand season F & N atau pun boleh buat sendiri dengan cara kisar buah sengkuang cina tu dan rebus dengan gula sedikit..boleh minum secara suam atau ditambah sedikit ais.. (tapi ada yang kata kalau bf baby ni tak boleh minum ais kan, so terpulang la pada ibu2 sendiri untuk membuat penilaian ye).
  2. halba – rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam kalau tak lalu minum airnya atau pun boleh juga ditambah dalam apa2 masakan seperti kari.


  • buah laici, longan, mata kucing, rambutan – yang asli bukan didalam tin ye
  • lobak putih – lain sedikit rasanya berbanding lobak biasa. Boleh dibuat sup, tumis seperti biasa atau jus. Sesuai juga dimakan ketika di dalam pantang.
  • sawi – masak goreng tumis atau rebus begitu sahaja. Antara sayur WAJIB yang ayu makan ketika di dalam pantang selain dari kuchai dan lobak putih.
  • kailan – boleh dimasak secara goreng tumis dengan sos tiram atau dengan ikan masin.
  • bayam, petola, daun uri – boleh dimasak secara masak lemak manis.
  • peria – boleh dimasak secara tumis seperti biasa.
  • jantung pisang, pegaga, daun pucuk betik – dimakan secara ulam, rebus atau urap. Urap tu merupakan campuran kelapa, daun bawang merah, bawang putih, ikan bilis / udang kering.
  • Cekur manis – masak rebus atau lemak manis.
  • daun kucai – boleh dimasak secara rebus air atau masak bersama ikan bilis dan taugeh (masak kicap) mmm..sangat menyelerakan..
  • Soya – seelok2nya minum secawan sehari. boleh try soya melilea..sedap tau.
  • carrot- kalau buat jus carrot susu sedap
  • Madu lebah asli
  • Spirulina – daripada HPA
  • Adik-beradik ikan sardin
  • Oat – minum dengan air suam atau susu
  • Buah kurma – boleh buat jus kurma atau makan sebegitu sahaja
  • Buah pisang
  • Rasberry cheese kek
  • Tauhu goreng & tempe goreng
  • Roti celet planta
  • Air milo / nestum / horlicks
  • Air 100 plus
  • Tuna sandwich
  • Biskut bijiran - contoh biskut yang ada cereal, brand IKO, JACOBS.
  • Longan Kering – boleh dibeli di kedai ubat cina dan kemuadian direbus dula dengan gula batu / gula kabung / gula merah kemudian diminum airnya
  • Kentang rebus
  • Kuah kacang ( makan dgn satay)
  • Sayuran kekacang yang dikukus atau masak seperti kacang hijau atau kacang tanah
  • Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
  • Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
  • Sambal kering ikan bilis + tempe
  • Sup betik muda dengan ayam dan halia – rebus betik muda dengan ayam dan juga halia macam biasa..kemudian bila dah masak boleh minum sebegitu sahaja..mmg agak pelik rasanya tapi sangat mujarab. Ayu pernah cuba ketika bf hariz dulu, resipi dari member ayu dari SABAH.
  • tidak lupa juga dengan pengambilan air masak yang kerap..seelok2nya sebelum memerah susu, digalakkan minum air suam segelas dahulu
  • Friday, May 21, 2010

    MITOS MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

    HUKUM MENYUSUKAN ANAK

    Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ridha' atau radha adalah merupakan suatu cara kehidupan semula jadi manusia. Menurut ajaran agama Islam, penyusuan susu ibu memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)

    Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu

    Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

    “Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

    Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

    “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

    Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

    “Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

    Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

    “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

    Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

    “Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

    Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

    “Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

    Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

    KREDIT KEPADA : Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

    Ni pulak diperolehi daripada forum susuibu.com ;

    10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

    Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
    Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

    Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
    Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

    Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
    Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

    Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

    Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

    Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

    Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

    Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
    Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

    Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.


    Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

    Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
    Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

    Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
    Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

    Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
    Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

    p/s: Thanks to kak Shida (charantya) kerana berkongsi info ini.Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie.

    Antara statement2 yang lain pula ialah :

    1-bagi susu ibu nanti bayi tak cukup susu. bayi cepat lapar. Ini adalah kerana susu ibu itu sendiri cepat hadam. Maka, seelok2nya ketika didalam pantang lagi, susukan bayi anda sekerap yang mungkin.. sekurang2nya 8 – 12 kali sehari.

