click...click...

HITS

Followers

Tuesday, December 28, 2010

~Antara Skil "Bunuh Diri" dalam Penyusuan Susu Ibu~

Artikel ini memang menarik khasnya untuk para ibu yang menyusukan anak..sama2 kita renungkan apa yang cuba disampaikan oleh Puan Nora Herni.
oleh Nora Herni Abdul Rahim (salah seorang MBFPC)

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."

Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?

Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.

Guna Botol vs Secara Terus

Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:

Bayi dalam pantang: 2 oz
Bayi 3-4 bulan: 3oz
bayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.

Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.

Perspektif Saiz Bayi

Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."

Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)

Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

Friday, December 10, 2010

PETUA UNTUK ANAK SERING DEMAM MALAM

Petikan daripada:

Re: [sim] MINTA PETUA : Anak sering demam malam


Assalammualaikum...

Sekadar berkongsi pengalaman membesarkan
7 permata menangani anak2 anak yang sakit
walaupun sekadar demam sangat memberi impak kepada saya..
terutama anak-anak dibawah umur 3 tahun

perhatian adalah sangat-sangat
perlu pada usia begini..

Demam anak-anak panas diwaktu malam
sangatlah kena berjaga-jaga!!!
- Cuba rendamkan kaki anak dalam air
( bemula bawah kaki, naik keatas lutut

biarkan beberapa minit hingga panasnya
reda
JANGAN KESELURUHAN BADAN
kerana rendaman tadi akan mengeluarkan
haba panas melalui belakang badan anak
(pastikan belakang badannya tak dibasahi air)
sekadar muka kepala sahaja.

- Gunakan cool fever didahi n belakang badannya
- Air asam jawa juga dapat membantu caranya lumurkan pada kepala anak
- Selain ubatan moden dapatkan juga rawatan tradisional
seperti air penawar daripada yang pakar
Saya bukanlah seorang pakar kanak-kanak tapi

naluri keibuan saya mengatakan
apabila anak-anak kecil sakit " ubat"
yang paling mujarab ialah belaian,
perhatian n kasih sayang..

( disamping ubat tentunya)
walaupun kedengarannya sangat mudah

tapi tanpa semangat yang kental amat susah
untuk dilaksanakan!

Pada usia yang sepatutnya mereka aktif

tiba-tiba mereka rasa tak selesa nak
meluahkan mereka sendiri belum
mengerti apa yang menimpa diri mereka....

maka tulah fungsi kita membelai
n beri penuh perhatian akan
mengurangkan rasa ketidakselesaan

diri mereka n dengan tu mereka akan rasa
sangat selesa n tenang dengan belaian kita....

Dan jika Allah lebih sayangkan mereka
dengan memanggil

hambaNya menemuiNya....
bukankah kita ada

kenangan Yang Terindah Bersama Anak tu!....
Dan jika Allah masih mengizinkan kita
menjaga permata kita itu lagi...

Bukakankah itu Hadiah yang Terindah
melihat anak-anak sihat semula......

Dakapan dan ciuman untuk anak-anak
yang sakit adalah proses

penyembuhan yang
mujarab sekali.....
Apatah lagi dalam pada kita
mendakap anak-anak yang sakit

selawat n doa untuk
kesejahteraan anak-anak
boleh kita tiupkan pada

ubun-ubun anak-anak kita........


Saya ada terima forward message

dari seorang kawan antara lain kandungannya:

Ciumlah anakmu kerana pahala
setiap ciuman itu dibalas
dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan,
tiada masuk ke dalamnya

melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.


Seorang lelaki bertanya;

"Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu,

ibubapa berhak
terhadap dirimu dan

anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

Friday, December 03, 2010

::PANDUAN UNTUK PARA IBU YG MAHU BF BABY::

Permulaan untuk menyusukan bayi

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut) . Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh. Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut). Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).
Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara. Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan. Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi. Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed. Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan


6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan. Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja. Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye

SELEPAS KELAHIRAN
1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja. Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA
1)Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.

Tuesday, November 30, 2010

~WEANING PROCESS - BABY LED WEANING~

  • Apabila kita sebut cerai susu, apakah perkara pertama yang bermain di fikiran anda?? Adakah cerai susu selepas habis tempoh penyusuan 2 tahun?? Apa yang diperolehi ketika menghadiri SGM baru2 ini, yang sebenarnya proses cerai susu ini berlaku apabila bayi sudah berumur 6 bulan lagi. Ini adalah kerana ketika itu proses pengenalan “eating skill” telah mula diperkenalkan kepada bayi. Proses untuk bercerai susu ini dilakukan sedikit demi sedikit apabila ibu mula memperkenalkan makanan mengikut PANDUAN PEMAKANAN YANG LENGKAP yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Keutamaan tetap juga diberikan kepada Penyusuan Susu Ibu walaupun sudah diperkenalkan dengan solid food. Ketika ini, baby akan diajar sedikit demi sedikit merasa pelbagai makanan dalam pelbagai tekstur dan bentuk..ada yang berbentuk bubur atau puri diblend halus, kemudian apabila baby menginjak umurnya, bubur akan diberi dalam bentuk blend kasar @ dilenyek2, ada makanan yang boleh dihisap, dipegang, digigit2 , dicarik2 dan sebangainya. Itu adalah proses pembelajaran baby dan akan meningkatkan perkembangan IQ mereka.
  • Apabila baby mula menginjak umurnya ke 1 tahun pula, makanan seimbang adalah menjadi KEUTAMAAN manakala Penyusuan Susu Ibu pula adalah pelengkap kepada makanan seimbang tersebut. Ini dinamakan proses cerai susu & bukan putus susu. Pastikan setiap hidangan makanan seimbang itu lengkap dengan segala protein, lemak, kalsium & juga tidak ketinggalan dengan jenis2 vitamin yang lain apabila diperkenalkan makanan seimbang kepada baby.
  • Menurut Puan Rita di dalam Segmen Chak  & juga hasil perbincangan yang telah dibentangkan pada SGM ahad lepas, terdapat beberapa kaedah @ teknik susu yang boleh diamalkan oleh ibu dimana ia memerlukan ibu itu mempunyai daya kreatifnya tersendiri :-
  • Tips yang paling penting sekali :
“don’t offer don’t refuse”
“jangan pelawa & jangan menolak”
  • Proses cerai susu seharusnya dilakukan secara berperingkat demi peringkat, sebagai contoh :
    1. minggu pertama -> kurangkan sessi penyusuan daripada 5 kali sehari ke 4 kali sehari
    2. minggu kedua -> kurangkan lagi sessi penyusuan daripada 4 kali sehari ke 3 kali
    3. sampai ke minggu2 seterusnya & ini akan menyebabkan proses cerai susu ini tidak akan berlaku secara mendadak
  • Apa yang penting, ibu jangan pula melakukan proses cerai susu ini secara sekaligus pada waktu siang & malam. Seharusnya buatlah satu2 dahulu, maknanya boleh kurangkan sessi penyusuan ketika hari siang dahulu kemudian yang terakhir barulah pula di waktu malam.
  • Cara yang lain pula, gantikan sessi penyusuan itu dengan kaedah yang lain. Sebagai contoh, sekiranya baby itu sudah mula makan, maka berilah makanan kegemaran mereka. Ataupun, ibu boleh masak makanan kegemaran mereka untuk menggantikan sessi penyusuan tersebut.
  • Tips yang lain pula adalah dengan cuba menangguhkan sessi penyusuan tersebut dengan mengajak baby anda bermain bersama @ sibukkan baby anda dengan pelbagai aktiviti sehingga mereka terlupa dengan sessi penyusuan tersebut.
  • Boleh juga menetapkan penyusuan bagi satu2 sessi sahaja @ mengurangkan waktu ketika tempoh penyusuan. Sebagai contoh, menyusu di malam hari sahaja, atau menyusu ketika hari cuti sahaja @ menyusu di dalam rumah sahaja.
  • Baby yang menyusu ni suka mengempeng kan, maka ada sesetengah baby ni merasakan apabila mereka sudah tidak menyusu lagi, maka ibu tidak akan menyayangi mereka lagi. Maka, dalam hal ni, gantikan dengan pelukan, ciuman setiap kali bersama anak, jadi mereka tahu walaupun mereka tidak menyusu lagi, ibu masih sayang lagi pada mereka. Anak yang menyusu ni sangat cerdik sebenarnya.
Menurut Puan Kamariah pula ,
  • Seharusnya Penyusuan Susu Ibu harus diteruskan sekiranya ada lagi keinginan antara ibu dan anak
  • Tidak seharusnya bergantung kepada tempoh waktu yang diberikan oleh orang lain
  • Keinginan citarasa untuk menyusu lahir daripada hati masing2 antara ibu dan anak & untuk menentukan bila mereka betul2 mahu putus susu itu adalah bergantung kepada KESEDIAAN IBU DAN ANAK ITU SENDIRI.
  • Ia boleh berlaku pada umur 2 tahun, 2 setengah tahun, 3 tahun malah kadang2 4 tahun pun masih ada.
  • Sebagai nota tambahan,
kawan2 boleh juga refer ke artikel yang dikeluarkan oleh babycenter yang
bertajuk,

Thursday, November 25, 2010

::Caj Rawatan DI Hospital Swasta Terlalu Mahal??::




Ramai akui bil rawatan, ubat hospital swasta mahal, melampau

KUALA LUMPUR: Orang ramai mengakui kadar caj rawatan dan ubat-ubatan yang dikenakan hospital swasta mahal, tidak munasabah dan melampau walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak jauh berbeza dengan hospital kerajaan.

Ini berdasarkan pengalaman mereka selepas mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan di hospital swasta dan menganggap tindakan operator hospital swasta itu membebankan pesakit.
Beberapa pembaca Berita Harian juga berpendapat ada hospital swasta mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi jenama hospital dan doktor pakar yang bertugas di hospital berkenaan untuk mengenakan kadar caj yang tinggi kepada pesakit. Justeru, mereka meminta kerajaan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini, termasuk memantau dan mengawal kadar caj serta kos perubatan yang dikenakan hospital swasta kepada pesakit.

Seorang pembaca dalam komennya menerusi laman web Berita Harian Online (www.bharian.com.my) semalam, menggesa Kementerian Kesihatan memantau operator hospital swasta yang `menjaja status pakar dengan tujuan menarik pesakit mendapatkan rawatan dan dikenakan caj yang mahal.

Hospital swasta kerap menggunakan status pakar untuk menaikkan caj perubatan, walhal doktor yang merawat adalah doktor sambilan dari hospital kerajaan. Saya harap kerajaan benar-benar serius kerana orang ramai memilih hospital swasta bukan kerana mereka ada duit banyak, tetapi mahukan keselesaan, cepat dan perkhidmatan berkualiti, kata pembaca yang menggunakan nama Ali Abi Talib.