    2- bayi elok minum air kosong utk cuci perut.. polisi penyusuan ibu secara ekslusif, bayi yang dilahirkan hanya memerlukan susu ibu sahaja tanpa air masak , makanan dan sebagainya. Sehinggalah ketika bayi berusia 6 bln.Ini adalah kerana, komposisi susuibu itu sendiri mengandungi air dan mencukupi utk bayi.

    3- tak nak bf baby kerana tak suka baju basah bila susu keluar, asyik kena tukar baju je sbb susu banyak---- > kalau ayu, lg suka, sbb susu banyak. (rindu saat2 di dalam pantang)
    4- baby boy hisap kuat sangat. sakit puting. nak bf kalau dapat anak perempuan aje. Sekiranya ada prob sebegini, kemungkinan teknik lekapan baby itu salah..boleh merujuk ke pakar kaunselor laktasi.. atau kalau rasa ianya mcm menyusahkan, boleh merujuk kepada rakan2 yang mempunyai pengalaman menyusukan anak.

    5 - kalau menyusu anak lebih 2 tahun, anak jadi bodoh ---- > fakta yg salah, ini adalah kerana masih ada yg menyusukan anak lebih dari 2 tahun n perkembangan anak2 ini sangat memberangsangkan.

    6- tak nak bagi anak susu botol sebab awak malas, nanti kena bgn malam bancuh susu.Yang sebenarnya apabila kita menyusukan anak, ianya merupakan perkara yang paling menyenangkan ibu. Tak perlu bangun di kala tengah2 malam utk membancuh susu.. disini , kualiti tidur ibu pun tak diganggu..

    7- ada gak org berkata bf ni cam “kekampungan”. Yang ni kena perlu perbetulkan sedikit. Sekarang ni boleh dikatakan ramai ibu2 yang berkejaya juga menyusukan bayi . Lebih ketara lagi peningkatan tahap kesedaran di kalangan ibu2 muda utk menyusukan anak di kawasan lembah klang. Malah, boleh dibanggakan hingga ke hari ini, sudah ada beratus2 hospital baik kerajaan dan swasta yang menjadi hospital rakan bayi.

    8 - ada gak yg ckp bf ni menggelikan. Dgn bayi sendiri pun nk geli ker? Ayu sendiri pernah mengalami keadaan ini, namun apa yang ayu buat, adalah pekakkan telinga n sambil tu teruskan juga bf walaupun diHADAPAN individu terbabit..

    9- susu simpan dalam peti ais jadik sejuk, kalau panaskan pun dia still 'sejuk'. x elok utk baby. Sebenarnya seelok2nya mmg la menyusu secara terus lagi bagus namun oleh kerana di zaman ini, sudah ramai ibu yg berkejaya, maka ketika tidak bersama bayi,sebagai ibu, seharusnya kita memerah dan menyimpan susu yang diperah itu dahulu di dlm peti sejuk sblm dipanaskan kembali seblm diberi kepada bayi.. boleh mendapatkan sumber2 ttg cara pengendalian susu yang diperah dan disimpan ngan membaca buku yang bertajuk “ Panduan Penyusuan Susu Bagi Ibu yg Berkejaya”


    Monday, May 17, 2010

    KENAPA PERLU SIMPAN STOK SUSU BANYAK2??