Doreyfien Yohanes pula menyokong jika kerajaan mengambil tindakan terhadap hospital swasta yang menjual ubat tidak diperlukan pesakit kerana ia menyebabkan kos yang perlu dibayar pesakit meningkat.
Pembaca yang menggelarkan dirinya Pak Cik Din pula berkata, kementerian perlu memantau
hospital swasta terutama pemberian ubat kerana pesakit biasanya tidak mengetahui jenis ubat yang mereka perlukan untuk rawatan penyakit yang dihidapi.

Apa yang diberi hospital itulah yang diambil. Harga ubat dan kos rawatan pun pesakit tidak tahu. Mereka terpaksa melunaskan bil yang dikenakan hospital swasta, katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai berpendapat tidak semua pesakit mampu menampung caj hospital swasta, namun tidak mempunyai pilihan kerana tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Mereka mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana lebih mementingkan kualiti perkhidmatan berikutan sukar memperoleh perkhidmatan rawatan dalam kadar segera di hospital kerajaan.

Pesara, Murtapiah Ahmad Subari, 60, berkata beliau menghantar ahli keluarganya menjalani rawatan di hospital swasta kerana tidak mahu menunggu giliran terlalu lama di hospital kerajaan.

Tidak semua pesakit mampu menampung caj hospital swasta, namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, katanya.

Bagaimanapun, pekerja swasta, Mohd Hasrul Hamidan, 23, berpendapat tidak salah mendapatkan rawatan di hospital swasta jika mempunyai sumber kewangan atau berpendapatan tinggi.

Caj perkhidmatan rawatan di hospital swasta walaupun mahal tetapi setimpal dengan mutu rawatan yang diberikan. Persepsi gagal membayar caj yang dikenakan tidak wajar kerana pesakit dibenarkan berunding dan berhak mengemukakan pertanyaan mengenai jumlah yang dimaklumkan doktor sebelum menjalani rawatan di mana-mana hospital swasta, katanya.

Monday, November 22, 2010

Macam mana nak transfer EBM ketika pantang??

jum kita cerita mengenai ebm stok pula..
sejak ayu menulis entri KENAPA PERLU SIMPAN STOK BANYAK2, ada beberapa kenalan baru yang bertanya macam mana ayu transfer EBM STOK tu dari TAIPING ke KL..
mula2 apa yang penting :
  • kena standby kan bekas dulu untuk letak ebm stok tu tadi..
  • boleh guna politstrin kotak ikan @ coleman box @ tong periuk nasi tu..
  • pastikan ais mencukupi (boleh beli kat 7E je..)
  • letak ais dulu kat dalam bekas tersebut..
  • taburkan garam sikit ke atas ais2 itu ..ais ni tujuannya untuk lambatkan suhu ais tu cair
  • kemudian boleh letak stok2 susu itu tadi..
  • selang selikan dengan ais yang ada..
  • make sure stok2 susu tersebut di kelilingi dengan ais ye..
  • lepas tu boleh tutup rapat2 bekas tersebut..
  • selamat untuk dibawa pulang ke rumah..
tips yang lain :
  • elok mulakan perjalanan seawal pagi yang boleh..
(macam taiping - KL dalam 3 -4 jam, so kalau bertolak dalam pukul 7 pagi, at least sampai KL pun tak la panas sangat)
  • ataupun mulakan perjalanan agak lewat petang sikit..
(yang ni kalau tak melibatkan baby bersama2..tak elok kan bawa baby baru2 lepas habis pantang ni berada di kawasan luar lagi2 time2 nak magrib & lalu di kawasan hutan (highway kan, hutan je la..)
  • kalau perjalanan tu memakan masa lebih dari 6 - 7 jam, boleh check tengok samada ais tu cair atau tak ...boleh isi ais kalau nampak macam nak cair..ais boleh beli kat kawasan R & R
  • YANG PENTING, STOK2 SUSU itu tadi berada di dalam keadaan BEKU ye kawan2 sekalian..kalau bawa yang cair, lain plak cara nak handlenya..
  • sebab tu pastikan STOK2 itu tidak berada di dalam keadaan cair ketika di dalam perjalanan n sampai ke destinasi..
UNTUK PANDUAN PENUH SERTA ILUSTRASI GAMBAR, (sebab ayu tak de snap gambar masa transfer EBM ke KL) meh la beramai2 klik kat sumber inspirasi ayu mengenai hal ini, iaitu tak lain tak bukan ialah blog FARAH - sarakids didalam entri beliau yang memindahkan stok2 susu beliau ketika di dalam pantang (baru je nak habis pantang puan farah kita ni)

Sunday, November 07, 2010

TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Tips2 ini ayu perolehi hasil dari pembacaan ayu dari forum SUSUIBU.com .. ada tips2 yang dinyatakan di sini ayu pernah try n berkesan..nanti ayu berikan tips yang pernah ayu buat plak..HAPPY READING !!!!!
  1. Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
    1-Dua biji lobak merah dipotong
    2-Sebiji mentimun segar,
    3-Sebiji limau nipis,
    Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan akan beransur langsing dan menarik.

  2. minum air suam tak minum sejuk.

  3. elakkan mengambil mkanan yang bergoreng dan berlemak.

  4. minum jus pengaga tiap2 pagi.

  5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja.

  6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir (lurus ke ejanya)maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x waktu pagi2.

  7. minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.

  8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.

  9. makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1....

  10. kurangkan minum during eating and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. after half hour baru minum byk.

  11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.

  12. cara paling best nak FIT kan perut, BELLY DANCING. sambil senaman boleh menghiburkan hati. buat la sendiri2 dlm bilik tidur or shower. hihihihi..kalau dibuat betul caranye, sakit2 pinggang pun boleh hilang.

  13. nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda.sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkkat kan baby tu pakai kaki sambil nyanyikan lagu tuk nenek kita"cuk² keduk keladi we² sape yang busuk anak mummy (nama) ni"...buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy...

  14. Selain daripada senaman tuk nenek kita tu.. boleh juga buat sebelum tidur....Untuk perut bahagian atas:-baring atas katil,bengkokkan lutut ,pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi .

    Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)-ni yang paling susah lemaknya nak dibuang...baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat...

    Selamat mencuba..Tak kuar duit and menjimatkan...cuma kalau terlebih vitamin M(malas) memang tak jadi..

  15. jagan mandi lepas mkn. nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efectif.

  16. bagun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. mungkin so that body tak terkejut sgt kut. siap ader yg bagi tip minum b4 berus gigi.

  17. kunyah very slow. so badan tak penat nak process food yg besar2.

  18. this one sangat2 penting. pastikan makan at least 4 hrs b4 go to sleep. obvious reason is makanan tak sempat digest b4 that.

  19. jangan lupa plak untuk exercise. tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym ke apa ke..

  20. dan yang paling ayu suka ialah BREASTFEED BABY ^_^

Tuesday, November 02, 2010

::Isu Susu Kurang @ Tidak Cukup Susu::

Isu "susu kurang @ tidak cukup susu" adalah salah satu masalah yang sering ditimbulkan oleh para ibu apabila diajukan kenapa berhenti menyusu...Ibu akan mengatakan bahawa "stok susu tak cukup", "hasil bila pam terlalu sikit", "baby tak puas menyusu" serta alasan2 lain.. Sama ada tanggapan ini adalah betul atau salah, yang sebenarnya hal ini boleh kita atasi..Sebenarnya, apabila hal ni berlaku, kita boleh cuba mengkaji corak penyusuan ke atas bayi kita dengan melihat faktor2 di bawah:

  1. apakah yang anda faham mengenai Konsep Penyusuan Susu Ibu?

  2. Bagaimana konsep SUPPLY vs DEMAND dalam Konsep Penyusuan?

  3. adakah cara latching kita itu betul?

  4. adakah anda menyusu sekurang2nya 8-12 kali sehari ?

  5. adakah anda berada di dalam keadaan stress ketika pumping?

  6. adakah anda mengikuti jadual pam anda setiap hari?

  7. adakah anda mengandung?

  8. adakah anda mengamalkan makan pil2 perancang yang boleh menyebabkan susu kurang?

  9. bagaimanakah kualiti breastpump tersebut? lain orang lain hasilnya.

  10. apakah tips2 @ amalan2 yg ibu itu lakukan sebelum melakukan pemerahan?

  11. berapakah usia bayi pada waktu itu?

    Jawapan yg berbeza akan memberikan hasil yg berbeza...

  1. Merujuk kepada DUNIASUSUIBU.com, terdapat Pengertian Penyusuan Susu Ibu mengikut syarak..(sila terjah ke sana ye)

  2. Entri yang menarik dari farah - Sarakids - BAGAIMANA KONSEP SUPPLY & DEMAND DALAM PENYUSUAN . Kekerapan menyusu badan dan juga mengepam juga akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu, sekaligus mempengaruhi juga banyak atau sedikitnya susu ibu. Dalam hal ini, kita akan gunakan ianya sebagai istilah selagi adanya DEMAND, maka adalah SUPPLY. Selagi ada yang mahu, selagi itula susu itu akan setiasa ada untuk dikeluar. Sekiranya ibu itu bekerjaya & jauh daripada anak (7-8 jam tidak bersama baby) maka kekerapan mengepam di pejabat amatlah digalakkan kerana ia akan memberi signal kepada badan dan otak untuk menghasilkan pengeluaran lebih banyak susu. Sebaiknya di rumah pula, lebihkan pada menyusu badan secara direct kepada baby kerana suction dari baby adalah yang PALING MUJARAB bagi penambahan susu ibu. lagi bagus dapat buat tandem nursing dimana sebelah menyusu n sebelah lagi pam. Lebih banyak susu dihasilkan sebab kedua2 belah breast akan lebih cepat kosong dan apabila kosong, maka susu akan produce lebih banyak susu.