    Antara sebab perlunya simpan stok susu banyak-banyak adalah :-
    • ayu target untuk danial ni biarlah menyusu selama 2 tahun...untuk itu, ayu memang perlukan stok yang banyak supaya anak terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%..
    • sekiranya berlaku apa2 kecemasan : kerja luar atau pergi training 3-4 hari dan tempat jauh daripada baby, maka suami ayu atau pengasuh danial dapat memberi danial minum susu ibu walaupun ianya daripada STOK FROZEN.
    • tiba2 sekiranya ayu jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital dimana keadaan itu membuatkan ayu tidak mampu untuk menyusu secara terus, maka ketika itulah perlunya STOK FROZEN.......
    • bila dah start kerja ni, baru la nampak ada perubahan dari segi pengeluaran susu, dimana kalau kita pam ikut jadual (cth : 5 kali sehari) dan tiba2 plak hari tu hanya dapat pam 3 kali sehari, sudah tentu hasil pengeluaran yang dapat pada hari tersebut juga berkurangan.. kalau tidak mencukupi, boleh la di top up dengan STOK FROZEN...
    • perlu diambil perhatian, tidak semua ibu mampu menghasilkan susu sebanyak mana yang baby perlukan dalam sehari..jadi, dalam hal ni, simpanan STOK FROZEN sangat2 la membantu ibu itu sendiri..
    • ketika susu tengah meriah ni, memang rasa semangat sangat2 untuk membuat stok.. lagi2 la ketika baru habis pantang dan start masuk kerja.. nanti bila tibanya sampai satu peringkat di mana production mula menurun atau merundum, kita dah ada simpanan susu yang mencukupi..jadi, tidak perlulah rasa stress sangat bila susu tak cukup... ni memang terjadi sendiri pada ayu...kalau masa 3 bln pertama tu, sekali pam memang boleh dapat 10-11oz , tiba2 drop hingga 7-8oz sekali pam memang dah mula rasa risau sangat.....tu baru 7-8oz, macam mana plak la kalau drop sampai 2-3oz kan???huh..tak dapat dibayangkan laaaa....
    • Apabila berlakunya period atau pun stress atau pun penat menguasai jiwa , maka sememangnya akan ada efek pada pengeluaran susu...ayu belum period lagi, so tak dapat nak cerita bagaimana efek ketika period..tapi, stress dan penat menguasai jiwa ni memang BENAR sangat2...selalu boleh dapat 7-8oz sekali pam, tapi bila pam dalam keadaan macam tu hanya boleh dapat 3-4 oz sahaja..kadang2 tu pernah je dapat 1-2 oz...uisshhhhh...tensen sangat time tu...---> mujur la STOK FROZEN ada...
    • Apabila terjadinya GROWTH SPURT 6 bulan, 1 tahun , 1 1/2 tahun...di mana ada sesetengah kes apabila baby melepasi usia sebegini, pengeluaran susu akan mula merudum...ayu sudah melepasi fasa pertama iaitu 6 bulan, so far apa yang ayu boleh katakan memang ada perubahan kecil dalam pengeluaran susu..tapi, yang sebenarnya ianya bergantung juga pada "KERAJINAN" ibu itu sendiri..kalau rajin memerah mengikut jadual dan dalam masa yang sama kerapkan penyusuan, rasanya GROWTH SPURT tidak akan terjadi....teringat ketika awal2 masuk bekerja, ayu memang pam at least 5-6 kali sehari...termasuk la bangun di tengah2 malam untuk pam kerana B membengkak..tapi, sekarang ni hanya dapat pam 3 - 4 kali sehari...kena makan balik la vitamin R ni..

    Jadual Ketika Berpantang..

    Jadual ni ketika selepas minggu pertama, iaitu selesai berurut...
    • 6.45 - 7.00 pagi
    mak ayu dah hantar tungku dah...
    tapi selalunya ayu akan start lambat skeet...
    dlm kul 7.20 ke 7.30 ke...hehe..
    tapi selalunya bertungku awal2 pg ni kejap2 je..
    sebab lebihnya ayu selalu tertido balik..(penat kadang2 berjaga 2-3 kali utk bf danial)
    waaaa..kalau mak tau ni, bahaya tul..sbb mak ayu pukul 7.45 pagi dah pergi ofis, so tak ada la org nak check ayu bertungku ke tidak..hehehe..korang jangan pulak tiru macam ayu ye..

    • 8.30 - 9.00 pagi
    selalu time ni ayu dah start mengepam utk sesi pertama...
    selalunya pagi2 ni ayu guna avent manual bpump je..sbb senang skeet...
    n biasa boleh dpt dlm 4-5 oz..