  3. Jum kita kaji balik cara latching kita betul ke tidak , terjah ke TEKNIK LEKAPAN DAN PENYUSUAN SUSU IBU - dari kak nieza - momschoice

  4. Kenapa 8-12 kali?? sememangnya bayi yang menyusu badan memang kerap menyusu..ini adalah disebabkan susu ibu memang mudah dihadam, maka semakin banyak baby itu menyusu, sebenarnya lagi bagus utk pertumbuhbesarannya..macam mana kita nak tau baby kita cukup menyusu ke tidak?? sila la terjah ke PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERKESAN

  5. Dinasihatkan supaya jauhi lah stress kerana stress akan menyebabkan hormon oksitosin terencat yang mana ia akan menyebabkan pemancutan susu juga akan terencat. Tip yang boleh dicuba adalah ketika di tempat kerja @ ketika mengepam susu, cuba bayangkan wajah anak @ pun lihat dulu gambar anak @ video anak melalui hp ke ...dipercayai ia juga dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat pada anak. Sama juga sekiranya ibu itu juga sedang datang bulan (period). ada kawan ayu yang tiba2 sahaja susunya drop daripada 20oz sehari ke 12 oz sehari sedangkan baby beliau baru berusia 5 bulan lebih..tengok2 2-3 hari lepas tu beliau telah period..so, time period dinasihatkan makan minum makanan2 yang boleh menambahkan susu & sekiranya berpeluang, bolehlah makan pil2 kalsium atau sewaktu dengannya..yang penting, JANGAN PANIK. Seeloknya biarlah ibu itu berada di dalam keadaan tenang dahulu sebelum meneruskan sessi mengepam. (ayu tak period lagi, so tak boleh la nak cerita pengalaman ayu sendiri)

  6. Kalau anda seorang yang begitu berdisplin dalam mengikuti jadual pam di tempat kerja, maka seharusnya anda tidak lah begitu akan menghadapi masalah kekurangan susu ni..ini adalah kerana, badan anda dah begitu konsisten dengan jadual pam harian anda.. ayu bagi contoh rakan blogger ayu , INTAN AZMIRA yang mempunyai baby dah setahun lebih tapi masih lagi mampu produce susu sebanyak yang mungkin. malah kini, beliau juga dah mempunyai anak susuan. Sangat kagum dengan Intan kerana beliau sangat konsisten ikut jadual pam hariannya..

  7. Sekiranya anda hamil lagi dan masih lagi menyusu badan, memang ia adalah salah satu faktor yang menyebabkan susu itu berkurangan..namun, adalah ibu itu masih lagi boleh menyusu?? sila la terjah ke entri ini, MENYUSU BADAN KETIKA HAMIL, BOLEH KE TIDAK? - info yang dikongsi bersama oleh Hasmah

  8. Penggunaan pil perancang juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Tidak semua pil perancang yang boleh dimakan oleh ibu yang menyusu. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum anda makan ye..(yang ayu tau pil perancang yang sesuai dimakan oleh ibu yang menyusu adalah noriday sahaja)

  9. Alat untuk mengeluarkan susu ibu adalah breastpump. BP ni ada pelbagai jenis di mana ada yang mahal, ada yang murah, ada yang manual, ada yang bateri, ada yang electrik dan ada juga combination kesemuanya. Harganya juga berbeza2 bergantung kepada cara BP itu berfungsi. Setakat ini bagi ibu bekerjaya seperti ayu yang menyusukan anak ayu sepenuhnya, menggunakan brand Spectra 3 adalah yang paling best pernah dicuba. (ini bukan bertujuan untuk promote barang ye, sekadar contoh) Harganya juga tidaklah begitu mahal berbanding BP yang lain dan ia sangat2 la berbaloi. Ada juga yang sesuai memakai brand biasa seperti Pureen, Anakku etc. Namun, kalau ada ibu2 yang rajin , boleh la cuba TEKNIK MARMET..lagi la best sebab ia FREE dan menyenangkan..

  10. Ibu2 yang menyusu perlulah minum banyak air masak..lagi2 ketika di dalam pantang..boleh refer entri ayu mengenai ADAKAH PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG PENGARUHI PENGELUARAN SUSU.. tidak lupa juga dengan usaha ibu2 untuk memakan makanan2 yang dapat MENAMBAHKAN SUSU BADAN.. 

  11. Baby baru lahir perutnya amatlah kecil. Boleh baca entri ANAK LAPAR, SUSU TIDAK CUKUP.(siap ada carta saiz perut baby lagi). Kekerapan menangis belum tentu sebab dia lapar. Boleh refer ke Entri AIR SUSU IBU - dari farah (sarakids).. Tapi jika baby yang growth spurt (beralih bulan) kadang-kala memerlukan susu yang banyak lebih dari biasa. (macam danial, walaupun dah berumur 1 tahun, permintaan dia terhadap susu ada kalanya memang tinggi ---> kalau duduk dengan babysitter laa, kalau duduk ngan mak ayu, tak la banyak sgt minum susu pun)

Sebenarnya, untuk bercakap dari segi teori memang mudah, namun dari segi praktis memang memerlukan ketabahan dan kecekalan naluri seorang ibu.Ibu yang menyusukan bayi memerlukan sokongan dari suami serta semua yg terlibat; dan paling penting berdoa dan bertawakkal moga Allah mudahkan.


Sebagai selingan bersama, marilah kita sama2 baca entri2 yang menarik ini :




Thursday, October 21, 2010

~Barang Apa Yang Diperlukan Untuk Fully BF??~

So, untuk permulaan, barang2 yang asas yang perlu ada bagi ayu la kan ialah: 
  • Alat untuk mengepam @ Breastpump (BP) -----> kalau rasa macam nak beli BP ini macam mahal, so boleh la guna atau mencuba memerah dengan menggunakan tangan di mana ianya FREE ..cuma, memerlukan sedikit latihan untuk mencuba TEKNIK MARMET ni..Malah, kalau di dalam awal2 selepas bersalin, cara ini lagi berkesan daripada menggunakan BP..cuma lambat sikit la kan..Tetapi, kalau untuk ibu2 yang berkejaya & mahukan BP yang senang + mudah + cepat untuk mengepam, boleh lah mencuba BP samada menggunakan manual atau elektrik.. Perbezaan antara BP manual ialah kebanyakan BP manual ni hanya single sahaja , manakala BP yg menggunakan elektrik pula kebanyakannya adalah double pumping.. ada gak BP yang guna bateri pun ada..so, sila la GOOGLE untuk mencari ye..^_^
Contoh BP Manual & Elektrik : boleh la rujuk ke SINI ye.. Untuk pengetahuan, sekarang ni kat online ada juga yang menyediakan skim kutu untuk pembelian BP macam ayu dulu, memang beli SPECTRA 3 sekali ngan cooler bag + aksesori2 yang lain dengan Haza , boleh jenguk ke SRISURI atau mana2 ibu yang berminat dengan MEDELA FS secara kutu, boleh juga tanya pada aja dari MYBREASTPUMPSHOP

  • Alatan Untuk Menyimpan susu seperti botol susu, plastic liner @ bekas dadih ----> Boleh lihat di SRISURI @ SARAKIDS
Apa beza guna botol susu, plastic liner n bekas dadih???
  • Botol susu (yg ada BPA free) - blh guna selama 6 bulan, n kadang2 lebih pun ada sbb tengok kat botol tu ada tak bertukar warna ...klu bukan BPA free, tak silap 3 bulan je..klu pakai botol sahaja, memang makan space utk menyimpan di dalam freezer peti ais...boleh juga simpan ikut kuantiti baby minum, ada botol yg 4 oz n ada gak yg 5 oz..
  • Plastic liner - boleh guna sekali SAHAJA ye..so, lepas pakai, terus buang...bagusnya sebab boleh jimat ruang ketika menyimpan..& boleh juga simpan ikut kuantiti baby minum.. ada yg boleh simpan sampai 8 oz pun ada..
  • bekas dadih - boleh guna antara 3-4 kali sahaja...tak la begitu jimat space sangat...tapi , utk ibu2 yg baru bersalin mmg sesuai guna bekas dadih ni.. sebab selalunya baby tak la minum ebm banyak sangat ...kena try n error gak.. so, untuk permulaan, boleh simpan 2 oz - 2.5 oz ke dalam bekas dadih tu..
  • Dan yang ketiga adalah Cooler bag & Ice pack - guna ketika untuk menyimpan susu2 yang diperah ketika di pejabat..so, ketika travel balik dari ofis ke rumah boleh la guna cooler bag serta ice pack untuk membawa pulang susu2 yang telah diperah pada hari bekerja...senang cerita, meh la terjah kat SARAKIDS ni..ada macam2 pilihan..so, selamat survey yeah...

Saturday, October 16, 2010

::TEKNIK PAM SUSU BADAN UNTK BANYAK HASIL ::

Font sizemelalui pembacaan ayu di Forum Susuibu.com & Ratuhati.com, ada 3 teknik pam yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu iaitu :

  1. Tandem Nursing

  2. Power Pumping

  3. Intensive Pumping
Jum kita kaji teknik2 di atas secara lebih terperinci...


Tandem Nursing
Selalu yang kita sering dengar @ tahu mengenai Tandem Nursing ni membawa erti penyusuan dijalankan serentak. Maksudnya, jika seorang ibu itu mempunyai 2 orang anak yang masih lagi menyusukan anak, maka beliau telah mengamalkan tandem nursing . Boleh refer ke entry MILK FOR TWO - TANDEM NURSING - dari farah sarakids. Tetapi bagi ibu yang mempunyai seorang anak juga boleh membuat tandem nursing. Caranya ialah dengan menyusukan anak sebelah payudara manakala sebelah lagi mengepam..maka, cara ini juga dinamakan tandem nursing..mudah kan..amat sesuai dipraktiskan ketika dalam pantang & ketika susu tengah banyak..sayang kan kalau kita menyusu n sebelah lagi mengalir macam tu je..baik kita pam kan...




Power PumpingMelalui pembacaan ayu mengenai Power Pumping ni di SI.com, PP ni berkesan untuk ibu2 yang mempunyai masalah susu merudum dan juga untuk ibu2 yang nak menambahkan stok. Akan tetapi, janganlah terlalu bergantung sangat pada PP semata2 sahaja jika ada masalah susu merudum. Frekuensi mengepam perlu ditingkatkan sekurang2nya 1 sesi tambahan, contohnya pam di awal pagi, pam sambil menyusu (tandem nursing), bangun di tengah malam untuk mengepam dan sebagainya. Yang penting, direct breastfeeding jangan sekali2 tinggalkan. Pemakanan dan kesihatan perlu dijaga. Stress dan perkara2 yang akan mengganggu pengeluaran susu perlu dielakkan. Tingkatkan semula pengambilan milk boosters. Bagaimana caranya untuk melakukan Power Pumping ni?? sangat senang + mudah sahaja..



Double pump 20 minit - rehat 10 minit
double pump lagi 20 minit - rehat lagi 10 minit


atau

ada yang buat 10 minit pam 10 minit rehat


10 minit pam 10 minit rehat sampai la sejam


ikut kesesuaian diri anda la ye.. (macam ayu prefer lagi yang 20 minit tu)
Kesan daripada PP ni selalunya bukan dalam masa yang singkat...dicadangkan buat PP ni at least dalam seminggu 2-3 kali sahaja..boleh refer ke entry HYPERSTIMULATION & POWER PUMPING - dari hayatie..