    • 9.00 - 9.30 pagi
    siap2 kan air suam utk mandikan danial...
    time ni hariz mmg dah bangun..
    so, akan kelam kabut skeet kalau ayah ayu tak ada...
    kalau ayah ayu keluar pergi mana2 pagi tu,nak tak nak ayu kena handle la dua2 anak sekali..
    biasa kena mandikan danial + siapkan dia dulu n bf dia dulu sampai dia tido balik..
    nak lagi cepat, selalu pagi2 yg ayu pump tu, ayu akan stand by kan 2 oz utk beri danial minum melalui botol..(mujur la danial tak ada konfius dengan botol..)
    klu ayah ayu ada, ayu akan siap kan danial n lepas tu ayu cepat2 mandi n siap2kan diri dulu (pakai gel sireh + bengkung)..bengkung moden ayu beli kat
    SINI
    biasanya time2 ni ayah ayu yang mandikan hariz unless la dia keluar, ayu la kena mandikan hariz...
    kena bersabar la skeet sbb hariz ni suka betul main air dan ayu pula tak boleh kena sejuk2 ni...mmm...

    • 10.00 pagi
    selalunya time ni la baru ayu bfast bersama2 hariz (klu danial dah tido laaaa...)
    bfast ayu n hariz selalunya roti + milo panas sambil layan cerita p.ramlee (astro 105, kul 10 pg)..peminat setia cerita2 P.RAMLEE..
    kalau cerita tak best baru layan emel + fb jap..hehee..sempat je kan..

    • 11.00 - 12.00 tgahari
    time ni ayu dah siap2 prepare barang2 nak masak utk lunch...
    simple2 je...lauk utk ayu biasanya jenis kering2 je..ikan kering ke, ikan goreng ke, ayam masak kicap ke...ikan bilis ke..semuanya ayu layan..
    n sayur plak kalau tak sawi, kucai tak pun lobak putih..
    utk mak n ayah ayu pun selalu gak masak klu sempat la....
    (ngan syarat danial n hariz ayah ayu tengok2 kan)klu danial jaga time2 ni, ayu akan bf dia je dulu...

    • 12.00 - 1.00 ptg
    ayu mkn tghari..
    klu ayah atau mak ayu tak suap hariz mkn, ayu akan suapkan dia..
    lps mkn nasi, selalu ayu akan lepak kat bilik bersama2 danial....tukar pampers dia n bf dia..

    • 2.00 - 5.00 ptg
    mula la plak aktiviti mengepam guna spectra 3...hehe..best2..
    mmg take time tapi byk gak dpt..selalu boleh dpt dlm 5-6 oz.
    selalu nya lps tghari je ayah ayu la yg handlekan hariz, dari tukar pampers dia sampai la bancuh susu dia n tidokan dia ptg tu...
    so, ayu mmg tak risau sgt la pasal hariz ni...
    klu danial jaga lagi, ayu akan bf sampai dia tertido balik..
    klu ptg tu ayu ngantuk sgt ayu akan tido juga la..klu tak ayu akan tgk tv atau check emel atau fb..pantang kali kedua ni, sempat je dok layan emel n fb..

    5.00 - 6.00ptg

    mandikan danial (klu ptg tu tak hujan)..
    siap2kan danial, n tidokan danial balik...
    lepas tu ayu plak pergi mandi n siap2kan diri...
    ayah ayu akan mandikn hariz petang n kalau tak hujan, ayah ayu akan bawa hariz g meronda2 kat sekitar kawasan perumahan ngan naik moto atau naik keta...hariz memang manja sangat dengan ayah ayu...pantang diajak keluar...

    • 6.00 - 8.00 mlm
    mak ayu balik keje, so akan bakarkan tungku utk ayu...kalau mak balik lambat, ayah ayu bakarkan tungku ...
    selalu ayu akan start bertungku dlm kul 6.30 ptg...
    sambil bertungku sambil layan drama "CINTA BALQIS"mak ayu akan jaga plak danial, main2 ngan dia...
    kul 7 lebih tu, ayu pump lg guna avent manual..selalu boleh dpt dlm 3-4 oz..

    • 8.30 mlm
    mkn mlm...suapkan hariz sama, mak ayu jaga danial...
    • 9.00 -11.00 mlm
    tgk tv la...kalau tak best, layan internet la plak...
    sambil tu tengok2 gak hariz n danial...
    hariz biasanya akan tido ngan ayah ayu je..
    mak akan temankan ayu n danial..
    sblm tido, ayu akan pastikan pampers hariz n danial kena tukar dulu...tidak lupa juga untuk mengepam sebelum ayu tidur...biasa boleh dapat 5-6 oz guna Spectra 3..