Intensive Pumping


adalah satu kaedah dimana memerlukan pam setiap 2 jam sekali. teknik ni memerlukan seorang ibu itu berusaha keras sikit ..

Wednesday, October 13, 2010

:::Kisah Penyusuan Meor Imran Danial - Part 2:::

Sambung lagi Kisah Penyusuan Meor Imran Danial @ MID.

Berkat kesabaran & juga kenyakinan, habis je pantang ayu berjaya mengumpul banyak juga stok2 EBM… siap 2 kali trip hantar stok2 EBM dari Taiping ke KL.. Selepas itu, bermulalah episod “ Freezer tak muat” ..ye, disebabkan stok2 susu danial sangat2 la banyak sampai mmg tak muat dah letak bahan mentah dalam freezer..hampir 1-2 bulan juga la, kitaorg tapau makan @ kadang kala je baru keluar makan..tapi, ye la..baby kan, tak elok sangat bawa keluar.. 

Ketika itu, ayu dah start masuk bekerja..Jadual Pam ayu ketika itu adalah 5-6 kali sehari :


6 pagi, 9 pagi, 1 tghari , 4 ptg, 7 mlm & 10 mlm… tu tak masuk lagi kadang2 tu sedang elok2 je tidur, tiba2 B memberi signal @ membengkak…so, bangun la pergi pam… & tidak dinafikan ketika baru habis pantang hasil pengeluaran sehari SGT2 meriah..ayu berjaya dapat antara 30-36 oz sehari malah utk setiap sessi pula purata ayu boleh dapat antara 8-9 oz..paling banyak adalah 11-14 oz utk satu sessi…(uhhhh…really miss this moment) 

Apabila terjadinya sebegitu, membuatkan stok memang makin banyak…lagi2 ayu tak la hantar semua susu fresh…ada kala 5 botol fresh + 1 susu frozen, n ada juga 4 botol fresh + 2 susu frozen… Sampai la satu ketika, ayu memikirkan mau membeli Deep Freezer…akhirnya, awal bulan 2 ayu beli juga la deep freezer bila mengenangkan jangka hayat DF ni lagi lama berbanding Freezer 2 pintu..

Bila dah berada di dalam keadaan zon selesa (ye, rasa selesa sangat2 & rilek je) mula la, ayu telah skip 1-2 sessi pam…dari 3 kali pam kat ofis, telah bertukar ke 2 kali je… kat rumah plak , tak pam dah jam 7 malam tu..so, mmg pam sebelum tidur je.. tapi, alhamdulillah, hasil pengeluaran susu masih lagi mencukupi …masa tu walaupun dah skip 1-2 sessi pam, dalam sehari ayu boleh dapat antara 26-30 oz sehari.. Ia berterusan sehinggalah ayu berjaya melepasi STAGE PERTAMA ..

Ketika MID berusia 7 bulan, terjadi la satu peristiwa iaitu ayu telah mengalami KELUKAAN di Cik N…huhu…masa tu danial baru nak tumbuh gigi..suka betul menyusu sambil menarik2 & mengigit2 ni…sampai membuatkan ayu terpaksa “GANTUNG” Spectra 3 untk sementra waktu….ketika itu, nak tak nak memang terpaksa perah dengan tangan.. masa tu hasil pengeluaran memang DROP sungguh..daripada 7-8 oz untuk sekali sessi, terus drop ke 4-6 oz..malah, kadang2 tu maintain 4-5 oz je pun ada… Malah, danial plak sejak berlakunya kelukaan tu, danial makin kuat menyusu…mula2 ayu antar 6 botol x 4 oz still tak cukup juga…tu dah start solid food tu.. bila refer ngan kawan2 seangkatan yang lain, ada yg kata ia mungkin disebabkan GROWTH SPURTS.. yang menyebabkan permintaan danial meningkat walaupun dah start solid food..maka, ayu telah upkan 3 kali sessi makan danial di rumah pengasuh daripada 2 sessi..kadang2, kalau rajin, ayu suap juga danial makan time dinner..

Apabila memerah dengan menggunakan tangan ni, ada risikonya..yang ketara ialah tidak dapat mengosongkan sepenuhnya …maka, ia akan menyebabkan berlakunya BENGKAK SUSU.. Simptom yang dapat dikenalpasti ialah bahagian payudara berasa hangat, merah dan bengkak & ada kalanya susu tidak dapat mengalir @ keluar. Ada kalanya kemungkinan ia berpunca daripada ayu tidak dapat mengosongkan sepenuhnya payudara malah kadang2 telah abaikan @ skip jadual pam ketika hujung minggu…ye la, time hujung minggu ni klu dok kat rumah gagah gak la pam ikut jadual..tapi, kalau dah keluar berjalan2..mmmm…ada kala nya pam n ada kala nya tak pam jugaaaa… Sepanjang setahun menyusukan danial ni, rasanya bengkak susu ni dah 3 kali gak la ayu kena…ada sekali tu kena time bulan puasa..memang DUGAAN DI DALAM BULAN RAMADHAN...siap demam2 lagi..alahai…mmg sakit tak ingat laaaaa….itu adalah salah satu cabaran yang ayu hadapi ketika itu..Bila alami perkara2 sebegini (KELUKAAN DI NIPPLE & BENGKAK SUSU), cari penyelesaian dengan secepat yang mungkin…yang penting, jangan tangguh2..lagi2 bila kena bengkak susu..takut ia melarat sampai boleh jadi MASTITIS .. tu bahaya tu..

Sekarang ni, rasanya ayu nak aktif balik menggunakan Spectra 3..rindu rasanya akan pam kesayangan ni…baru2 ni try guna balik dapat la 9 oz utk satu sessi…tu pun sebab hampir seharian tidak pam (balik je dari tengok teater muzikal tu terus je pam, tu pun sebab dah rasa bengkak sangat2..) 2 hari ni pun, dah guna dah S3 kat ofis..hasil mcm perah ngan tangan gak…malah, sbb dah biasa perah ngan tangan, lepas je pam guna S3, mesti nak perah lagi guna tangan utk betul2 kosongkan Breast..

Maka, bermula la perjalanan yang seterusnya pula…ada 1 tahun lagi untuk ayu menamatkan misi penyusuan ini…sekarang ni, sedang Menggali ilmu tentang TEKNIK2 PAM DALAM MENGHASILKAN SUSU YANG BANYAK… gali + gali + gali lagi ye ayu…..

Memetik dari kata2 Puan Rita Rahayu (Pengasas MomsLittleOnes) didalam BUKU PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA,


Tiada sebab untuk ibu2 bekerja memberhentikan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja. Sebenarnya, sudah ramai ibu2 bekerja yang berjaya dalam penyusuan di samping meneruskan kerjayanya. Ketahuilah bahawa apa yang betul seperti perahan, penyimpanan dan penyusuan perahan susu, perancangan yang rapi, sikongan keluarga terutamanya suami dan akhir sekali adalah latihan. Percayalah, bahawa ILMU , SOKONGAN dan LATIHAN adalah tiga perkara yang anda perlukan untuk memastikan penyusuan susu ibu yang berjaya!

Tuesday, October 12, 2010

::Kisah Penyusuan Meor Imran Danial - PART 1::

Setahun dah berlalu...rasanya macam segar lagi diingatan ketika bersalinkan danial setahun yang lepas...mujur la ketika mengandungkan danial , ayu telah mula menimba ilmu mengenai Penyusuan Susu Ibu (PSI) melalui forum Susuibu.com, menyertai kelas penyusuan susu ibu anjuran Susuibu.com dan juga melalui pengalaman kawan2 yang menyusukan anak...

ketika di labour room lagi, ayu telah menyusukan danial tak sampai sejam pun selepas danial lahir...(ni kira kes excited sgt2 la ni...ahakss) lepas tu dalam 3 hari pertama, mmg agak mencabar juga...lagi2 bila orang dok bertanya, ADA KE SUSU SELEPAS BERSALIN?? ye la, kita dah diberitahu susu yg ada ketika itu adalah KOLUSTRUM je...so, apa yang ayu buat, setiap kali orang tanya ada ke susu, ayu akan cakap, YE ADA...n bila orang tanya, kuatnya menyusu baby ni ----> ni kes bila tengok ayu menyusukan danial pada hari ke3 selang sejam-2jam sekali... ayu akan kata, baby yg menyusu badan mmg akan menyusu sekerap yang mungkin.. biasanya bila org bertanya ayu akan jawab je...haha..ni kes tak makan saman la katakan...

Dalam pantang plak, lagi la..pengalaman berpantang anak pertama, tu tak boleh makan..tu tak boleh minum..bla..bla..bla...so, apa yang ayu buat...sebelum bersalin lagi, cari dulu info2 yg berkaitan tentang makanan apakah yg boleh ayu makan ketika dalam pantang + menyusukan anak ni....dari situ bila mak @ org2 tua kata tak boleh minum air banyak2 nanti urat kembung + bla..bla..ayu akan kata balik, menyusu kena banyak minum air, kalau tak macam mana nak produce susu...so, utk berlaku adil, minum la sikit2 tapi kerap..ahakss...kena la jaga hati orang tua juga kan...


Alhamdulillah, walaupun danial dah diperkenalkan terlalu awal dengan penggunaan botol (korang jangan follow ye, kang berlakunya NIPPLE CONFUSION, susah plak nak handle nanti..) unless korang kena usaha lebih utk atasi prob tersebut..danial mula minum dalam botol pada hari ke5 kerana ketika itu en suami membawa danial ke hospital untuk buat check up jaundis.. so, ayu tak boleh keluar ikut sama...maka, en suami & ayah ayu la yg bawa danial ke sana..so, nak tak nak ayu pun perah la...masa tu ingat lagi...perah ngan tangan (tak tau pun itu TEKNIK MARMET masa tu) dapat la 1 oz..jenuh gak la..dah suruh en suami guna syringe @ sudu, tapi, dia tak mau...katanya takut leceh & susah...so, tak pe la..TAWAKAL je la bekalkan 1 oz susu yg diperah di dalam botol MAM.... sepanjang tempoh berpantang adalah waktu yang sangat menyeronokkan...seronok??? seronok dari segi memerah susu la...dari segi kebebasan, rasanya mmg tak seronok pun berpantang ni...tak tau la korang seronok ke idak...rasa bosan je.

BEGITU LA SERBA SEDIKIT KISAH PENYUSUAN AYU KETIKA DALAM PANTANG..AYU AKAN SAMBUNG LAGI KISAH PENYUSUAN AYU BILA KEMBALINYA MASUK BEKERJA.. ADA CABARAN2 YANG MENANTI AYU KETIKA ITU...